omniture

Bincang Pengembangan Pengaturan Koridor Perjalanan, Menteri Pelancongan Adakan Mesyuarat Penyelarasan

Indonesian Ministry of Tourism and Creative Economy
2021-03-30 13:22 82

BALI, Indonesia, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Salahuddin Uno, mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat menteri berhubung pengembangan pengaturan koridor perjalanan untuk sektor pelancongan dan ekonomi kreatif yang membolehkan lawatan balik pelancong oleh pelancong asing. Kepulangan pelancong dijangkakan selaras dengan pemulihan ekonomi, terutamanya untuk kawasan-kawasan yang bergantung pada pelancongan dan ekonomi kreatif seperti Wilayah Bali.

Indonesian Minister of Tourism and Creative Economy, Sandiaga Salahuddin Uno; and Minister of Foreign Affairs, Retno Marsudi.
Indonesian Minister of Tourism and Creative Economy, Sandiaga Salahuddin Uno; and Minister of Foreign Affairs, Retno Marsudi.

 

"Ini merupakan satu bentuk komitmen oleh MOTCE untuk mengikuti panduan yang diberikan oleh Presiden Joko Widodo, mengenai bagaimana Bali boleh mempersiapkan pembukaan pelancongannya kepada pelancong asing pada pertengahan Jun atau Julai tahun ini dengan pelbagai keperluan," menurut Sandiaga selepas mesyuarat tersebut, pada hari Rabu (17/3/2021) di Politeknik Pelancongan Bali, Nusa Dua.

Turut menyertai mesyuarat penyelarasan tersebut, Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi; Naib Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Angela Tanoesoedibjo; Gabenor Bali, I Wayan Koster; Naib Gabenor Bali, Tjokorda Oka Artha Ardana Sukawati; Ketua Pengarah Imigresen Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Jhoni Ginting; semua pegawai eselon I di MOTCE dan Wakil-wakil daripada beberapa Kementerian/Agensi seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Perusahaan Milik Negara, Pasukan Petugas COVID-19 dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Terdahulu, Kerajaan Wilayah Bali memutuskan satu projek perintis di tiga kawasan yang ditentukan sebagai zon hijau, iaitu Ubud di Kabupaten Gianyar, Sanur di Bandar Denpasar dan ITDC Nusa Dua di Kabupaten Badung.

"Kami membincangkannya bersama Menteri Luar Negeri dan Wakil-wakil daripada Kementerian/Agensi berkaitan, kesemuanya telah memberikan input kepada kami dan kami bersetuju bahawa kami akan memulakan proses memuktamadkan persiapan kami dalam konsep pengaturan koridor perjalanan. Kami akan memantau dan menilai proses ini setiap dua minggu dan melaksanakan penyelarasan untuk melaporkannya kepada Presiden serta membuat keputusan," jelas Sandiaga.

Penilaian bermula daripada kadar pemvaksinan yang terus bertambah baik, pemantauan pematuhan mengikut protokol kesihatan serta kesediaan kementerian/agensi untuk menyokong rancangan ini seperti persediaan e-Visa daripada imigresen, kesediaan lapangan terbang yang disediakan oleh Kementerian SOE serta penaiktarafan makmal PCR dan sebagainya.

"Kami akan menjalankan proses percubaan secepat mungkin. Kami mempunyai masa kira-kira tiga bulan untuk membuat persiapan, simulasi dan mungkin percubaan atau projek perintis perlu disertakan. Terdapat juga penerbangan carter dan kami benar-benar akan memantaunya," tambah Sandiaga.

Berkenaan dengan negara-negara sasaran untuk melaksanakan pengaturan koridor perjalanan, Menteri tersebut berkata Kementerian Luar Negeri akan mengetuai proses penentuan. Antara lain, negara-negara dengan kadar pemvaksinan yang tinggi, negara-negara dengan pelaksanaan protokol kesihatan yang ketat yang diikuti dengan pengujian, pengesanan dan rawatan yang tinggi serta negara-negara dengan prinsip timbal balik selain faktor-faktor lain.

Ketahui lebih lanjut mengenai Wonderful Indonesia DI SINI.

Source: Indonesian Ministry of Tourism and Creative Economy
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Travel