omniture

Pameran Canton ke-129 Bersiap Sedia untuk Kembali Secara Maya mulai 15-24 April 2021

Pameran Canton
2021-03-19 15:30 132

GUANGZHOU, China, 19 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-129 (Pameran Canton) sekali lagi akan diadakan secara dalam talian mulai 15-24 April 2021. Pameran maya selama 10 hari itu akan terus memanfaatkan platform digital utamanya bagi mencipta peluang baharu untuk syarikat-syarikat global, menyokong operasi yang lancar dalam rantaian industri dan bekalan serta memperkasa perkongsian perdagangan.

Pameran Canton ke-129 akan bertepatan dengan pameran terdahulu dari segi bahagian pameran dan kategori produk – 50 bahagian pameran meliputi 16 kategori produk utama akan disediakan dalam talian dengan 6 tema utama di Astaka Antarabangsa pameran tersebut.

Semua zon pameran akan bersiaran secara langsung serentak pada hari perasmian, mencakupi pameran produk, pemadanan bekalan dan penyumberan, e-dagang rentas sempada dan banyak lagi tatkala Pameran Canton terus menawarkan perkhidmatan awan yang premium termasuk paparan maklumat, komunikasi masa sebenar, janji temu rundingan dan pemasaran strim langsung.

Pameran Canton ke-129 Bersiap Sedia untuk Kembali Secara Maya mulai 15-24 April 2021
Pameran Canton ke-129 Bersiap Sedia untuk Kembali Secara Maya mulai 15-24 April 2021

Bagi menyatukan dan memperluaskan pencapaian pembasmian kemiskinan negara, Pameran Canton ke-129 akan mewujudkan zon khas untuk penggiatan semula luar bandar bagi membantu wilayah-wilayah yang baru membasmi kemiskinan untuk membuka pasaran antarabangsa.

"Menerusi pengalaman menganjurkan dua pameran maya, Pameran Canton ke-129 akan mengoptimumkan lagi fungsi-fungsi platform tersebut bagi meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan serta memudahkan kejayaan perdagangan antara pempamer dan pembeli. Bagi membantu syarikat-syarikat menurunkan kos operasi mereka, Pameran tersebut akan terus mengecualikan bayaran pameran dan sebarang caj pada platform e-dagang rentas sempadan yang mengambil bahagian dalam acara tersebut secara serentak. Kami berharap semua orang dapat menyertai kami secara dalam talian untuk mencari peluang baharu dan pembangunan bersama," menurut Kementerian Perdagangan China.

Kesemua pempamer seramai hampir 25,000 boleh memuat naik maklumat syarikat dan produk dalam bentuk gambar, video, 3D, VR dan banyak lagi. Setelah mendaftar terlebih dahulu, syarikat-syarikat juga berupaya mengoptimumkan sumber strim langsung bagi menyokong strategi pemasaran dan komunikasi mereka.

Pameran Canton akan memastikan privasi perdagangan B2B dan membolehkan pembeli serta penjual berkomunikasi dan menyempurnakan pesanan melalui alat pihak ketiga pilihan mereka. Platform Pameran Canton akan turut menyediakan pautan persidangan video dan rangkaian sosial bagi menjadikan komunikasi lebih mudah.

Sesi ke-128 tahun lalu mengalu-alukan pembeli dari 226 negara dan wilayah memecah rekod, satu percampuran asal usul pembeli yang benar-benar pelbagai dan berciri antarabangsa.

https://www.cantonfair.org.cn/en/

Source: Pameran Canton
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events