omniture

"Pesona Jiangsu" sambut Tahun Baharu Cina 2021 bersama peminat luar negara secara dalam talian

Jiangsu Provincial Department of Culture and Tourism
2021-03-19 15:23 226

NANJING, China, 19 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Bagi menyambut Tahun Baharu Cina 2021, Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Jiangsu merancang dan menghasilkan secara terperinci sebuah acara bertema Selamat Tahun Baharu Cina 2021 secara dalam talian. Aktiviti-aktivitinya pelbagai dan padat dengan ciri-ciri Jiangsu termasuk muzik, tarian, warisan budaya tak ketara dan akrobatik. Melalui persembahan dan pameran dalam talian, khayalak global mengalami sepenuhnya kemeriahan Tahun Baharu Cina dan "Pesona Jiangsu" di rumah.


Matriks media sosial luar negara memperluaskan impak acara berkenaan. Akaun media sosial luar negara Jiangsu, Visit Jiangsu merancang dan menjalankan aktiviti dalam talian -- Pick Your Favourite Chinese New Year Show. Ia mengundang pengguna luar negara untuk memilih rancangan yang paling dinanti-nantikan pada Gala Selamat Tahun Baharu Cina 2021 dan mengadakan tayangan perdana gala. Hasilnya menunjukkan bahawa Kun Opera The Peony Pavilion merupakan program yang paling popular, dengan hampir 120,000 tontonan. Jumlah penglibatan mencecah 1,057,272. Semasa percutian, jumlah penonton keseluruhan mencecah 793,511. Melalui aktiviti-aktiviti yang interaktif dan berciri penyertaan, ia meraikan Tahun Baharu Cina bersama peminat antarabangsa.

Teknologi menjadikan klasik lebih popular. Sebagai pertunjukan akrobatik ajaib 3D asli berskala besar yang pertama di China, Golden Cudgel menggabungkan kemahiran akrobatik tradisional dengan teknologi 3D mata kasar bagi memulakan pertunjukan "akrobatik + silap mata" yang luar biasa. Ia menjadi salah satu program yang paling popular bagi aktiviti Selamat Tahun Baharu Cina 2021, seraya menjadikan Journey to the West malah lebih popular di seluruh dunia.

Warisan budaya tak ketara menonjolkan Pesona Jiangsu. Pameran Warisan Budaya Tak Ketara Jiangsu telahpun diadakan di Sydney pada penghujung Januari lalu. Menampilkan teknologi VR, ia memaparkan banyak peragaan berperwakilan warisan tak ketara Jiangsu, seperti Broked Nanjing Yun, Sulaman Su, Festival Tanglung Qinhuai, Opera Kun dan Potongan Kertas Jinling. Ia mempersembahkan adat resam dan konotasi budaya sambutan Tahun Baharu Cina kepada penduduk Australia. Pengunjung ke pameran tersebut dapat merasakan kebahagiaan, keharmonian dan perkongsian Tahun Baharu Cina daripada karya seni yang indah.

Pertukaran budaya meningkatkan persahabatan belia. Nanjing Little Red Flower Art Ensemble, nama terkenal yang unik dalam pertukaran budaya, mengadakan latihan khas dan memfilemkan seluruh persembahan serta mengambil bahagian dalam sambutan Tahun Baharu Cina secara dalam talian di Thailand, UK, Amerika Syarikat, Belanda dan Jerman. Dengan cara ini, ia bersama-sama meraikan tahun baharu secara dalam talian bersama penduduk dari serata dunia, terutamanya remaja.

 

 

 

Source: Jiangsu Provincial Department of Culture and Tourism
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Social Media Travel