omniture

Amazfit T-Rex Pro Bakal Dilancarkan di Malaysia: Jam Tangan Pintar Gred Ketenteraan Tahan Lasak dengan Ketahanan agar Setanding Dengan Anda dan Hayat Bateri[1] sehingga 18 Hari

Amazfit
2021-03-23 22:00 118

SHENZHEN, China, 23 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Amazfit, jenama global dalam pasaran peranti boleh pakai, melancarkan edisi terkini siri jam tangan pintar sukan luarnya yang berjaya, Amazfit T-Rex Pro, di acara maya secara langsung pada jam 10 malam, 23 Mac.

Amazfit T-Rex Pro Bakal Dilancarkan di Malaysia
Amazfit T-Rex Pro Bakal Dilancarkan di Malaysia

Di Malaysia, Amazfit T-Rex Pro berharga RM 659 dan akan mula dijual pada 4 April. Prapesanan di Gedung Rasmi Amazfit (https://shopee.com.my/amazfit.os) mulai 24 Mac dan Dasher (https://shopee.com.my/dasher) mulai 28 Mac.

Amazfit T-Rex Pro dibangunkan berdasarkan populariti Amazfit T-Rex yang memenangi anugerah, yang mula diperkenalkan di CES 2020. Diinspirasikan oleh kejayaan pendahulunya dan melalui inovasi tekal, Amazfit T-Rex Pro melepasi 15 ujian gred ketenteraan[2]. Fungsian baharu juga termasuk tahan air 10 ATM[3], sistem pengukuran ketepuan oksigen darah, empat sistem satelit navigasi global, altimeter barometrik dan lebih daripada 100 mod sukan. Fungsi-fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasannya yang komprehensif melibatkan pelbagai mod sukan luar yang popular untuk aktiviti kembara, seraya menjadikannya lebih mudah untuk keluar daripada zon selesa anda.

[1] Hayat bateri mungkin berbeza mengikut tetapan, keadaan operasi dan faktor-faktor lain. Maka, hasil sebenar mungkin berbeza daripada data makmal.

[2] Data berkaitan mengenai topik ini datangnya daripada laporan berikut: H202005252293-01EN-G2.

[3] Selaras dengan piawaian GB/T 30106-2013 / ISO 22810:2010, Amazfit T-Rex Pro mencapai penarafan 10 ATM untuk rintangan air sehingga 100 meter, maka ia sesuai untuk percikan, salji, mandi, berenang, selam snorkel atau sukan air kelajuan tidak tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi halaman sokongan di support.amazfit.com.

 

Source: Amazfit
Keywords: Computer/Electronics