omniture

AWE Shanghai 2021: Haier Smart Home Pamer Mesin Basuh Rangkaian I-Pro Dram Besar Berdiameter 525mm

Haier Smart Home
2021-03-25 21:25 122

SHANGHAI, 25 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Haier Smart Home ("Haier", Shanghai: 600690), jenama perkakas rumah dan pembina ekosistem kediaman pintar yang terkemuka di dunia, mempamerkan rangkaian mesin basuh I-Pro dan pencuci pakaian BlingBling baharunya di AWE Shanghai 2021. Mempunyai dram berdiameter 525mm dalam saiz standard yang mengagumkan, I-Pro menawarkan fungsi-fungsi mencuci bersih yang pintar seperti I-Refresh, wap, ABT, antaranya.

AWE Shanghai 2021: Haier Smart Home Showcases its 525mm in Diameter Big Drum I-Pro Range Washing Machines.
AWE Shanghai 2021: Haier Smart Home Showcases its 525mm in Diameter Big Drum I-Pro Range Washing Machines.

Rangkaian I-Pro telahpun memenangi pelbagai anugerah termasuk Mesin Basuh Terbaik 2020 untuk model kapasiti 10kg dan 12kg daripada bahan penerbitan British, Real Homes, ulasan Belian Paling Berbaloi daripada majalah pengguna British Which? dan Mesin Basuh Paling Digemari untuk model dram 525mm daripada portal web terbesar Vietnam VnExpress.

Ciri paling berbeza dan mengagumkan ialah badan mesin yang tipis. Lantaran dram berdiameter 525mm, ia memiliki badan yang paling kompak dalam industri ini. Di bawah keadaan kapasiti yang sama, I-Pro mempunyai badan yang jauh lebih kompak berbanding mesin basuh biasa. Selain itu, di bawah keadaan saiz yang sama, ia menawarkan lebih banyak kapasiti.

Ini dapat dijayakan hasil daripada Teknologi Imbangan Dinamik berkuasa AI (AI DBT) Haier yang menggunakan algoritma perintis untuk memastikan mesin basuh beroperasi dengan selamat walaupun semasa operasi berkelajuan tinggi. Dengan peningkatan ukuran diameter, dram dalaman yang menyembur air ke dalam, berupaya untuk melonjak cucian ke jarak yang lebih jauh, memusingkan pakaian dengan impak kuat yang menghasilkan pembasuhan yang lebih teliti. Diameter yang dipanjangkan juga memastikan pakaian bergerak-gerak secara terentang bagi mencegah lipatan yang berlebihan.

I-Pro turut dilengkapi dengan fungsi I-Refresh yang menyasarkan item yang tidak semestinya kotor tetapi berkedut dan berbau busuk. Fungsi ini ideal untuk pengguna yang hanya ingin menghapuskan kuman dan bakteria daripada pakaian mereka atau ingin mencuci pakaian yang lembut dan mahal dengan perlahan. I-Refresh membolehkan fungsi ini dilaksanakan dengan meniup udara sederhana panas pada pakaian, yang bertukar menjadi wap air apabila ia masuk ke dalam dram mesin basuh. Apabila wap menembusi gentian, ia membantu meregangkan dan meratakan cucian, lalu menghasilkan pakaian yang lembut dan segar.

Dengan mengambil kira keperluan kesihatan pengguna moden, Haier telah mengintegrasikan beberapa ciri bagi menjamin ketenangan minda. Salah satu cirinya ialah wap, yang melaluinya kandungan dalam silinder air dipanaskan ke suhu yang tinggi bagi menghasilkan wap yang kemudiannya dapat menyahjangkit dan menyahkuman. Satu lagi cirinya ialah teknologi Rawatan Antibakteria (ABT) yang memastikan komponen dan bukaan mesin basuh dibuat menggunakan bahan-bahan antibakteria. Sementara itu, konfigurasi dwisemburnya mengintegrasikan dua muncung sembur pada hujung atas lapik bukaan yang bukan sahaja mencuci kotoran dan busa tetapi turut memberi cucian yang menyeluruh, lantas mencegah pertumbuhan bakteria.

Di AWE, Haier turut membawakan mesin basuh BlingBling yang berupaya mengesan fabrik pakaian yang berbeza dan mengawal jumlah bahan pencuci, isipadu serta suhu air dengan pintar, lalu memberikan hasil cucian yang tekal berkesan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.haier.net/en/

Source: Haier Smart Home
Related Stocks:
Shanghai:600690
Keywords: Furniture & Furnishings Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news