omniture

Cabang Validus Indonesia Batumbu diberi lesen pemberian pinjaman digital penuh daripada OJK untuk terus dorong rangkuman kewangan MSME

Validus
2021-03-22 15:40 177
  • Batumbu telah mengeluarkan lebih S$207 juta kepada MSME sejak memulakan operasinya pada April 2019 dan mencatatkan pertumbuhan tahunan hampir 650% tahun lalu
  • Platform pembiayaan PKS Validus menerima kelulusan kawal selia dalam tiga pasaran di seluruh Asia Tenggara - syarikat teknologi kewangan memenangi anugerah tersebut turut dilesenkan di Singapura (Validus Capital) dan Thailand (Siam Validus)
  • Sejak pelancarannya pada tahun 2015, Validus telah memudahkan lebih S$775 juta pembiayaan PKS melalui entitinya di Singapura, Indonesia, Vietnam dan tidak lama lagi, Thailand

SINGAPURA, 22 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Subsidari Validus Indonesia Batumbu telahpun menerima kelulusan kawal selia untuk beroperasi sebagai platform pembiayaan digital berlesen daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Indonesia (OJK).

From left to right: Florensia Chief of Finance & Operation Officer; Jenny Wiriyanto CEO; Kemal Alamsyah Risk & Compliance Director; Reza Perazi Armadi Chief of Business; Meliana Wong Chief of Customer Journey Officer
From left to right: Florensia Chief of Finance & Operation Officer; Jenny Wiriyanto CEO; Kemal Alamsyah Risk & Compliance Director; Reza Perazi Armadi Chief of Business; Meliana Wong Chief of Customer Journey Officer

Kelulusan berkenaan adalah susulan daripada proses pelesenan yang terperinci dan teliti oleh OJK dan memperlihatkan komitmen kukuh Batumbu untuk memperkasa pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) melalui pembiayaan yang berterusan dan pantas.

Jenny Wiriyanto, Ketua Pegawai Eksekutif Batumbu, berkongsi, "Kejayaan kami dalam memperoleh lesen tersebut mengesahkan lagi teknologi mantap kami, proses dan model perniagaan yang inovatif. Kami akan membina perkongsian strategik kami untuk meluaskan jangkauan kami dan diharapkan dapat meningkatkan peluang pemberian pinjaman kepada lebih banyak MSME dalam rantaian bekalan tempatan."

"Kami juga akan menggiatkan usaha untuk meningkatkan akses pembiayaan dan kecelikan kewangan dalam ekosistem perniagaan di seluruh wilayah di Indonesia. Pasukan Batumbu berdedikasi untuk mempercepatkan rangkuman kewangan untuk MSME bagi memacu Indonesia yang lebih maju dan berdaya tahan."

Sejak memulakan operasinya pada tahun 2019, Batumbu telah mengeluarkan lebih S$207 juta dan hari ini merupakan platform pemberian pinjaman teknologi kewangan terkemuka untuk MSME di Indonesia. Dalam menggiatkan usaha untuk menyokong perniagaan semasa COVID-19 tahun lalu, Batumbu membantu banyak MSME memacu perniagaan dan kedudukan mereka bagi pemulihan dan pertumbuhan, lalu menghasilkan pertumbuhan tahunan mencecah hampir 650% pada tahun 2020. Prestasi yang mantap dijangka berterusan memandangkan pemulihan dan aktiviti ekonomi bertambah baik.

Batumbu, atau PT Berdayakan Usaha Indonesia, ialah cabang Indonesia bagi platform pembiayaan PKS Validus yang terkemuka di Asia Tenggara dan telah menerima pendaftaran OJK pada April 2019.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada pasukan OJK kerana memainkan peranan yang penting bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang yang bertanggungjawab terhadap industri ini. Sebagai syarikat teknologi kewangan serantau yang terkemuka, Validus berkongsi nilai dan matlamat yang sama bagi menangani jurang pembiayaan, yang penting untuk pertumbuhan MSME serta ekonomi tempatan."

"Struktur 'glokal' kami memberikan kami kelebihan strategik dalam melaksanakan amalan terbaik, model kredit dan kerangka tadbir urus yang kukuh dalam seluruh pasaran kami," Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif Validus Ajit Raikar.

Validus telah menerima kelulusan kawal selia dalam tiga pasaran di seluruh Asia Tenggara setakat ini. Syarikat teknologi kewangan memenangi anugerah itu turut dilesenkan di Singapura (Validus Capital) dan Thailand (Siam Validus).

Sejak pelancarannya pada tahun 2015, Validus telah memudahkan lebih S$775 juta pembiayaan PKS di seluruh Singapura, Vietnam, Indonesia dan baru sahaja memulakan operasi di Thailand. Syarikat ini disokong oleh rakan-rakan kongsi bereputasi sangat tinggi termasuk Vertex Ventures Asia Tenggara dan India serta Vertex Growth Fund, Triputra Group, FMO, dengan jumlah pendanaan sekitar S$50 juta sehingga kini.

Latar Belakang Validus

Ditubuhkan pada tahun 2015 bagi memenuhi keperluan pembiayaan PKS yang tidak dipenuhi, hari ini Validus merupakan pasaran pembiayaan PKS yang terbesar di Singapura dengan kehadiran yang semakin berkembang di Indonesia (Batumbu), Vietnam (Validus Vietnam) dan Thailand (Siam Validus). Sebuah Syarikat Teknologi Kewangan yang memenangi anugerah, Validus menggunakan Analitik Data dan AI bagi mendorong pembiayaan pertumbuhan untuk sektor PKS yang terabai melalui dana daripada individu bertauliah serta pelabur institusi dan paling terkini dianugerahkan sebagai Pemenang MAS Fintech Awards 2020 (Institusi Kewangan Singapura). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.validus.sg

Source: Validus
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology