omniture

Whale Cloud Jadi Syarikat Pertama di Dunia Peroleh Lambang Platinum daripada TM Forum untuk Pematuhan API Terbuka

Whale Cloud
2021-03-24 19:30 1270

NANJING, China, 24 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Whale Cloud, sebuah syarikat teknologi terkemuka yang menyediakan penyelesaian perisian dan perkhidmatan untuk telekomunikasi serta pelbagai industri, telah memperoleh Pensijilan Pematuhan API Terbuka Platinum TM Forum untuk suit BSS/OSS ZSmart yang mengekalkan Whale Cloud di kedudukan teratas yang menerajui industri dari segi jumlah pelaksanaan API Terbuka yang disesuaikan dan diperakui. Menerusi pencapaian ini, Whale Cloud menjadi ahli TM Forum pertama di dunia yang memperoleh status Platinum.

Program API Terbuka TM Forum mencipta suit API Terbuka yang merupakan satu himpunan API berasaskan REST standard yang membolehkan integrasi yang pantas, berulang dan fleksibel antara operasi dan sistem pengurusan, menjadikannya lebih mudah untuk mencipta, membina dan mengendalikan perkhidmatan inovatif yang kompleks.

Sebagai penyokong penerimaan API Terbuka TM Forum, Whale Cloud komited untuk membawa faedah-faedah pempiawaian, inovasi dan ketangkasan kepada pelanggan kami.

Suit BSS/OSS ZSmart membantu CSP memudahkan ketangkasan perniagaan, meminimumkan kos, meningkatkan aliran pendapatan baharu serta meningkatkan penglibatan pelanggan. Suit tersebut mengatur semula seluruh sistem menjadi seni bina natif-awan seragam, menawarkan pusat keupayaan nyahganding penuh SaaS, IaaS dan PaaS; API Terbuka TMF untuk saluran, rakan kongsi dan vertikal bahagian depan; saluran dan alat pengurusan E2E DevOps; dan juga menyokong model komersial SaaS. Di samping itu, suit tersebut menyediakan keupayaan 5G Luar Kotak (OOTB) yang cemerlang seperti pengecasan berbilang dimensi, penyesuai antara muka SBI, aliran perniagaan untuk mod SA dan NSA serta pemasukan rakan kongsi, pengurusan penghirisan, penyediaan hibrid untuk vertikal-vertikal seperti automotif, rawatan kesihatan dan pengangkutan awam.

"Kami amat berbesar hati dapat menjadi syarikat pertama menerima lambang Platinum daripada TM Forum untuk Pematuhan API Terbuka. Suit BSS/OSS Whale Cloud mempercepatkan perjalanan transformasi CSP dan menyediakan perkhidmatan inovatif kepada operator untuk membantu mereka kekal berdaya saing dalam pasaran. Suit ini memanfaatkan API Terbuka yang diperakui bagi mendayakan ketangkasan perniagaan, mencipta produk dan perkhidmatan baharu dengan menyediakan dan menggunakan perkhidmatan daripada pihak ketiga luaran serta mengurangkan masa dibawa ke pasaran bagi menyampaikan penyelesaian perniagaan baharu," kata Zhengcang XIAO, Ketua Pegawai Teknologi, Whale Cloud International.

"Tahniah diucapkan kepada Whale Cloud atas Pensijilan Pematuhan API Terbuka Platinumnya. Pensijilan ini menunjukkan bahawa Whale Cloud berjaya menyelesaikan pelaksanaan 20 API Terbuka yang kritikal untuk membina perkhidmatan dan aplikasi digital baharu," kata George Glass, Ketua Pegawai Teknologi, TM Forum. "Sehingga kini, API Terbuka TM Forum telah digunakan oleh 24,000 pengguna daripada 2,000 syarikat dengan 370,000 muat turun di seluruh dunia. Kami mengucapkan terima kasih kepada Whale Cloud atas komitmen mereka terhadap TM Forum dan piawaian API Terbuka yang memberi manfaat kepada seluruh sistem. Kami berharap dapat meneruskan kolaborasi kami berhubung konsep dan inovasi baharu bagi meningkatkan industri kita."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://online.iwhalecloud.com/

Source: Whale Cloud
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards