omniture

Tinjauan Minggu Perlindungan Siber Tahunan dedahkan paradoks pasca pandemik: lebih banyak penyelesaian tidak memberi perlindungan lebih baik

Biarpun 80% organisasi menjalankan sehingga 10 penyelesaian perlindungan dan keselamatan siber berbeza secara serentak, lebih daripada 50% daripadanya mengalami masa henti akibat kehilangan data tahun lalu
Acronis
2021-03-30 20:59 115

SINGAPURA, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Acronis, peneraju global bagi perlindungan siber yang mempunyai ibu pejabat antarabangsa di Singapura, hari ini mengeluarkan penemuan daripada tinjauan Minggu Perlindungan Siber tahunan keduanya yang membongkar mengenai terputusnya hubungan yang berbahaya antara keperluan untuk organisasi-organisasi memastikan data mereka dilindungi dan pelaburan tidak berkesan yang dibuat oleh mereka untuk berusaha mencapai matlamat berkenaan.

Acronis’ annual survey polled 4,400 IT users and professionals in 22 countries across six continents
Acronis’ annual survey polled 4,400 IT users and professionals in 22 countries across six continents

Meskipun tahun 2020 menyaksikan syarikat-syarikat membeli sistem baharu untuk mendayakan dan melindungi pekerja jarak jauh semasa pandemik COVID-19, pelaburan berkenaan tidak mendatangkan hasil. Tinjauan global menemui bahawa 80% daripada syarikat kini menjalankan sebanyak 10 penyelesaian serentak untuk keperluan perlindungan data dan keselamatan siber mereka -- namun begitu, lebih separuh daripada organisasi-organisasi berkenaan mengalami masa henti yang tidak dijangkakan tahun lalu ekoran kehilangan data.

Penemuan daripada tinjauan tahunan Acronis yang meninjau 4,400 pengguna dan golongan profesional IT di 22 negara merentas enam benua, menghapuskan mitos bahawa dengan hanya menambah lebih banyak penyelesaian akan dapat menyelesaikan cabaran keselamatan siber dan perlindungan data. Pelaburan dalam lebih banyak penyelesaian bukan sahaja tidak memberi lebih perlindungan, dalam banyak keadaan usaha mencuba mengurus perlindungan daripada berbilang penyelesaian mewujudkan kerumitan lebih besar dan kurang keterlihatan untuk pasukan IT yang seterusnya meningkatkan risiko.

"Tinjauan Minggu Perlindungan Siber tahun ini jelas menggambarkan bahawa lebih banyak penyelesaian tidak memberi perlindungan lebih baik, memandangkan penggunaan alat berasingan untuk mengatasi jenis pendedahan individu adalah rumit, tidak cekap dan mahal," kata Serguei "SB" Beloussov, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Acronis. "Penemuan ini mengesahkan kepercayaan kami bahawa pendekatan lebih pintar itulah perlindungan siber yang menyatukan antara perlindungan data, keselamatan siber dan pengurusan titik akhir menjadi satu."

Jurang pengetahuan penyumbang cabaran IT

Merumitkan hal, terdapatnya jurang yang ketara dari segi kesedaran dalam kalangan pengguna dan golongan profesional IT mengenai keupayaan IT dan keselamatan siber yang tersedia untuk mereka, yang boleh menyebabkan mereka kehilangan masa, wang dan keselamatan yang berharga.

  • 68% daripada pengguna IT dan 20% daripada golongan profesional IT tidak akan tahu sekiranya data mereka telah diubah tanpa pengetahuan mereka kerana penyelesaian mereka membuatkan penentuan gangguan seperti itu sukar.
  • 43% daripada pengguna IT tidak tahu sekiranya antiperisian hasad mereka dapat menghentikan ancaman sifar hari kerana penyelesaian mereka tidak menjadikan maklumat berkenaan tersedia dengan mudah. Mendapat akses mudah terhadap maklumat keselamatan siber berkenaan adalah amat penting bagi memastikan data dilindungi.
  • 10% golongan profesional IT yang mengejutkan tidak tahu sekiranya organisasi mereka tertakluk pada peraturan privasi data. Sekiranya mereka yang bertanggungjawab untuk memastikan privasi data tidak tahu mereka bersalah, mereka tidak dapat melaksanakan strategi atau menilai penyelesaian yang diperlukan bagi memenuhi keperluan tersebut. Kejahilan meletakkan perniagaan mengalami risiko tinggi untuk dikenakan denda yang besar akibat pelanggaran pematuhan yang mungkin berlaku pada tahun 2021.

