omniture

Haier Smart Home Perkenal Peti Sejuk Pintar "Internet Makanan" Pertama Dunia Patuhi Piawaian IEC Baharu

Haier Smart Home
2021-03-25 22:11 111

SHANGHAI, 25 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Haier Smart Home ("Haier", Shanghai: 600690), jenama perkakas rumah dan pembina ekosistem kediaman pintar yang terkemuka di dunia, menyambut era baharu penyimpanan makanan yang sihat menerusi pelancaran Peti Sejuk Pintar berkuasa Internet Makanan yang pertama di AWE 2021 di Shanghai.

Haier Smart Home Unveils World’s First “Internet of Food” Smart Refrigerator Compliant with New IEC Standards.
Haier Smart Home Unveils World’s First “Internet of Food” Smart Refrigerator Compliant with New IEC Standards.

Perkakas tersebut merupakan peti sejuk pintar pertama yang mematuhi sepenuhnya 22 piawaian industri negara Cina selain Piawaian IEC ("piawaian") global yang dibangunkan dengan kerjasama Haier bagi memastikan sistem penyejukan memenuhi keperluan keselamatan, kecekapan dan perlindungan terhadap alam sekitar yang tertentu. Piawaian tersebut, yang kini telah dipindahkan dan diterima pakai oleh lebih 20 negara di UK, EU dan negara-negara Amerika Selatan, menyediakan rujukan penetapan skala untuk pembuatan peti sejuk global. Di China, pemecahan piawaian tersebut melibatkan tiga tahap dengan gred tertinggi bertanda Pemeliharaan Kesihatan Tahap Satu.

Peti sejuk Haier mencapai gred Pemeliharaan Kesihatan Tahap Satu lantaran "teknologi pemeliharaan ruang penuhnya". Di AWE 2021, peti sejuk Haier melakukan tiga cabaran kesegaran bagi menunjukkan prestasi pemeliharaannya dari segi warna, pemakanan dan kebersihan melalui ujikaji pengesanan protein dan kadar pensterilan sebiji epal. Teknologi pemeliharaan ruang penuh terbukti bukan sahaja mampu memastikan bahan-bahan segar, tetapi juga memastikannya berkhasiat dan sihat.

Peti sejuk pintar Haier memanfaatkan teknologi inovatif untuk memenuhi piawaian penyejukan yang terbaik dalam kelas dengan sistem berasaskan senario yang intuitif. Hasilnya ialah peti sejuk pintar yang sentiasa memastikan pemeliharaan makanan yang sihat, menyediakan jumlah simpanan yang mencukupi dan menawarkan perkhidmatan terhubung yang dikuasakan oleh ekosistem IoT.

Peti sejuk pintar tersebut mempunyai ciri turun naik suhu pembekuan rendah iaitu kurang daripada 0.2°C manakala rak tengah membolehkan pengguna menukar antara enam mod penyimpanan bergantung pada keperluan mereka. Perkakas tersebut juga berupaya mengesan lokasi makanan berbeza, mengatur kesegaran dan kualitinya serta mencadangkan resipi berdasarkan bahan-bahan yang tersedia.

Sangat sesuai untuk memelihara pelbagai jenis kategori makanan, peti sejuk pintar Haier memberi penyejukan kelas pertama untuk dapur dan ruang makan dengan suhu bermula daripada 10°C hingga 40°C. Di dalam peti sejuk, pengguna dapat menikmati banyak tempat menyimpan dengan isipadu sebanyak 780 liter, ruang makanan bebas, reka bentuk pintu-ke-pintu yang memaksimumkan ruang dan petak sayur (crisper) suhu boleh laras yang lebih besar dengan reka bentuk ruang yang unik. Pengguna juga boleh mengubah suai suhu dalam ruang khusus untuk bahan-bahan khas seperti buah-buahan, minuman, wain mereka dan produk kesihatan; serta membekukan daging, makanan laut dan ayam itik ke suhu serendah -70°C.

Penyelesaian yang benar-benar terhubung dan intuitif, peti sejuk tersebut juga merupakan platform makanan pintar yang pertama di dunia yang memanfaatkan kuasa 5G bagi menyampaikan perkhidmatan melalui ekosistem IoT. Peti sejuk pintar Haier menyediakan beberapa perkhidmatan bagi meningkatkan pengalaman penyimpanan makanan, bermula dengan pengecaman pengguna yang lancar sehinggalah pengurusan makanan automatik, pemesanan dan pembayaran tanpa wayar.

Peti sejuk tersebut mengenal pasti dengan pintar ahli keluarga menggunakan fungsi pengecaman wajah, suara dan imej serta RFID dan memberi perkhidmatan diperibadikan mengikut profil pengguna mereka dan data penggunaan terdahulu. Platform tersebut juga menggunakan RFID bagi menyampaikan pengurusan pintar selepas menyimpan barangan dalam peti sejuk — membolehkan pengguna mengesan sumber bahan, menghubungkan peti sejuk kepada perkakas pintar lain seperti ketuhar, mengenal pasti makanan paling segar dan paling sihat dan menetapkan peringatan untuk menambah bekalan secara automatik apabila berkurangan. Tukang masak yang baru bermula juga boleh menikmati siaran strim langsung yang lancar melalui platform 5G yang mana mereka boleh belajar memasak bersama cef dan menjadi pakar kulinari.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.haier.net/en/

Source: Haier Smart Home
Related Stocks:
Shanghai:600690
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services