omniture

Bank-bank Asia Pasifik bersedia manfaatkan teras benar-benar digital - bawakan kelebihan kompetitif melangkaui kos

Thought Machine
2021-03-25 00:28 241
  • Kajian baharu daripada IDC dan Thought Machine mendedahkan bahawa pasaran Asia Pasifik paling bersedia untuk transformasi perbankan teras – digariskan dalam Indeks Peluang Perbankan Teras Digital baharu
  • Teras benar-benar digital akan memberi pelbagai faedah untuk bank-bank rantau tersebut termasuk ketangkasan, migrasi dan kos

SINGAPURA dan LONDON, 25 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Thought Machine, syarikat teknologi natif awan menerusi ibu pejabat APACnya di Singapura dan International Data Corporation (IDC), telah mengeluarkan penulisan kedua mereka berhubung kajian bersama yang bertajuk Truly Digital Core Banking: You Are More Ready Than You Think (Perbankan Teras Benar-benar Digital: Anda Jauh Lebih Bersedia Daripada Apa yang Anda Fikirkan) 

Dalam penulisan kajian baharu ini, IDC menggariskan kesediaan Asia Pasifik untuk menjalani transformasi perbankan dan laluan yang jelas untuk bank-bank di rantau ini menerima pakai teknologi teras moden dan membawa pengalaman perbankan yang benar-benar berciri digital.

Indeks proprietari baharu IDC, Indeks Peluang Perbankan Teras Digital, memetakan pasaran serantau berdasarkan dua dimensi: peluang-untuk-mendapat-manfaat dan kesediaan pelaksanaan. Dalam dimensi peluang-untuk-mendapat-manfaat, pasaran diukur mengikut kesediaan pelanggan terhadap perbankan digital dan infrastruktur pasaran. Dalam dimensi kesediaan pelaksanaan, pasaran diukur menurut kecenderungan mereka ke arah mengubah sistem legasi dan kematangan infrastruktur pasaran mereka.

Pasaran-pasaran yang diukur dalam indeks tersebut ialah: Australia, Indonesia, Hong Kong, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Dapatan daripada indeks tersebut menunjukkan bahawa:

  • Singapura dan Australia mempunyai peluang terbesar untuk perbankan teras digital dengan pasaran-pasaran yang tinggal bersedia untuk menjalani transformasi digital.
  • Beberapa sistem teras tertua terdapat di Filipina dan Malaysia manakala Vietnam mempunyai sistem teras yang agak baharu.
  • Kebanyakan pasaran Asia Pasifik yang diukur terkandung dalam segmen 'Pemecutan Pasaran': bersedia untuk memanfaatkan sepenuhnya penawaran teras digital.
  • Indonesia dan Thailand mempunyai kecenderungan yang kuat untuk mengubah sistem bank teras mereka manakala Malaysia dan Filipina dilihat lambat untuk beralih kepada teras digital.

Kertas kajian tersebut turut memperincikan sifat teknologi perbankan teras digital yang memperkukuhkannya – bagaimana seni bina perisian moden dapat meningkatkan keupayaan penyampaian bank dan keupayaan untuk terus berinovasi. Hakikatnya, hal ini mempercepatkan kesediaan keseluruhan bank untuk melaksanakan transformasi digital penuh.

Pada separuh akhir kertas kajian, IDC memperincikan keperluan yang tepat untuk teras digital moden – menggariskan 25 sifat tersendiri yang harus dimiliki oleh sistem termasuk analitik atas-permintaan, konfigurasi pintar, pelesenan fleksibel, pengurangan kos dan banyak lagi.

Michael Araneta, Ketua Penasihat dan Penyelidikan, IDC Financial Insights, berkata: "IDC telah mengkaji gelombang pelaburan baharu menuju sistem perbankan teras digital di rantau Asia Pasifik dan kini dapat mendedahkan bahawa bank-bank bersedia untuk mendapat manfaat daripada keupayaan generasi baharu sistem perbankan teras. Bank-bank tersebut akhirnya dapat menjadi lebih cekap, lebih bertumpu pelanggan dan lebih tangkas.  Tiada pasaran di rantau ini mahupun bank berhubung hal berkenaan perlu menunggu masa yang tepat pada masa akan datang. Masanya ialah sekarang."

Nick Wilde, Pengarah Urusan APac, Thought Machine, berkata: "Pasaran Asia kini berupaya untuk memanfaatkan kecekapan seni bina natif-awan, kerangka dipacu API dan keupayaan peningkatan kod rendah yang terdapat dalam sistem teras yang benar-benar berciri digital. Titik persimpangan telah tiba – pasaran Asia bersedia untuk melaksanakan dan merebut faedah-faedah material dengan beralih kepada teras yang benar-benar digital."

Kertas kajian tersebut meneroka enjin perbankan teras Thought Machine, Vault, dalam konteks sifat-sifat ini. Satu penilaian mengenai paradigma pembangunan kod rendah dan tanpa kod mendedahkan bahawa pendedahan kod rendah Vault membuka pelbagai faedah untuk bank-bank yang ingin menjadi tangkas dalam persekitaran yang pantas berubah. Pendekatan masa sebenar dipacu AI Vault, turut diketengahkan atas keupayaannya untuk menyelaraskan integrasi dengan sistem lain, berhubung dengan program Perbankan Terbuka dan membolehkan bank-bank untuk memanfaatkan saluran digital baharu.

Kertas kajian berkenaan menyimpulkan dengan penilaian berhubung pendekatan migrasi yang tersedia untuk bank-bank legasi apabila menerima pakai sistem perbankan teras digital moden. Vault diketengahkan atas keupayaannya untuk menampung pelbagai jenis migrasi: mengurangkan kerumitan, risiko dan kos yang terlibat dalam proses tersebut.

Latar Belakang Thought Machine 

Thought Machine ditubuhkan pada tahun 2014 dengan misi untuk membolehkan bank-bank menggunakan sistem moden dan beralih daripada platform IT legasi yang menganggu industri perbankan. Kami melaksanakan usaha ini melalui platform perbankan teras natif awan kami, Vault. Sistem generasi seterusnya ini telah dibuat dari peringkat asas sebagai platform natif awan sepenuhnya. Ia tidak mengandungi satu baris kod yang merupakan legasi, atau pra-awan.

Ditubuhkan oleh usahawan Paul Taylor, pelanggan Thought Machine terdiri daripada Lloyds Banking Group, SEB, Standard Chartered, Atom bank, Monese, TransferGo dan Curve. Kini, kami merupakan sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 450 orang yang berada di pejabat-pejabat di London, Singapura, Sydney, Melbourne, New York dan telah mengumpul lebih daripada £110 juta melalui pendanaan daripada Eurazeo, Draper Esprit, SEB, British Patient Capital, IQ Capital, Playfair Capital, Nyca Partners, Lloyds Banking Group dan Backed.

Untuk maklumat lanjut kunjungi thoughtmachine.net

Latar Belakang IDC 

International Data Corporation (IDC) ialah penyedia global yang ulung bagi perisikan pasaran, khidmat nasihat dan acara untuk pasaran teknologi maklumat, telekomunikasi dan teknologi pengguna. Bersama lebih daripada 1,100 penganalisis di seluruh dunia, IDC menawarkan kepakaran global, serantau dan tempatan mengenai peluang teknologi dan industri serta trend di lebih 110 negara. Analisis dan pemahaman IDC membantu golongan profesional IT, eksekutif perniagaan dan komuniti pelaburan untuk membuat keputusan teknologi berasaskan fakta dan bagi mencapai objektif perniagaan penting mereka. Ditubuhkan pada tahun 1964, IDC ialah subsidiari milik penuh International Data Group (IDG), syarikat media teknologi, data dan perkhidmatan pemasaran yang terkemuka di dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai IDC, sila kunjungi www.idc.com. Ikuti IDC di Twitter melalui @IDC dan LinkedIn. Langgan Blog IDC untuk berita dan tinjauan industri: http://bit.ly/IDCBlog_Subscribe.

Source: Thought Machine
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Survey, Polls & Research