Bagi sesiapa yang menggunakan berbilang penyelesaian untuk menyelesaikan keperluan IT dan keselamatan siber mereka, kekurangan ketelusan terhadap maklumat sedemikian hanya bertambah buruk. Mereka bukan sahaja perlu ingat penyelesaian yang memberi titik data tertentu, tetapi juga mereka sentiasa bertukar-tukar antara konsol bagi mencari butiran yang diperlukan oleh mereka -- membawa kepada ketidakcekapan dan terlepas pandang.

Pendekatan longgar individu terhadap perlindungan

Tinjauan turut mendedahkan pendekatan longgar yang mengejutkan terhadap perlindungan data dalam kalangan pengguna IT.

  • 83% daripada pengguna IT meluangkan lebih banyak masa pada peranti mereka tahun lalu, namun hanya separuh daripada mereka mengambil langkah tambahan bagi melindungi peranti mereka
  • 33% mengakui tidak mengemas kini peranti mereka sehingga sekurang-kurangnya seminggu selepas dimaklumkan mengenai tampalan
  • 90% daripada pengguna IT dilaporkan membuat sandaran, namun 73% kehilangan data yang tidak dapat diganti sekurang-kurangnya sekali, yang menunjukkan bahawa mereka tidak tahu bagaimana untuk membuat sandaran atau membuat pemulihan dengan betul

Usaha individu untuk melindungi data mereka tidak mengikuti perkembangan ancaman yang berkemungkinan disebabkan oleh anggapan yang salah (seperti percaya bahawa Microsoft 365 membuat sandaran data mereka) atau pergantungan pada penyelesaian automatik.

Item Tindakan untuk Minggu Perlindungan Siber

Cabaran melindungi dan menjamin data, aplikasi dan sistem akan terus berkembang dalam dunia pasca pandemik. Bagi memastikan data dilindungi, Acronis menyarankan lima langkah mudah:

  • Membuat sandaran untuk data penting. Menyimpan beberapa salinan sandaran anda dengan satu salinan setempat untuk pemulihan pantas dan satu luar tapak pada awan bagi menjamin pemulihan sekiranya bencana memusnahkan salinan anda.
  • Mengemas kini sistem operasi dan aplikasi anda. Sistem dan aplikasi lapuk kekurangan pembaikan keselamatan yang dapat menghentikan penjenayah siber daripada mendapat akses. Penampungan yang kerap diperlukan bagi mengelakkan eksploitasi.
  • Mengelakkan emel, pautan dan lampiran mencurigakan. Kebanyakan jangkitan perisian hasad adalah akibat teknik-teknik kejuruteraan sosial yang menipu individu yang tidak curiga untuk membuka lampiran emel yang dijangkiti atau mengklik pada pautan ke laman sesawang yang mengehoskan perisian hasad.
  • Memasang perisian antivirus, antiperisian hasad dan antiperisian tebusan dan dalam masa yang sama mengaktifkan kemas kini automatik agar sistem anda dilindungi daripada perisian hasad. 
  • Mempertimbangkan untuk mengguna pakai penyelesaian perlindungan siber tunggal bagi mendapat pengurusan terpusat dan perlindungan bersepadu yang diperlukan bagi memenuhi keperluan IT hari ini.

Latar Belakang Acronis

Acronis menyatukan perlindungan data dan keselamatan siber untuk menyampaikan perlindungan siber yang bersepadu dan automatik yang dapat menangani cabaran keselamatan, kebolehcapaian, privasi, kesahihan dan sekuriti (SAPAS) dunia digital moden. Dengan model penggunaan fleksibel yang sesuai dengan permintaan penyedia perkhidmatan serta golongan profesional IT, Acronis menyediakan perlindungan siber yang unggul untuk data, aplikasi dan sistem dengan antivirus, sandaran, pemulihan bencana dan penyelesaian pengurusan perlindungan titik akhir generasi seterusnya yang inovatif. Dengan antiperisian hasad berasaskan AI yang memenangi anugerah dan teknologi pengesahan data berasaskan rantaian blok, Acronis melindungi sebarang persekitaran – bermula daripada awan hingga hibrid serta atas-premis -- pada kos yang rendah dan boleh diramal.

 

 

Source: Acronis
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Survey, Polls & Research