omniture

Rangkaian Komputer Riba Teclast Berkembang Dengan Barisan TBOLT Premium Baharu

Teclast
2021-03-26 16:41 226

Pecut. Beri Inspirasi. Teroka.

GUANGZHOU, China, 26 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar barangan elektronik pengguna Cina Teclast terkenal dengan tablet dan komputer riba yang berpatutan harganya. Awal bulan ini, syarikat berkenaan mengacah dengan barisan komputer riba premium T.BOLT baharu dengan slogan "Pecut. Beri Inspirasi. Teroka." Teclast kini melancarkan kemasukan pertamanya ke dalam siri tersebut, Tbolt 10 DG. "Teclast memasuki era baharu yang mengujakan menerusi perkongsian kami bersama Intel," kata Ketua Pegawai Eksekutif Teclast En. Sun.

Tbolt 10 DG
Tbolt 10 DG

Ciri paling utama pada Tbolt 10 DG ialah kad grafik Iris Xe Max yang eksklusif daripada Intel, yang turut dikenali sebagai DG1. Ini merupakan pemproses grafik diskret pertama Intel selama berdekad-dekad lamanya. Bersama-sama Acer dan Asus, Teclast merupakan antara rakan kongsi pertama yang menampilkan kad ini, seraya menandakan kemasukan Intel ke dalam pasaran GPU yang kini didominasi oleh AMD dan Nvidia. Iris Xe Max menggunakan seni bina Xe baharu dan akan didatangkan dengan 96 unit pelaksanaan dan memori video 4GB 128bit LPDDR4X-4266. GPU direka bentuk bagi memberi kelebihan untuk kerja-kerja penciptaan kandungan seperti pengekodan video dan penyuntingan foto. Secara keseluruhan, prestasinya harus mempunyai sedikit kelebihan berbanding MX350 Nvidia.

Dari segi CPU, Tbolt 10 DG didatangkan dengan pemproses Intel Core i7-10510U. Pemproses tersebut menggunakan proses 14nm, mempunyai 4 teras dan 8 bebenang dan boleh meningkatkan turbo sehingga 4.9GHz. Ini merupakan kali pertama Teclast menggunakan pemproses Core i7, satu langkah yang besar berbanding model pemproses Intel Celeron berkuasa rendah terdahulu daripada syarikat berkenaan.

Bagi binaan dan reka bentuk pula, Tbolt 10 DG didatangkan dengan paparan hampir kurang bezel 15.6 inci untuk permainan yang imersif. Ia mempunyai casis logam penuh yang nipis dan hanya seberat 1.8kg, yang benar-benar ringan untuk komputer riba 15 inci. Bahagian dalamnya, ia mempunyai 2 kipas dan 2 paip haba dengan apa yang digelar oleh Teclast sebagai Pendinginan Kemasukan Keliling (Surround Intake Cooling) yang sepatutnya dapat memastikan komputer riba sejuk di bawah beban.

Tbolt 10 DG dilancarkan pada platform runcit Cina Pinduoduo dan dijangka tersedia pada bulan April di Amazon, Aliexpress, Lazada. Ketahui lebih lanjut di: https://www.teclast.com/en/zt/nb/TBOLT/10DG/

Latar Belakang Teclast

Sejak tahun 1999, Teclast telahpun menyediakan produk untuk menjadikan kehidupan anda lebih pintar. Jadilah salah satu daripada 100 juta pengguna kami.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Stefan Li
Emel: lgh@sk1999.com
Telefon: +86-13059183914

Source: Teclast
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services