omniture

Timex® Melancarkan Kempen Jenama Baharu: WE DON'T STOP™, Pada Saat Ketabahan Amat Diperlukan

Timex
2021-03-24 21:08

Syarikat dengan slogan 'Takes A Licking and Keeps on Ticking' ini Berkembang untuk Mencerminkan Pandangan Baharu

MIDDLEBURY, Connecticut, 24 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Timex®, peneraju dunia dalam pembuatan jam tangan, melancarkan kempen jenama baharunya – WE DON'T STOP™. Slogan yang terkenal di seluruh dunia, "It takes a licking and keeps on ticking," ("Walaupun sukar, teruskan berusaha") sedang mendapatkan kemas kini moden untuk menggambarkan pandangan dan pemikiran syarikat yang lebih baik pada abad ke-21. Melalui debut kempen ini, Timex melancarkan kreativiti baharunya yang menampilkan perintis perubahan terkenal di seluruh dunia yang memperlihatkan ketabahan mereka dan memberi inspirasi kepada orang lain melalui tindakan mereka serta menyokong kempen #TOGETHERBAND melalui tindakan dan sumbangan amal untuk memajukan misi "We Don't Stop" dan menyediakan platform untuk wira sehari-hari.

Sila ikuti Siaran Akhbar Multimedia interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8868751-timex-we-dont-stop-togetherbrand-campaign/

Kempen baharu ini, WE DON'T STOP™ menyampaikan mesej harapan dan kebingkasan ketika orang ramai di seluruh dunia terus bertabah menghadapi keadaan yang sukar. Video wira kempen ini yang dirakam sebelum bermulanya pandemik COVID, kini melambangkan masa depan yang dapat menyatukan semula orang ramai untuk mencapai misi yang sama dan meraikan pencapaian masing-masing. Etos ini berfungsi sebagai inspirasi untuk video tersebut yang ditampilkan dengan persembahan khas "Don't Stop Me Now" daripada Queen — suatu penerangan yang sempurna tentang keseluruhan kempen ini dan kesediaan jenama ini untuk menghadapi apa sahaja keadaan pada masa hadapan.

"WE DON'T STOP merupakan ungkapan semula jadi untuk perkembangan jenama ini," kata Tobias Reiss-Schmidt, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Timex Group. "Kempen ini adalah tentang kebingkasan yang menyelubungi kita – kisah tentang kecekalan, ketabahan, kebijaksanaan dan perasaan – kisah-kisah yang memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan. WE DON'T STOP memperjuangkan wira sehari-hari kami serta perjuangan kami selama lebih 167 tahun yang lalu, kami akan terus mara ke hadapan tanpa sesekali berundur."

Selama lebih satu abad, Timex berinovasi dan berpandangan ke hadapan dengan idea-idea baharu yang berani sepanjang masa. Timex telah menghiasi pergelangan para presiden, mengembara ke angkasa lepas dan kekal berinovasi serta bekerjasama dengan beberapa orang pereka dan jenama yang paling hebat dalam industri fesyen. Platform WE DON'T STOP™ melambangkan kesinambungan mentaliti melangkaui sempadan dan memperjuangkan wira sehari-hari yang menghayati "We Don't Stop" dalam segala yang mereka lakukan.  Kempen ini bukan sekadar menjadi etos di Timex; malah ia menyediakan platform kepada semua kisah-kisah di luar sana yang telah memberi inspirasi kepada syarikat untuk terus maju ke hadapan.

Pandangan inilah yang membuatkan Timex menyertai #TOGETHERBAND dalam memacu kesedaran terhadap kempen global ini yang dikhususkan untuk mewujudkan masa depan yang lebih saksama, aman dan lestari bagi semua. Ia hanyalah satu lagi langkah yang diambil oleh syarikat untuk menuju ke arah masa depan yang lebih baik — sesuatu yang bernilai untuk diperjuangkan ketika kita terus menyesuaikan diri, berkembang dan belajar.

Untuk maklumat kempen, sila layari www.timex.com/wedontstop dan di sini untuk maklumat aset.

* Semua produksi untuk kempen ini telah disiapkan pada tahun 2019, sebelum bermulanya pandemik COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://timexgroup.com.

HUBUNGAN AKHBAR
TimexPR@zenogroup.com 

Source: Timex
Related Links:
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services