omniture

Penyelesaian Kastam Pintar Huawei: Jadikan Perdagangan Rentas Sempadan Lebih Mudah dan Selamat

Huawei
2021-03-26 16:41 259

SHENZHEN, China, 26 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Huawei melancarkan Penyelesaian Kastam Pintar ke seluruh dunia semasa Persidangan Transformasi Digital Industri Huawei 2021. Ia memfokuskan senario khusus-kastam, dengan memberi penekanan pada barangan, kenderaan, perusahaan dan tempat bagi mencapai keupayaan pengawasan digital yang komprehensif, seraya menjadikan perdagangan rentas sempadan lebih mudah dan selamat.

Selamat & Mudah: Trend Baharu dalam Transformasi Kastam Digital dalam Dunia Global

En. York Yuekun, Presiden Unit Perniagaan Kerajaan Global Huawei berkata: "Menawarkan perkhidmatan kepada 170 negara di seluruh dunia, Huawei memahami cabaran dan keperluan kastam. Bagi mencapai kelulusan yang cekap dan memastikan deklarasi yang mudah, satu penaiktarafan digital yang komprehensif untuk perkhidmatan kastam diperlukan. Sebagai penyedia bagi infrastruktur ICT dan peranti pintar global yang terkemuka, Huawei bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi ekosistem global untuk memanfaatkan kekuatannya dalam pengkomputeran awan, data raya dan AI bagi menghasilkan Penyelesaian Kastam Pintar yang selamat, mudah dan cekap."

York Yuekun, Presiden Unit Perniagaan Kerajaan Global Huawei
York Yuekun, Presiden Unit Perniagaan Kerajaan Global Huawei

Dalam dunia yang semakin global, bahagian kastam dijangka menggalas tanggungjawab baharu dan semakin penting bagi menyokong ekonomi negara dan pembangunan perdagangan. Di samping mengukuhkan pengawasan keselamatan perdagangan, perkhidmatan kelulusan yang mudah juga harus disediakan bagi meningkatkan pengalaman perkhidmatan keseluruhan. Inilah daya penggerak di sebalik transformasi digital kastam.

Penyelesaian Kastam Pintar Huawei Memudahkan Transformasi Digital Industri Kastam

Menerusi pembangunan berterusan dalam e-dagang rentas sempadan, pihak berkuasa kastam menghadapi semakin banyak tekanan dalam mengawasi bungkusan dan logistik rentas sempadan. Ekoran pandemik ini, pemeriksaan dan kuarantin kini menjadi keutamaan penting. Ia merupakan satu cabaran sejagat untuk bahagian kastam meningkatkan kecekapan kelulusan sambil memastikan keselamatan perdagangan.

Justeru itu, Huawei bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi ekosistem global untuk bersama-sama membangunkan Penyelesaian Kastam Pintar. Rakan-rakan kongsi ini termasuk CUPIA, Maxvision Technology dan Powerbridge, antara lain. Rakan-rakan kongsi ini telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Sesi Kastam untuk bersama-sama melancarkan penyelesaian tersebut bersama Huawei. Mengaplikasikan teknologi ICT yang terkemuka seperti komunikasi tertumpu, AI, data raya dan pengkomputeran awan, Huawei mencipta asas digital untuk integrasi awan-rangkaian-pinggir-peranti. Rakan-rakan kongsi ekosistem kemudiannya dapat menggunakan perkhidmatan dan aplikasi berasaskan senario mereka seperti kelulusan kastam pintar, tempat pemeriksaan pintar dan pengurusan pelabuhan pintar.

Augustine Chiew, Pengarah Industri Kastam dan Cukai Global Huawei yang melancarkan penyelesaian tersebut berkata, "Penyelesaian Kastam Pintar akan menyokong dan membantu pelaksanaan kelulusan kastam layan diri dalam logistik rentas sempadan sekali gus memastikan seluruh proses kekal berada di bawah pengawasan keselamatan. Perkhidmatan sehenti seperti deklarasi, pembayaran dan pelepasan barangan kini disediakan kepada perusahaan. Penyelesaian tersebut juga mencapai pengurusan barangan, kenderaan, perusahaan dan tempat yang komprehensif."

Huawei juga membangunkan penyelesaian Kiub Pintar untuk kelulusan kastam di pelabuhan. Ia mengintegrasikan terlebih dahulu keupayaan pengkomputeran, penyimpanan, rangkaian dan keselamatan, menyokong tempat pemeriksaan pintar, sistem kelulusan kastam dengan cara yang seragam, bagi membolehkan pihak berkuasa kastam membina keupayaan kelulusan kastam pintar secara sehenti dengan cepat. Purata masa penggunaan dikurangkan kira-kira sebanyak 60% dengan masa kelulusan kenderaan dipendekkan kepada hanya beberapa saat, seraya benar-benar meningkatkan kecerdasan dan kecekapan kelulusan pelabuhan.

Bagi memenuhi keperluan rangkaian untuk senario, perkhidmatan dan data berbeza dalam kastam, Huawei memanfaatkan kepakaran selama bertahun-tahun dalam sambungan rangkaian bagi membangunkan penyelesaian berasaskan senario rangkaian kastam berpacu hasrat. Penyelesaian ini menggunakan teknologi seperti Wi-Fi 6, penghirisan rangkaian berasaskan FlexE, algoritma iLossless dan graf pengetahuan AI bagi mencapai liputan luas dan sambungan penuh dalam semua senario kastam, memastikan kependaman rendah dan kehilangan paket sifar untuk perkhidmatan teras. Ia juga dapat memendekkan masa min untuk membaiki (MTTR) daripada 4 jam kepada 10 minit, seraya benar-benar meningkatkan pengalaman pengguna. Ia termasuk jalur lebar ultra pintar, sambungan pintar dan keupayaan O&M pintar yang memenuhi keperluan transformasi digital kastam.

Kami benar-benar percaya bahawa teknologi digital akan terus memacu transformasi pelbagai industri. Justeru itu, Huawei akan terus menginovasikan penyelesaian pintar secara berulang bagi membantu membentuk masa depan kastam pintar, memudahkan transformasi digitalnya bagi menjadikan perdagangan rentas sempadan lebih mudah dan selamat.

Mulai 24 hingga 26 Mac, Huawei menganjurkan Persidangan Transformasi Digital Industri 2021 secara dalam talian, meneroka kuasa ketahanan dan dunia digital yang inovatif dari tiga perspektif: perniagaan, teknologi dan ekosistem. Huawei akan berkongsi pandangan mengenai transformasi digital dan memperkenalkan strategi perniagaan, program bakat dan ekosistem yang menyokongnya. Kami akan memperincikan amalan yang dilaksanakan oleh perniagaan ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam sektor kerajaan, pendidikan, pengangkutan, kewangan, tenaga dan sebagainya. Kami juga akan memaparkan perkembangan terkini dalam bidang-bidang seperti sambungan, awan dan AI. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di https://e.huawei.com/en/events/industry-digital-transformation/2021

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services