omniture

HUAWEI CLOUD Tersenarai 4 Terbaik dalam Pasaran Awan Awam Amerika Latin

HUAWEI CLOUD
2021-03-29 08:57 588

BANDAR RAYA MEXICO, 29 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, HUAWEI CLOUD dinamakan sebagai salah satu penyedia perkhidmatan awan 4 Terbaik dan digambarkan sebagai penyedia perkhidmatan awan yang paling pantas berkembang di Amerika Latin, menurut laporan Worldwide Cloud Infrastructure Services Market Q4 2020 yang dikeluarkan oleh Canalys.

Pada tahun 2019, HUAWEI CLOUD dilancarkan Chile, Brazil dan Mexico. Ketika ini, HUAWEI CLOUD merupakan penyedia perkhidmatan awan yang memiliki paling banyak nod di Amerika Latin yang mana mereka komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang andal, selamat dan inovatif kepada pelanggan dan rakan kongsi kerajaan dan perusahaan tempatan. Bersama-sama rakan kongsi tempatan, HUAWEI CLOUD memacu transformasi digital dalam sektor peruncitan, logistik, pendidikan, kewangan, tenaga, Internet, rawatan kesihatan dan banyak lagi.

Dalam sektor peruncitan, HUAWEI CLOUD membantu mentransformasikan beberapa penjual runcit yang terkemuka di Amerika Latin, memperkemas proses dalam talian dan luar talian, menyokong transformasi perniagaan pintar dan menetapkan penanda aras baharu untuk transformasi digital dalam seluruh sektor.

Bagi sektor logistik pula, HUAWEI CLOUD membantu beberapa syarikat logistik yang terkemuka di wilayah tersebut untuk mengintegrasikan infrastruktur ICT SAP HANA, memudahkan proses, memastikan ketersediaan yang tinggi, meningkatkan pengalaman pengguna dan mengurangkan OPEX.

Dalam sektor kewangan, HUAWEI CLOUD menyokong pembangunan dan transformasi tangkas untuk bank-bank tempatan yang utama, membantu bank-bank tersebut mencipta perkhidmatan mudah alih yang inovatif dan melelar dengan lebih pantas.

Huawei turut membantu syarikat-syarikat rawatan kesihatan menggunakan sistem penyaringan COVID-19 dibantu AI yang baharu untuk membantu mereka bertindak balas dengan lebih pantas terhadap wabak ini.

HUAWEI CLOUD sentiasa menumpukan perhatian terhadap inovasi berteknologi dan meningkatkan pelaburan di Amerika Latin. Pada tahun 2020, HUAWEI CLOUD melancarkan 27 perkhidmatan baharu dalam lima kategori termasuk perkhidmatan latihan dan inferens AI, perkhidmatan pendayaan data DAYU, perkhidmatan sambungan digital berkelajuan tinggi Cloud Connect.

Setakat Disember 2020, HUAWEI CLOUD dan rakan-rakan kongsi menggunakan 45 AZ di 23 wilayah di serata dunia dan melancarkan lebih daripada 220 perkhidmatan awan dan lebih daripada 210 penyelesaian. Pada masa akan datang, HUAWEI CLOUD akan tetap berdedikasi terhadap inovasi berteknologi, menjadikan faedah-faedah teknologi digital tersedia kepada semua orang, memperkasa aplikasi, memanfaatkan nilai data dan mewujudkan "tanah subur" untuk dunia pintar.

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications