omniture

Reka Bentuk Modul Optimum Siri 210 Risen Energy Bawa Petanda Baik untuk Pertumbuhan Sektor PV

Risen Energy Co., Ltd
2021-03-30 09:21 124

NINGBO, China, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Liu Yafeng, Pengarah Kanan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi pembuat panel solar Cina yang terkemuka Risen Energy Co., Ltd., menyampaikan ucapan dasar di persidangan PV Module Tech yang diadakan baru-baru ini yang mana beliau menghuraikan mengenai trend yang terkini dalam teknologi modul PV, hala tuju pembangunan untuk produk PV serta cabaran dan peluang yang dihadapi oleh industri ini ketika kita memandang ke arah masa depan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi modul baharu telah muncul sementara kadar inovasi dan transformasi dalam seluruh sektor telah dipercepatkan. Namun begitu, peningkatan kecekapan dan pengurangan kos kekal menjadi objektif-objektif utama. Dibandingkan dengan siri modul 158.75 dan 166, siri 182 dan 210 memiliki kadar pengurangan selanjutnya dari segi kos BOS dan LCOE kemudahan PV dengan siri 210 menawarkan penjimatan kos paling banyak.

Siri Titan 210 Risen Energy menggabungkan reka bentuk litar voltan rendah yang unik, pemotongan tanpa musnah dan teknologi Berbilang Busbar. Risen Energy berupaya untuk memaksimumkan kuasa sekali gus menyampaikan LCOE yang optimum melalui penggunaan sel pelemahan rendah, pita kimpalan reflektif dan kotak simpang arus tinggi, digabungkan dengan voltan pensuisan rendah dan beban tinggi.

Syarikat ini akan memanfaatkan kilang sel dan modul baharunya di Yiwu dan Chuzhou, iaitu dua buah bandar di China serta sebuah kilang di Malaysia yang kini sedang menjalani kerja-kerja pembinaan dan dijangka beroperasi dalam suku keempat untuk sebahagian besar daripada pengeluaran siri 210. Peranan kemudahan Malaysia tersebut adalah untuk merapatkan jurang kapasiti pengeluaran luar negara dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pasaran Amerika Utara.

Lantaran kehebatannya yang mantap dalam R&D serta pengalaman selama bertahun-tahun dengan teknologi PV, Risen Energy meraih pencapaian sebagai Syarikat Modul PV Paling Berpengaruh - Anugerah Perintis Pencapaian Inovatif, satu pengiktirafan yang bersama-sama diberikan oleh Solarbe dan China General Certification Center serta anugerah Jenama PV Terbaik 2021 di Australia, Jenama PV Terbaik 2021 di Poland dan Jenama PV Terbaik 2021 di Sepanyol daripada EuPD Research, sebuah institut penyelidikan global yang berwibawa.

Modul PV Jenama Terbaik EUPD Research
Modul PV Jenama Terbaik EUPD Research

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services