omniture

Huawei Diiktiraf sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice 2021 untuk Infrastruktur Pinggir WAN

Huawei
2021-03-19 15:18 1807

SHENZHEN, China, 19 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Huawei dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice 2021 untuk Infrastruktur Pinggir WAN — satu-satunya syarikat Cina yang menerima anugerah ini. Kami percaya ia memperlihatkan pengiktirafan meluas terhadap penyelesaian SD-WAN Huawei daripada pelanggan seluruh dunia.

Di Gartner Peer Insights, Huawei memperoleh penarafan keseluruhan iaitu 4.8/5 bintang setakat 31 Disember 2020untuk penyelesaian HUAWEI CloudWAN (HUAWEI SD-WAN). Hasil yang memberangsangkan ini adalah berdasarkan ulasan berfakta daripada 58 pelanggan1 merentas pelbagai sektor seperti kewangan, komunikasi, pembuatan dan perkhidmatan. Ulasan ini memuji produk dan penyelesaian Huawei — termasuk penghala perusahaan siri NetEngine AR dan iMaster NCE (sistem pengurusan dan kawalan rangkaian kampus) — dari segi fungsi produk, penggunaan, O&M serta sokongan perkhidmatan.

Gartner Peer Insights ialah platform dalam talian bagi penarafan dan ulasan perisian serta perkhidmatan IT yang ditulis dan dibaca oleh golongan profesional IT serta pembuat keputusan teknologi. Matlamatnya adalah untuk membantu peneraju IT membuat keputusan pembelian yang lebih berwawasan dan membantu penyedia teknologi memperbaiki produk mereka dengan menerima maklumat balas yang objektif dan tidak berat sebelah daripada pelanggan mereka. Ketika ini, Gartner Peer Insights mempunyai lebih daripada 255,000 ulasan yang disahkan dalam lebih daripada 355 pasaran.

Mesej keseluruhan daripada pelanggan yang memilih penyelesaian SD-WAN Huawei adalah sangat positif. Berikut merupakan beberapa petikan:

  • "CloudWAN menyediakan penyelesaian yang baik untuk saling sambungan antara cawangan dan DC keseluruhan di Jepun, demi memenuhi keperluan akses jarak jauh yang berkelajuan tinggi. Selain itu, pengalaman O&M benar-benar bagus kerana ia menjamin operasi normal untuk penyelesaian keseluruhan. Sistem O&M menjelaskan aktiviti-aktiviti utama dalam fasa-fasa berbeza bagi kitaran O&M, termasuk proses ZTP yang terperinci serta pemantauan dan visualisasi maklumat utama seperti penggera dan status pautan semasa sistem berjalan, seraya meningkatkan kecekapan O&M rangkaian perusahaan." (Setakat 19 Disember 2020 ) — Jurutera IT dalam industri pembuatan (https://www.gartner.com/reviews/market/wan-edge-infrastructure/vendor/huawei/product/cloudwan/review/view/1267482)
  • "Penyelesaian Huawei menyediakan platform pengurusan WAN seragam untuk mengurus dan mengkonfigurasi secara berpusat kesemua peranti dalam seluruh rangkaian, lalu mengurangkan jumlah kakitangan IT di cawangan. Di samping itu, NetEngine AR menyediakan rangkaian berkualiti tinggi yang sepadan dengan perkhidmatan kewangan. NetEngine AR memainkan peranan penting dalam memberi prestasi yang baik, ciri-ciri keselamatan dan pengoptimuman WAN." — Jurutera dalam industri kewangan (Setakat 29 Disember 2020) (https://www.gartner.com/reviews/market/wan-edge-infrastructure/vendor/huawei/product/cloudwan/review/view/1069128)

Huawei ialah penggiat yang mantap dalam pasaran SD-WAN, telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih seribu pelanggan di seluruh dunia termasuk Itali, Sepanyol, Mexico, Jepun, Thailand dan China. Setakat September 2020, Huawei dinamakan sebagai Pencabar dalam Gartner Magic Quadrant untuk Infrastruktur Pinggir WAN2 selama tiga tahun berturut-turut.

"Kami teruja dinamakan sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice untuk Infrastruktur Pinggir WAN sekali lagi pada tahun 2021. Kami menghargai semua maklum balas yang diberikan oleh pelanggan kami melalui Gartner Peer Insights, membantu kami untuk terus berinovasi dan maju ke hadapan," kata Cao Tongqiang, pengarah penyelesaian SD-WAN Huawei. "Ketika kami melangkah ke hadapan, kami akan terus menyediakan penyelesaian dan produk kelas pertama yang memenuhi keperluan pelanggan dan dalam masa yang sama kekal inovatif dan bertumpu pelanggan, bagi membantu pelanggan mempercepatkan transformasi digital."

Untuk maklumat lanjut mengenai penghala NetEngine AR Huawei dan penyelesaian SD-WAN, kunjungi laman sesawang SD-WAN Huawei.

Sumber:

1Gartner Peer Insights 'Voice of the Customer': WAN Edge Infrastructure, 5 Februari 2021

2Gartner, Magic Quadrant for WAN Edge Infrastructure, by Jonathan Forest | Andrew Lerner | Naresh Singh, 23 September 2020

Penafian:

1. Gartner Peer Insights Customers' Choice terdiri daripada pendapat subjektif bagi ulasan pengguna akhir individu, penarafan dan data yang diaplikasikan terhadap kaedah yang didokumentasikan; ia tidak mewakili pandangan mahupun merupakan pengendorsan oleh, Gartner atau rakan sekutunya. 

2. Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang memiliki penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan berfakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Telecommunications Equipment Awards