omniture

CamLy Group perkenal CamLy Platform dan CamLyLife sebagai sebahagian daripada ekosistem digitalnya untuk sediakan penyelesaian teknologi kepada dunia

CamLy Group
2021-03-26 06:07 203

LOS ANGELES, 26 Mac 2021 /PRNewswire/ -- CamLy Group, firma perunding yang terkemuka di Vietnam, mengkhusus dalam imigrasi, hartanah, pelaburan kewangan, telah memasuki industri teknologi dan melancarkan dua syarikat pemula baharu: CamLy Platform dan CamLyLife.

CamLy Platform menyediakan platform digital yang menawarkan pasaran teknologi pelaburan hartanah global untuk pengguna manakala CamLyLife ialah platform perniagaan dan hiburan yang menawarkan pengalaman simulasi. Platform-platform digital ini membuka jalan untuk Vietnam digital dan merupakan sebahagian daripada ekosistem digital CamLy Group yang menawarkan penyelesaian digital kepada dunia.

CamLy Platform and CamLyLife joins the global digital revolution to provide technological solutions across industries
CamLy Platform and CamLyLife joins the global digital revolution to provide technological solutions across industries

Kedua-dua syarikat ini merupakan produk intelektual Pengasas CamLy Group, Cik Cam Ly Duong, seorang pemimpin wanita dan ahli perniagaan perintis dalam bidang pelaburan hartanah antarabangsa yang telah mengumpul sebanyak lebih daripada US$500 juta untuk pasaran Hartanah Amerika Utara. Pada tahun 2020, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 25 Ketua Pegawai Eksekutif Global utama dalam Bidang Perundingan Imigrasi oleh Uglobal Immigration Magazine.

"Visi utama CamLy Group adalah untuk menawarkan kebahagiaan dan kemakmuran kepada dunia dengan melabur dalam keharmonian dan kemanusiaan. Kami membina platform yang mengintegrasikan teknologi paling moden di dunia bagi meluaskan pengalaman kami. Mengaplikasikan set minda "Berkongsi Ekonomi" kepada projek-projek kami, platform-platform ini dijangka dapat mencipta peluang pekerjaan untuk masyarakat Vietnam dan seluruh dunia. Matlamat kami adalah untuk mencipta nilai buat umat manusia dan dalam masa yang sama membawa Vietnam ke persada global dengan menjadi syarikat Vietnam pertama dengan produk dan platform teknologi yang akan disenaraikan di Bursa Saham New York," kata Cik Cam Ly Duong.

Ms. Cam Ly Duong, Founder of CamLy Group
Ms. Cam Ly Duong, Founder of CamLy Group

CamLy Platform mengetengahkan idea "Berkongsi dan Berhubung" dengan menghubungkan pemaju hartanah di seluruh dunia dan memobilisasikan modal pelaburan global dengan pantas dan selamat.

CamLy Platform bermatlamat untuk mencipta berjuta-juta peluang pekerjaan dalam perniagaan hartanah global melalui salah satu daripada skimnya – program Duta Pelaburan Global (GIA). Program tersebut melatih duta untuk menjadi pakar dalam bidang pelaburan hartanah global dan membolehkan mereka mengenal pasti peluang pelaburan dalam pasaran berpotensi. Ketika ini, CamLy Platform sedang beroperasi dan berada di Vietnam, Amerika Syarikat dan pelbagai negara Asia.

CamLyLife ialah platform teknologi simulasi global yang menyasarkan dua bilion pengguna. Bertindak sebagai aplikasi perniagaan mahupun hiburan, CamLyLife ialah lapangan aktiviti humanistik yang membantu pengguna mengembangkan perniagaan mereka, mengalami teknologi baharu seperti Teknologi Kewangan (Fintech) dan Rantaian Blok dalam persekitaran maya yang kreatif.

CamLyLife turut meningkatkan pengalaman dalam talian pengguna dengan menawarkan pengalaman realistik secara maya. Ia menyediakan transaksi pantas, data segera mengenai bekalan dan permintaan serta menghubungkan ke laman sesawang seperti AirBnB, Amazon dan penyedia perkhidmatan lain. Aplikasi ini terpakai untuk industri-industri berbeza termasuk hartanah, hiburan, pendidikan dan kewangan.

"Tahun 2020 telah menjadi tahun yang mencabar untuk bidang perniagaan. Dengan set minda yang positif, CamLyGroup telah menemui peluang pertumbuhan hebat melalui CamLy Platform dan CamLyLife. Kami akan terus mempromosikan dua platform kami, membawa pengalaman yang serba baharu kepada dunia dan mengukuhkan kedudukan rakyat Vietnam dalam pasaran antarabangsa. Kami menjangkakan bahawa kedua-dua platform ini akan menjadi dua projek pemula unikorn dan dapat menarik minat pelabur dari serata dunia," kata Cik Cam Ly Duong.

Cik Cam Ly Duong turut menyasarkan untuk menggiatkan usaha kemanusiaan jenama tersebut, satu topik yang dekat di hati beliau. Beliau telah lama mengagumi En. Elon Musk atas kecerdasan beliau, wawasan yang hebat dan keberanian untuk memberi komitmen demi berbakti kepada umat manusia. Pengasas CamLy Group berusaha untuk mengikut jejak langkah Musk dan terkenal dengan kasih sayang beliau yang tinggi dan menawarkan sumbangan tanpa syarat. Cik CamLy Duong menubuhkan CamLy Foundation bagi menjalankan aktiviti sukarelawan dan teknologi akan diaplikasikan kepada yayasan tersebut bagi meningkatkan semangat sukarelawan di seluruh dunia pada masa depan.

Latar Belakang CamLy Group

CamLy Group terdiri daripada sekumpulan syarikat yang terkemuka di Vietnam termasuk ImmiCa - merupakan sebuah syarikat terkemuka dalam bidang perundingan pelaburan imigrasi AS EB5 dan USHome - firma perunding pelaburan hartanah AS yang bereputasi. Bermula pada tahun 2019, CamLy Group telah mula memasuki industri teknologi dan sejak itu melancarkan CamLy Platform dan CamLyLife.

 

Source: CamLy Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Overseas Real Estate (non-US) Real Estate New products/services