omniture

Sinopec Tandatangani Perjanjian Gas Asli Cecair Jangka Panjang 2 Juta Tan Setahun dengan Qatar Petroleum

Sinopec Group
2021-03-24 19:30 103

BEIJING, 24 Mac 2021 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") menandatangani perjanjian jual beli jangka panjang bersama Qatar Petroleum pada 22 Mac melalui persidangan video dalam talian untuk membeli 2 juta tan gas asli cecair ("LNG") setiap tahun untuk tempoh 10 tahun.

Sinopec Menandatangani Perjanjian LNG Jangka Panjang 2 Juta Tan Setahun dengan Qatar Petroleum.
Sinopec Menandatangani Perjanjian LNG Jangka Panjang 2 Juta Tan Setahun dengan Qatar Petroleum.

Zhang Yuzhuo, Pengerusi Sinopec, menyatakan bahawa kontrak LNG dalam tempoh jangka panjang bersama Qatar Petroleum merupakan yang pertama dalam sejarah syarikat dan amat penting:

"Kami tidak sabar-sabar untuk melanjutkan kerjasama dengan Qatar Petroleum pada masa akan datang. Sinopec sentiasa menyokong pembangunan tenaga mesra alam dan bersih serta perjanjian bekalan LNG jangka panjang bukan sahaja akan memenuhi keperluan pasaran Cina tetapi juga akan menunjukkan komitmen Sinopec terhadap laluan pembangunan yang rendah karbon, mesra alam, selamat, bertanggungjawab dan mampan," ujar Zhang. "Kami benar-benar percaya bahawa menjadi tanggungjawab seluruh industri dan setiap syarikat untuk mencapai puncak emisi karbon dan mencapai neutral karbon yang diperlukan untuk transformasi dan pembangunan industri ini."

Saad Sherida Al-Kaabi, Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tenaga Negara Qatar, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Petroleum, menyatakan bahawa penandatanganan kontrak LNG jangka panjang pertama bersama Sinopec mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara selain permulaan pewujudan hubungan kerjasama jangka panjang yang membuahkan hasil antara Qatar Petroleum dan Sinopec.

Kerjasama antara China dan Qatar dalam sektor tenaga bermula pada tahun 2009 dan kerjasama ini akan meningkatkan lagi keupayaan Qatar untuk membekalkan pasaran Cina demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat selain menonjolkan kedudukan utama Qatar Petroleum dalam industri ini.

China ialah rakan kongsi tenaga yang penting dan strategik untuk Negara Qatar dalam seluruh rantaian nilai tenaga dengan membekalkan 62 juta tan LNG ke China sejak tahun 2009. Dengan pihak kerajaan memperkenalkan beberapa langkah perlindungan alam sekitar, pasaran LNG China akan mengekalkan pertumbuhan stabil pada masa akan datang, membawa prospek yang luas bagi tujuan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Qatar Petroleum ialah syarikat minyak nasional Qatar, ditubuhkan pada November 1974. Ia bertanggungjawab bagi pembangunan industri minyak dan gas di Negara Qatar dan perniagaan utamanya termasuk penerokaan dan pembangunan minyak dan gas.

Latar Belakang Sinopec

Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya merangkumi penerokaan dan pengeluaran, pengangkutan saluran paip dan penjualan petroleum dan gas asli; penjualan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum, produk petrokimia, produk kimia arang batu, gentian sintetik, baja dan produk kimia lain; import dan eksport, termasuk perniagaan agensi import dan eksport, petroleum, gas asli, produk petroleum, produk petrokimia dan kimia, serta komoditi dan teknologi lain; dan juga penyelidikan, pembangunan dan aplikasi teknologi dan maklumat.

Sinopec menetapkan untuk 'mendorong kehidupan yang indah' sebagai misi korporatnya, meletakkan 'orang ramai, tanggungjawab, integriti, kejituan, inovasi dan saling menguntungkan' sebagai nilai teras korporatnya, mengejar strategi berorientasikan nilai, pembangunan yang didorong oleh inovasi, peruntukan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau dan rendah karbon serta berusaha untuk mencapai visi korporatnya bagi membina sebuah syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.sinopec.com/ 

Source: Sinopec Group
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements