omniture

Pelanggan Dialog Nikmati Spotify dengan Pembawa Penyelesaian Pengebilan Langsung Apigate

Apigate
2021-03-24 13:43 163

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Apigate menawarkan pelanggan Dialog dengan mod bayaran yang selamat dan mudah melalui Pembawa Penyelesaian Pengebilan Langsung (DCB) Apigate untuk melanggan Spotify.

Pelanggan Dialog Nikmati Spotify dengan Pembawa Penyelesaian Pengebilan Langsung Apigate
Pelanggan Dialog Nikmati Spotify dengan Pembawa Penyelesaian Pengebilan Langsung Apigate

Apigate ialah penyedia penyelesaian kewangan dan pertumbuhan pelanggan global yang terkemuka. Penyelesaian DCB hadir bersama kelancaran perjalanan pelanggan bagi pelanggan Dialog apabila mereka melanggan Spotify. Apigate telah menyesuaikan penyelesaian DCB bagi memenuhi keperluan pelanggan Dialog.

Raja Mansukhani, Pengarah Jualan & Pembangunan Perniagaan daripada Apigate: "Kami teruja untuk memperluas perkongsian kami bersama Dialog yang merupakan operator telekomunikasi #1 di Sri Lanka. Penyelesaian DCB Apigate menghapuskan keperluan penggunaan akaun bank atau kad kredit, oleh demikian menjadikan Spotify lebih mudah diakses oleh pelanggan Dialog. Di Apigate, fokus kami adalah untuk memberi penggiat kandungan/OTT akses global kepada pelanggan akhir melalui produk dan penyelesaian yang inovatif.

Viranga Seneviratne, Pengurus Besar IdeaMart dikuasakan oleh Dialog Axiata PLC berkata "Dialog teruja dapat bekerjasama dengan Apigate bagi menjana Pembawa Penyelesaian Pengebilan Langsung yang menawarkan pengalaman pembayaran yang mesra pengguna, di mana pelanggan Dialog tidak perlu menggunakan akaun bank atau kad kredit. Mereka mempunyai pilihan mudah untuk membayar melalui baki akaun mudah alih mereka. Dialog sentiasa berusaha untuk mencipta pengalaman terbaik buat pelanggannya dan kerjasama ini merupakan satu lagi contoh usaha berkaitan."

Latar Belakang Apigate

Apigate ialah penyedia penyelesaian kewangan digital dan pertumbuhan pelanggan bertaraf global. Kami mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai kandungan digital dan landskap perkhidmatan dengan satu titik penyepaduan dan operasi, serta menjadikan kami sebagai rakan yang dipercayai untuk perniagaan digital dari serata dunia.

Kami mengaktifkan lebih 100 rakan digital (OTT hiburan & permainan yang diiktiraf di seluruh dunia, gedung aplikasi dan lain-lain) menghubungkan mereka dengan akses kepada lebih daripada 1 bilion pengguna di seluruh dunia melalui operator mudah alih, penyedia e-dompet, tempat e-pasaran dan banyak lagi. Platform kami yang stabil dan selamat menyediakan pengalaman pengguna yang lancar dan mudah dengan fungsi Strategi ke Pasaran (Go to Market) yang pantas untuk pelancaran berbilang negara.

Kunjungi www.apigate.com untuk butiran lanjut.

Latar Belakang Dialog Axiata PLC

Dialog Axiata PLC, merupakan salah satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar Sri Lanka dan operator rangkaian mudah alih yang terbesar di negara ini dengan 16.28 juta pelanggan yang berjumlah 57% daripada pasaran mudah alih Sri Lanka.

Kunjungi www.dialog.lk untuk butiran lanjut.

Source: Apigate
Related Links:
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements