omniture

XCMG Raikan Hari Kebahagiaan Antarabangsa, Perjuangkan Kesejahteraan Kakitangan dengan Total Health Program Dinaik Taraf

XCMG
2021-03-19 15:13 49

XUZHOU, China, 19 Mac 2021 /PRNewswire/ -- XCMG (000425.SZ) melancarkan edisi dinaik taraf bagi Total Health Program (THP) untuk meraikan Hari Kebahagiaan Antarabangsa pada 20 Mac ini, inisiatif kesihatan global pertamanya yang telah diperkenalkan setahun yang lalu sebagai respons kepada cabaran risiko kesihatan yang semakin meningkat dan bagi menawarkan sokongan kepada kakitangan di seluruh dunia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan lebih baik.

Satu Pasukan daripada Unit Mesin Pengorek XCMG Mengamalkan Tai Chi sebagai Sebahagian daripada Aktiviti Senaman antara Waktu Rehat Semasa Syif.
Satu Pasukan daripada Unit Mesin Pengorek XCMG Mengamalkan Tai Chi sebagai Sebahagian daripada Aktiviti Senaman antara Waktu Rehat Semasa Syif.

Dengan cogan kata "Kesihatan Lebih Baik, Masa Depan Lebih Baik!" THP menekankan "keutamaan pencegahan" dan bermatlamat untuk membantu kakitangan XCMG meningkatkan tahap kesihatan, imuniti dan kekuatan. Melalui pengundian kakitangan dan aktiviti yang interaktif, THP telah memperbaharui standard operasinya dan memperincikan peraturan untuk inisiatif berkenaan, menggalakkan gaya hidup yang sihat dan bahagia dari perspektif kesihatan fizikal dan mental pada tahap peribadi serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik untuk meningkatkan erti kebahagiaan dan kepuasan kakitangan.

"Dalam menghadapi krisis pandemik, penting untuk menghargai kehidupan dan kesihatan seseorang merupakan asas bagi segala-galanya," kata Wang Min, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG. "Berbanding dengan definisi kesihatan dalam erti kata tradisional, THP bukan sahaja menekankan kesihatan fizikal, tetapi juga kesihatan minda dan rohani, masyarakat, persekitaran, prinsip moral dan kecelikan. Ia merupakan konsep kesihatan lebih mendalam yang mencakupi pelbagai faktor."

Garis panduan THP baharu menggalakkan kakitangan XCMG untuk menyelesaikan dua sesi senaman selama 30 minit setiap minggu. Zhang Yujie daripada bahagian mesin pengorek XCMG memilih berlari selepas beliau menyertai THP pada tahun 2020 dan bermula dari hanya 10 minit kini telah mencapai hasil dengan menyempurnakan larian 5km dalam masa 30 minit.

"Kesakitan tidak dapat dielakkan, namun kita boleh memilih untuk menempuh kesukaran. Hal yang sama juga dengan tekanan di tempat kerja, maka penting untuk menjadi diri yang lebih baik setiap hari hanya dengan sedikit kemajuan," kata Zhang.

Langkah-langkah kesihatan lain yang diketengahkan yang disarankan sebagai sebahagian daripada THP baharu termasuk:

  • Meningkatkan kesedaran keselamatan;
  • Memastikan tidur berkualiti selama 7-8 jam setiap hari;
  • Meningkatkan imuniti dan mengelakkan penggunaan antibiotik secara berlebihan;
  • Mengikuti latihan dan aktiviti pertolongan cemas serta tindak balas kecemasan;
  • Menjalankan penyaringan sampah dan melakukan perjalanan dengan mampan;
  • Makan secara berhemah dan minum air secukupnya setiap hari;
  • Membuat perancangan kerjaya dalam tempoh jangka panjang dan menetapkan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Health Care/Hospital Machinery Medical/Pharmaceuticals Mental Health Mining/Metals Transportation Future Events