omniture

AWE2021 Berjaya Dianjurkan dengan Pelan Tindakan untuk Kehidupan Pintar dalam Dekad Baharu

Appliance and Electronics World Expo
2021-03-29 09:47 87

BEIJING, 29 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Dunia Perkakas & Elektronik 2021 (AWE2021), dengan tema "Pintarkan Masa Depan" ("Smartize the Future") melabuhkan tirai dengan jayanya di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC), Hongqiao, Shanghai, China pada 25 Mac 2021.

AWE2021
AWE2021

Menurut data daripada pihak penganjur AWE China Household Electrical Appliances Association (CHEAA), jumlah kunjungan AWE2021 melebihi 350,000, melakar pencapaian tinggi yang bersejarah.

Dengan kawasan pamerannya diperluaskan kepada 150,000 meter persegi, AWE2021 menghimpunkan hampir seribu pempamer dari dalam dan luar negara termasuk syarikat-syarikat berpengaruh antarabangsa seperti Gaggenau, Miele, GE Appliances, Bosch, Siemens, Fisher & Paykel, Panasonic, Sony, Sharp, AEG, Gorenje, ASKO, SMEG, Whirlpool, Hitachi, Philips, Laurastar, 3M, Pentair, Westinghouse dan Shark, nama-nama besar domestik seperti Haier, Hisense, TCL, Skyworth, Konka, Meling, Gree, Aux, Fotile, Robam, Vatti, Vanward, Macro, Galanz, Joyoung, Supor, Lexy, Ecovacs, Meida, Golden Home, Marssenger, Sanfer, HEGII, Airmate dan Flyco, syarikat-syarikat gergasi teknologi dan syarikat-syarikat AI unikorn seperti JD.com, iFLYTEK, 360, Tuya, Topband, Ayla, Xingluo Technology, Aispeech dan SoundAI, serta pembekal-pembekal komponen dan bahan utama seperti LGD, CSOT, GMCC & Welling, Jiaxipera, Nidec, Donper, Highly, Schott, Higasket dan Saite. Sokongan berterusan daripada perusahaan yang mantap ini menunjukkan nilai dan prospek pembangunan AWE.

Pada sebelah malam 23 Mac, Pertunjukan Malam Strim Langsung AWE dilancarkan di Tmall, JD.com dan Kuaishou dengan reruai pameran AWE sebagai latar belakang. Hasil daripada paparan perusahaan yang mengagumkan, acara strim langsung tersebut diakhiri dengan cara yang lebih berasaskan senario berbanding acara strim langsung yang dianjurkan oleh selebriti internet. Menurut statistik yang tidak lengkap, setiap perusahaan yang mengambil bahagian dalam Pertunjukan Malam Strim Langsung AWE dapat menarik berjuta-juta penonton dan berpuluh-puluh juta komen secara purata.

Di bawah tema "Pintarkan Masa Depan", AWE2021 menunjukkan senario baharu mengenai kehidupan pintar yang membuatkan industri dan pengguna berasa teruja selain blokbuster baharu dilancarkan oleh pempamer. Semakin banyak syarikat memilih AWE sebagai pilihan pertama mereka untuk melancarkan produk baharu, strategi baharu dan ekosistem baharu mereka. 

 

Source: Appliance and Electronics World Expo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news