omniture

Xinhua Silk Road: Kawasan Baharu Nanjing Jiangbei jemput rakan kongsi global bersama-sama galakkan pembangunan industri kehidupan dan kesihatan

Xinhua Silk Road
2021-03-23 09:51 184

BEIJING, 23 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Kawasan Baharu Nanjing Jiangbei, sebuah kawasan baharu peringkat negeri di Wilayah Jiangsu, timur China, menghantar jemputan kepada pelabur global untuk memasuki pasaran kehidupan dan kesihatan China yang berkembang pesat, menurut satu mesyuarat promosi yang diadakan di Shanghai baru-baru ini.

Ketika ini, industri farmaseutikal dan kesihatan kehidupan baharu yang menampilkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ubat yang inovatif, peranti perubatan canggih, pengesanan gen, terapi sel, dan pengurusan kesihatan telah terbentuk dan secara beransur-ansur menjadi salah satu industri penting di Kawasan Baharu Jiangbei.

Luo Qun, seorang ahli Jawatanakuasa Tetap bagi Jawatankuasa Perbandaran Nanjing CPC, berkata di mesyuarat tersebut bahawa Kawasan Baharu Jiangbei komited untuk membangun menjadi sebuah bandar gen di China, memberi tumpuan untuk menghimpunkan teknologi utama dalam bidang termaju, berusaha membina perkhidmatan kesihatan kitaran hayat penuh dan membentuk industri kesihatan rantaian penuh.

Luo, juga merupakan pegawai kanan bersama Jawatankuasa Kerja Parti Kawasan Baharu Jiangbei, menyatakan harapan beliau bahawa kawasan baharu ini boleh berganding bahu bersama rakan kongsi dari seluruh dunia untuk merebut peluang bersejarah yang dibawa oleh pusingan global baharu revolusi saintifik dan teknologi serta revolusi perindustrian dan memberi sumbangan yang lebih besar terhadap perjuangan untuk kesihatan manusia.

Chen Chanmei, seorang pegawai bersama Jawatankuasa Kerja Parti Kawasan Baharu Jiangbei menyatakan bahawa kawasan baharu ini telah meraih pencapaian yang membuahkan hasil sejak penubuhannya diluluskan secara rasmi oleh Majlis Negara China pada tahun 2015.

Menurut Chen, Kawasan Baharu Jiangbei menyaksikan KDNKnya melebihi 300 bilion yuan pada penghujung tahun lalu daripada kira-kira 143.5 bilion yuan pada tahun 2014.

Wajar disebutkan bahawa Kawasan Baharu Jiangbei telah menghimpunkan kekuatan inovasi termaju dan kompetitif serta melakar kejayaan cemerlang dalam inovasi teknologi. Ia telah membina makmal gen dan sel serta menjalin kerjasama mendalam bersama lebih daripada 40 universiti domestik dan asing serta institut penyelidikan. Dalam masa yang sama, kawasan baharu tersebut mewujudkan platform R&D rantaian penuh dan teknologi awam yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 850 perusahaan dan institut penyelidikan saintifik terkemuka di China, lalu menarik lebih daripada 250 projek canggih dan menginkubasikan lebih daripada 120 projek keusahawanan.

Sebagai sebahagian daripada Zon Perdagangan Bebas (FTZ) Perintis China (Jiangsu), Kawasan Baharu Jiangbei tekal meningkatkan persekitaran perniagaannya dengan melancarkan hampir 100 langkah pembaharuan dan inovasi bagi menyediakan perusahaan dengan persekitaran perniagaan yang bertaraf dunia.

https://en.imsilkroad.com/p/320416.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Health Care/Hospital Publishing/Information Service New products/services