omniture

Planet Memanggil, Ingersoll Rand Menyahut - Ingersoll Rand Tetapkan Matlamat Alam Sekitar 2030 dan 2050

Ingersoll Rand
2021-03-23 11:44 149

MELBOURNE, Australia, 23 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), penyedia bertaraf global bagi penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri, dengan bangganya menetapkan matlamat alam sekitar 2030 dan 2050nya. Dengan tumpuan untuk menambah baik UDARA, TANAH dan AIR, matlamat tersebut diwujudkan bagi mengurangkan impak operasi dan produk syarikat ke atas alam sekitar dan menyokong pelanggan serta rakan kongsi untuk melakukan hal yang sama. Menumpukan pada tenaga (udara), air dan bahan buangan (tanah), matlamat ini meliputi unsur-unsur tertentu seperti penggunaan tenaga boleh diperbaharui, pengurangan emisi udara, kitar semula sumber air, pengurangan penghasilan sisa dan jumlah tapak pelupusan sisa pepejal. Matlamat ini menunjukkan kepentingan imperatif strategik "Beroperasi secara Mampan" Ingersoll Rand serta komitmen untuk mencapainya merupakan sebahagian daripada usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) keseluruhan Ingersoll Rand bagi Menjadikan Kehidupan Lebih Baik demi kebaikan kakitangan, pelanggan, komuniti dan planet kita.

Matlamat alam sekitar berkenaan, bersifat agresif dan memberi inspirasi namun boleh dicapai, mencerminkan nilai korporat Ingersoll Rand yang mengutamakan tindakan dan akan dicapai menggunakan Kecemerlangan Pelaksanaan Ingersoll Rand (IRX) berserta peningkatan dan inovasi produk yang berterusan. Produk dan perkhidmatan Ingersoll Rand memberi peluang unik untuk menyumbang bagi menyelesaikan masalah perubahan iklim yang mendesak yang dihadapi oleh dunia kita dalam bidang-bidang seperti penggunaan air dan tenaga. Sama penting dan merupakan satu kelebihan utama untuk Ingersoll Rand adalah dengan menggunakan disiplin Kecemerlangan Pelaksanaan Ingersoll Rand (IRX) bagi menunjukkan kebertanggungjawapan tertumpu yang akan memberi prestasi yang kami inginkan.

Matlamat Alam Sekitar 2030 & 2050 Ingersoll Rand
Matlamat Alam Sekitar 2030 & 2050 Ingersoll Rand

Ingersoll Rand komited untuk memberi impak positif terhadap planet bersama kita ini menerusi matlamat alam sekitar yang berikut:

·  Merealisasikan emisi gas rumah hijau (GHG) sifar bersih menjelang tahun 2050

·  Melabur dalam tenaga boleh diperbaharui untuk memenuhi sasaran 100% kami menjelang tahun 2050

·  Mengurangkan emisi GHG sebanyak 60% dalam operasi kami (Skop 1 dan Skop 2) dan mengurangkan impak GHG pelanggan >15% daripada produk IR (Skop 3) menjelang tahun 2030

·  Mengurangkan penggunaan air sebanyak 17% dalam operasi kami menjelang tahun 2030

·  Menjelang tahun 2030, menghapuskan, mengurangkan atau mengitar semula >1 bilion gelen air setiap tahun dalam proses dan aplikasi pelanggan kami melalui penggunaan produk kami

·  Mencapai sisa sifar ke tapak pelupusan sisa pepejal pada >50% daripada tapak semasa menjelang tahun 2030

Klasifikasi Emisi Gas Rumah Hijau (GHG)
Skop 1 – GHG, emisi langsung daripada sumber yang dimiliki atau dikawal oleh IR. Termasuk pembakaran bahan api fosil dan penggunaan bahan api pengangkutan.
Skop 2 – GHG, emisi tak langsung daripada sumber yang dimiliki atau dikawal oleh IR. Emisi berpunca daripada penjanaan tenaga elektrik, haba atau wap yang dibeli oleh IR.
Skop 3 – GHG, emisi daripada aset yang tidak dimiliki atau dikawal oleh IR, namun memberi impak tak langsung oleh IR (iaitu emisi daripada produk kami).
Impak emisi diukur dalam MT CO2e (tan metrik karbon dioksida setara)

Matlamat yang disebutkan di atas dipilih menggunakan beberapa aktiviti yang disengajakan, termasuk penilaian kematanan kemampanan, memberi tumpuan untuk mengenal pasti topik dan bidang yang bukan sahaja memberi impak paling besar ke atas perniagaan teras Ingersoll Rand, tetapi juga terhadap pemegang kepentingan syarikat. Kakitangan mengambil bahagian dalam penilaian ini, bersama-sama pelanggan, rakan kongsi rantaian bekalan dan pelabur. Hasilnya kemudian dianalisis dan dikongsikan dalam Laporan Kemampanan pertama syarikat yang meliputi pelbagai topik yang berkaitan dengan kemampanan, khususnya: Kakitangan Kami, Penggunaan Tenaga dan Pengawasan Produk/Pembangunan dan Inovasi Produk Baharu.

Didorong oleh semangat keusahawanan dan penetapan minda pemilikan, Ingersoll Rand menggalakkan semua kakitangan untuk mengambil bahagian dan terlibat secara aktif untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, pendidikan pemuliharaan, projek dan bantuan komuniti merupakan apa yang membantu kami menjadikan kehidupan lebih baik di tempat kerja, dalam komuniti kami dan dalam kehidupan serta kerja-kerja pelanggan kami ketika mereka menggunakan produk kami. Kami menubuhkan pasukan mesra alam di setiap tapak utama bagi membangunkan produk khusus tapak bagi membantu kami mencapai matlamat kami.

Ingersoll Rand akan mendorong kebertanggungjawapan dan kemajuan melalui Kecemerlangan Pelaksanaan Ingersoll Rand (IRX) dan menunjukkan ketelusan mengenai kemajuan melalui Laporan Kemampanan tahunannya. Laporan Kemampanan 2020 Ingersoll Rand dijadualkan untuk dikeluarkan pada Mei 2021.

Latar Belakang Ingersoll Rand Inc.

Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), didorong oleh semangat keusahawanan dan penetapan minda pemilikan, berdedikasi untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik buat kakitangan, pelanggan dan komuniti kami. Pelanggan bergantung pada kami untuk kecemerlangan dipacu teknologi kami dalam penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri dalam lebih 40 jenama yang disegani yang mana produk dan perkhidmatan kami cemerlang dalam keadaan yang paling rumit dan sukar. Portfolio produk kami terdiri daripada pemampat udara, pam, peniup dan sistem untuk pengurusan cecair, pemuatan dan pengendalian bahan, alat kuasa selain jenama Club Car yang terkenal untuk kenderaan khusus. Menerusi lebih 16,000 pekerja di seluruh dunia, pasukan kami membangunkan pelanggan sepanjang hayat melalui komitmen harian mereka terhadap kepakaran, produktiviti dan kecekapan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.IRCO.com.

 
Source: Ingersoll Rand
Keywords: Environmental Products & Services