SHANGHAI, 24 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Haier Smart Home ("Haier", Shanghai: 600690), jenama perkakas rumah dan pembina ekosistem kediaman pintar yang terkemuka di dunia, memperkenalkan pelan tindakan lima tahap untuk fasa pembangunan kediaman pintar yang seterusnya di AWE 2021, diadakan mulai 23-25 Mac di Shanghai. Mendemonstrasikan kepimpinannya dalam senario, penyelesaian dan teknologi kediaman pintar, rancangan Haier akan membawa pengalaman revolusioner kepada pengguna dalam industri pakaian, makanan, perumahan, hiburan dan pengangkutan.
Rancangan berkenaan merupakan satu pengunduran besar-besaran daripada platform dan ekosistem peranti yang diterima pakai oleh penggiat industri; sebaliknya memupuk ekosistem yang dibina berasaskan senario. Haier menerobos sempadan dalam perkakasan, perisian, teknologi dan perkhidmatan untuk membina ekosistem tidak terikat yang menggabungkan produk untuk lebih daripada 300 senario dalam tujuh ruang. Internet Pakaian, Makanan, Udara, Air, Pemanasan, Keselamatan, Pencahayaan, Perangkaian dan Hiburan terhubung telah menyatukan hampir 10,000 ekosistem dan pihak untuk menjadi ekosistem berasaskan senario kediaman pintar yang terbesar di dunia.
Pelan tindakan pembangunan kediaman pintar lima tahap Haier merangkumi kecerdasan mesin tunggal, kecerdasan kolaboratif antara kategori dan ruang, kecerdasan pembuatan keputusan, kecerdasan berautonomi dan kecerdasan merata di peringkat kediaman, komuniti dan bandar yang mana Haier telahpun mencapai tahap ketiga.
"Di Haier, kami mengumpul pengetahuan selama lebih 36 tahun hasil perkhidmatan yang kami berikan kepada lebih daripada 180 juta isi rumah dan mengumpul pemerhatian daripada puluhan juta peranti terhubung. Pelan tindakan kami memanfaatkan wawasan dan pengalaman ini untuk keperluan pengguna isi rumah demi menyambut masa depan perkakas kediaman pintar terhubung," kata Wang Ye, Naib Presiden dan Pengurus Besar Kediaman Pintar Haier Home Appliance Industry Group.
Strategi pintar dalam membuat keputusan oleh Haier menggabungkan penyesuaian produk penuh daripada jenama-jenama Haier dan melibatkan himpunan luas yang mencakupi lebih daripada 3,000 produk. Haier Smart Home menyediakan kehidupan senario penuh dengan 10 senario ruang hidup bersama serta 7 senario seluruh rumah dan semua perkakas serta sumber diintegrasikan dalam ekosistem gelung tertutup penuh bagi membawa perkhidmatan yang benar-benar disesuaikan dan saling hubung.
Sebagai contoh, penyaman udara Haier akan mengaktifkan secara automatik fungsi pensterilan berdasarkan paras pencemaran udara yang dikesan bagi menyingkirkan tujuh jenis bahan pencemar udara biasa sekali gus membebaskan puluhan ribu ion negatif bagi memberikan persekitaran udara yang sihat dan selesa untuk seisi keluarga.
Pada sebelah malam AWE 2021, Haier melancarkan Smart Home OS 3.0, membuka jalan untuk era pembangunan industri baharu. Sistem operasi terkini Haier dibina dengan Haier Smart Home Brain (Otak Kediaman Pintar Haier) dan platform terbuka sebagai terasnya. 'Otak' tersebut yang merupakan kunci untuk menjadikan kediaman pintar benar-benar 'pintar' memanfaatkan 15 teknologi utama bagi mencapai lima ciri utama: merata, interaksi semula jadi, penyesuaian aktif, keselamatan dan sekuriti serta pembelajaran berterusan.
Dibina khusus untuk pembangun, platform terbuka Haier Smart Home merupakan yang terbesar seumpamanya yang bertumpu sekitar produk, aplikasi dan senario IoT. Platform ini mempunyai satu saluran dalam talian, Haigeek.com, 10 pusat penyelidikan dan pembangunan, beratus-ratus keupayaan terbuka, enam jenis perkhidmatan untuk aplikasi senario dan banyak kategori peralatan rangkaian. Ini membolehkan rakan kongsi untuk berinovasi dan mempromosikan perkhidmatan, aplikasi dan peranti dengan pantas ke pasaran; memanfaatkan saluran jualan Haier dan melengkapkan kelulusan dalam masa kurang daripada sepuluh hari.
Untuk terus menyokong pihak pembangun, Haier turut melancarkan program pemerkasaan pembangun dan menjalin pakatan dengan syarikat-syarikat terkemuka seperti Tencent, iFLYTEK dan Allwinner. Haier berubah untuk menjadi sistem ekologi kediaman pintar yang amat besar melalui pembinaan bersama rangkaian berasaskan senario dengan rakan kongsi ekologi dan membuka platform yang memastikan agar lebih banyak pembangun bebas membawa perkhidmatan kediaman pintar yang kreatif kepada pelanggan.