omniture

HUAWEI Video Raikan Setahun Penstriman dengan Kempen Ulang Tahun dan Pelancaran Kandungan Baharu

Huawei Mobile Services
2021-03-25 11:50 69

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Mac 2021 /PRNewswire/ -- HUAWEI Video, platform penstriman video-atas-permintaan (VOD) oleh Huawei, berhasrat untuk menyambut ulang tahun pertamanya bersama penggunanya di Malaysia. Serentak dengan ulang tahunnya, hari ini platform penstriman tersebut mengumumkan pelancaran peraduan 'HUAWEI Video Turns 1' masa terhad yang mana pengguna di Malaysia boleh bersaing untuk memenangi produk terkini Huawei dan langganan percuma perkhidmatannya.

HUAWEI Video, platform penstriman video-atas-permintaan (VOD) oleh Huawei, berhasrat untuk menyambut ulang tahun pertamanya bersama penggunanya di Malaysia. Serentak dengan ulang tahunnya, hari ini platform penstriman tersebut mengumumkan pelancaran peraduan 'HUAWEI Video Turns 1' masa terhad yang mana pengguna di Malaysia boleh bersaing untuk memenangi produk terkini Huawei dan langganan percuma perkhidmatannya.
HUAWEI Video, platform penstriman video-atas-permintaan (VOD) oleh Huawei, berhasrat untuk menyambut ulang tahun pertamanya bersama penggunanya di Malaysia. Serentak dengan ulang tahunnya, hari ini platform penstriman tersebut mengumumkan pelancaran peraduan 'HUAWEI Video Turns 1' masa terhad yang mana pengguna di Malaysia boleh bersaing untuk memenangi produk terkini Huawei dan langganan percuma perkhidmatannya.

Sejak melancarkan aplikasi penstriman video semua-dalam-satu pada Mac 2020, HUAWEI Video telah menjadi salah satu perkhidmatan penstriman video yang paling pesat berkembang di Asia Pasifik. Aplikasi ini, yang didatangkan prapasang pada peranti HUAWEI, menawarkan himpunan luas kandungan video untuk penggunanya – sebagai drama, filem, dokumentari serta konsert, sehinggalah kandungan mesra kanak-kanak. Kini boleh didapati dalam enam pasaran di rantau Asia Pasifik termasuk Hong Kong (China), Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, platform ini juga bakal dilancarkan di Indonesia lewat tahun ini.

"Pertumbuhan HUAWEI Video dalam tahun lalu menunjukkan bahawa terdapatnya permintaan yang tinggi terhadap kandungan strim di Asia dan kami komited untuk menyampaikan kandungan berkualiti melalui kurasi dan perkongsian baharu kami," kata Pengarah Perkhidmatan Awan Pengguna Asia Pasifik Huawei, Shane Shan.

HUAWEI Video Umum Kandungan dan Tawaran Baharu yang Menarik

Menjelang ulang tahun pertamanya, platform penstriman ini mengumumkan penambahan siri drama siar serentak yang menarik seperti Don't Think of Interrupting My Studies and Brilliant Girls daripada MangoTV. Aplikasi ini juga menampilkan kandungan popular seperti Big White Duel daripada TVB, Heroic Journey of Ne Zha daripada dimsum entertainment, A Quest to Heal daripada Mediacorp serta Say Yes to the Dress daripada Discovery.

Bersempena dengan sambutan tersebut, HUAWEI Video turut melancarkan peraduan 'HUAWEI Video Turns 1' secara eksklusif untuk kesemua pengguna HUAWEI Video di Malaysia, bermula sekarang hingga 4 April 2021. Pengguna boleh menyelesaikan tugasan berbeza dan mendapat peluang untuk memutar roda cabutan bertuah bagi memenangi hadiah HUAWEI seperti peranti HUAWEI dan pakej langganan HUAWEI Video.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut, sila kunjungi: https://bit.ly/3sd3bGz

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet New products/services