KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Bigo Live, sebuah pelantar atau aplikasi yang terkemuka dan terkenal di peringkat antarabangsa, mempersembahkan pelakon-penyanyi popular di Malaysia, Nazim Othman (BIGO ID: nazimothman) dalam interaksi bersama peminat secara eksklusif selama dua malam pada hari Khamis, 25 Mac dan Selasa, 30 Mac pada jam 9.30 malam MYT (Waktu MY).
Terkenal dengan drama ‘Dejavu di Kinabalu’ Pelakon-Penyanyi Malaysia, Nazim Othman Akan Mengadakan Siaran Langsung Interaktif Selama Dua Malam Eksklusif di Bigo Live
Bufet minum petang pada hari bekerja untuk dua orang di Atmosphere 360, KL Tower serta sepasang tiket masuk ke Blue Coral Aquarium merupakan hadiah yang bakal dimenangi peminat dan penonton selain daripada peluang berinteraksi secara eksklusif bersama Nazim Othman.
Ketika dunia dilanda wabak COVID-19 dan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), situasi ini secara tidak langsung telah mengubah cara kita berinteraksi dan bersosial. Bigo Live menjadi salah satu aplikasi siaran langsung yang paling popular di Malaysia kerana ia merupakan pelantar yang dapat menghubungkan orang ramai di atas talian. "Saya amat teruja kerana dapat meneroka kaedah lain untuk berinteraksi dengan peminat-peminat saya dan ianya pasti akan memberikan kenangan yang terindah," ujar Nazim Othman.
Bagi yang ingin mengambil bahagian dalam siaran langsung dan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan, peminat perlulah memuat turun aplikasi Bigo Live, menonton siaran teaser dan meninggalkan ID BIGO mereka di bahagian komen di laman akaun Instagram Nazim Othman. Beliau akan mengumumkan tiga pemenang bertuah semasa sesi siaran langsung pada 25 Mac.
Selain hadiah yang ditawarkan, peminat juga berpeluang untuk berinteraksi secara eksklusif dengan pelakon-penyanyi popular ini semasa sesi Soal Jawab secara maya pada 30 Mac dan tiga peminat bertuah akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam sesi panggilan video secara langsung dengan beliau.
Bukan sahaja terkenal di kalangan rakyat Malaysia dengan lakonan beliau dalam beberapa drama tempatan seperti Dejavu di Kinabalu, Kau Yang Terindah dan Epilog Cinta Khirana, malah Nazim Othman juga merupakan finalis dalam pertandingan nyanyian popular Gempak Superstar pada tahun 2016. Beliau juga pernah mengeluarkan single pertamanya yang berjudul 'Kerana Cinta' pada bulan April tahun 2017.
Kerjasama antara Bigo Live dan Nazim Othman ini merupakan sebahagian daripada usaha dan komitmen sebagai sumber hiburan yang interaktif dan menarik sambil memperkasakan pengguna dengan cara berinteraksi dan bersosial dengan kaedah norma baharu. Bersesuaian dengan saranan kerajaan dalam memerangi wabak Covid 19, siaran langsung dapat memberikan impak yang positif, harapan untuk bersosial dan keseronokkan kepada pengguna. Platform siaran langsung ini juga telah mewujudkan peluang eksklusif untuk komuniti berinteraksi dengan selebriti tempatan kegemaran mereka dan ianya boleh dilakukan hanya dari rumah masing-masing.
Saksikan sesi siaran secara langsung Nazim Othman dengan memuat turun aplikasi Bigo Live di sini (boleh didapati di iOS dan Android)
Tentang Bigo Live
Dengan jumlah pengguna sekitar 400 juta di lebih dari 150 buah negara, Bigo Live kini menjadi peneraju dalam industri siaran langsung. Pelantar yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2016 ini dimiliki oleh syarikat BIGO Technology yang berpusat di Singapura dan merupakan satu pelantar siaran langsung bagi komuniti sosial yang telah berkembang pesat di peringkat antarabangsa. Penggunanya dapat berkongsi detik-detik kehidupan mereka, menonjolkan bakat dan dan berinteraksi secara alam maya dengan semua pengguna lain di seluruh dunia.