omniture

Xinhua Silk Road: Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Kebangsaan Changsha di Hunan China Tengah perkenal pelbagai langkah untuk tarik bakat seluruh dunia

Xinhua Silk Road
2021-03-25 01:57 186

BEIJING, 25 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Kebangsaan Changsha yang terletak di bahagian timur Changsha, ibu kota Wilayah Hunan, China tengah, mengadakan Acara Promosi Dasar Pelabuhan Bakat dan Pertukaran Bakat Antarabangsa Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Hunan) pada 18 Mac dalam usaha untuk menarik minat bakat dari serata dunia.

Photo shows the Changsha National Economic and Technological Development Zone.
Photo shows the Changsha National Economic and Technological Development Zone.

Kapsyen foto: Foto menunjukkan Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Kebangsaan Changsha

Zhang Qinghong, pengarah jawatankuasa pengurusan Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Kebangsaan Changsha memperkenalkan beberapa langkah bagi menggalakkan pembinaan kumpulan bakat antarabangsa.

Setiap perusahaan yang ditubuhkan oleh pelajar luar negara atau bakat asing di zon tersebut akan diberikan sehingga 10 juta yuan nilai subsidi projek dan 900,000 yuan subsidi sewa atau 1 juta yuan subsidi pembelian tempat.

Pelajar luar negara dan bakat asing yang memulakan perniagaan di zon tersebut boleh menginap di pangsapuri atau komuniti bakat antarabangsa secara percuma atau menikmati subsidi swa sehingga 5,000 yuan sebulan. Bakat bertaraf tinggi akan diberi subsidi perumahan bermula daripada 80,000 yuan hingga 2 juta yuan.

Sementara itu, anak-anak bakat bertaraf tinggi yang bersekolah di sekolah swasta atau sekolah antarabangsa di dalam daerah atau wilayah tersebut akan diberikan subsidi tuisyen sekali sahaja sehingga 90,000 yuan setiap orang.

Tambahan pula, bahagian cukai pendapatan peribadi yang dibayar di daerah tersebut yang melebihi 15 peratus akan diberi subsidi sepenuhnya. Pemberian gaji sehingga 4 juta yuan setahun akan diberikan kepada bakat utama luar negara yang baru diperkenalkan.

Di samping itu, sebuah pangkalan pertukaran dan latihan amali untuk pelajar kolej asing akan ditubuhkan, dengan setiap orang diberikan subsidi kerja sekali sahaja sehingga 6,000 yuan. "Pangkalan Demonstrasi Pencapaian Intelektual Asing" yang baru dinilai akan diberikan sehingga 500,000 yuan ganjaran sekali sahaja.

Zhang menyeru semua bakat untuk berganding bahu bersama Zon Pembangunan Ekonomi Changsha, berkongsi peluang baharu dan mencari pembangunan baharu.

Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Kebangsaan Changsha, yang meliputi 40 peratus daripada kawasan keseluruhan Zon Perdagangan Bebas Perintis Hunan, menumpukan pada pembangunan pembuatan peralatan canggih, teknologi maklumat generasi baharu dan bioperubatan.

Menjelang penghujung tahun 2020, terdapat 245 perusahaan industri melebihi saiz yang ditetapkan dan 357 perusahaan berteknologi tinggi di zon tersebut, menjana jumlah nilai output industri sebanyak 253 bilion yuan dan hasil cukai sebanyak 17.097 bilion yuan.

https://en.imsilkroad.com/p/320456.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis