SHENZHEN, China, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Di Persidangan Transformasi Digital Industri Huawei 2021, Huawei mengambil langkah penting ke hadapan dalam perangkaian kampus dengan melancarkan penyelesaian CloudCampus 3.0 terkininya dan rangkaian luas produk yang disesuaikan untuk industri. Penyelesaian kalis masa depan ini membantu semua perusahaan yang besar dan kecil membina rangkaian kampus yang menampilkan perangkaian tanpa wayar sepenuhnya, satu lonjakan ke awan untuk cawangan global, pengurusan awan merentas LAN dan WAN serta operasi dan penyelenggaraan (O&M) pintar untuk pengguna dan aplikasi. Dengan penyelesaian beraneka ciri ini, perusahaan di seluruh dunia dapat merebut peluang baharu dengan pantas untuk transformasi digital dalam era awan.
Ketika impak pandemik COVID-19 membentuk semula pelbagai industri secara mendalam, satu gelombang inovasi yang baharu sedang berlaku, yang bertujuan untuk mempercepatkan transformasi digital. Visi Industri Global (GIV) 2025 Huawei meramalkan bahawa akan terdapat 40 bilion peranti peribadi pintar dan 100 bilion sambungan global menjelang tahun 2025. Angka peranti yang sangat besar ini akan memberi input data besar-besaran dan nilai data akan menjadi semakin penting.
Selain itu, perusahaan akan membina infrastruktur bertumpu awan dan memindahkan lebih banyak aplikasi ke awan. Begitu juga dengan pemprosesan data yang akan dipindahkan daripada pelayan atas-premis ke awan. Menurut GIV 2025 Huawei, lebih daripada 85% perkhidmatan perusahaan akan digunakan pada awan menjelang tahun 2025. Rangkaian tersebut – yang merupakan infrastruktur penting yang merapatkan antara peranti dan awan – akan beralih daripada sambungan setempat kepada saling sambung global yang membawakan saling sambung berbilang cawangan dan berbilang awan.
Dr. Li Xing, Presiden Domain Rangkaian Kampus, Barisan Produk Komunikasi Data Huawei berkata: "Infrastruktur awan membawa kecerdasan meluas kepada perusahaan, maka rangkaian kampus perusahaan perlu kekal seiring. Dalam konteks ini, Huawei memperkenalkan Penyelesaian CloudCampus 3.0 yang mendayakan rangkaian kampus pintar, tanpa wayar sepenuhnya untuk era awan."
Beliau menyambung: "Penyelesaian ini menghubungkan segala-galanya dan menyerlahkan nilai data. Ia juga menghubungkan ruang kerja dan pengeluaran bagi meningkatkan kecekapan dan menginspirasikan inovasi rentas sektor. Dikuasakan oleh kecerdasan, penyelesaian ini membantu membina rangkaian neural yang diperlukan untuk interaksi pintar."
Sorotan yang berikut hanyalah beberapa inovasi yang menjadikan Penyelesaian CloudCampus 3.0 Huawei menonjol daripada persaingan:
Penyelesaian CloudCampus 3.0 Huawei merupakan pilihan ideal untuk kampus pejabat perusahaan. Selain melancarkan penyelesaian ini, Huawei turut mengumumkan banyak produk disesuaikan untuk industri yang baharu bagi mempercepatkan transformasi digital yang berterusan bagi kampus industri.
Sebagai contoh, dalam sektor Internet Industri, Huawei memperkenalkan julung kalinya Wi-Fi 6 CPE gred perindustrian eksklusif, yang membantu peralatan pengeluaran beralih kepada tanpa wayar demi kecekapan pembuatan fleksibel yang lebih baik.
Dalam sektor pengangkutan kereta api, Wi-Fi 6 AP dipasang pada kenderaan yang baharu daripada Huawei menyediakan angkut balik kereta-api-ke-darat yang stabil dan andal yang mencecah ratusan Mbps— walaupun kereta api memecut pada kelajuan 160 km/j. Ini dapat memastikan angkut balik aliran multimedia sistem maklumat penumpang (PIS) yang lancar.
Dalam sektor tenaga, Huawei melancarkan gerbang IoT pengkomputeran pinggir 5G yang pertama dalam industri bagi menyediakan angkut balik 5G berkelajuan tinggi dan andal untuk pemantauan pengagihan kuasa, lombong arang batu, minyak dan gas serta senario mencabar yang lain.
Berhubung bandar pintar pula, Huawei memperkenalkan SmartX, tapak angkut balik video semua-dalam-satu. Produk baharu ini menyokong bekalan sesalur dan tenaga solar serta bateri litium (yang menyediakan kuasa sandaran pada suhu bermula daripada –20 darjah Celsius hingga +45 darjah Celsius) serta menjamin perkhidmatan bandar tanpa gangguan walaupun dalam keadaan cuaca yang teruk seperti hujan dan salji.
"Perusahaan semakin mencari platform perangkaian canggih yang dapat membantu perniagaan mereka berubah secara digital. Menurut tinjauan Indeks Kematangan WLAN IDC baru-baru ini, hanya 24% daripada responden global berkata mereka "benar-benar berpuas hati" dengan rangkaian tanpa wayar mereka. Matlamat utama untuk rangkaian yang canggih termasuk pengurusan seragam merentas LAN, WLAN dan WAN; alat pengautomatan yang ditingkatkan oleh algoritma pintar dan infrastruktur berprestasi tinggi seperti Wi-Fi 6 dan pensuisan Eternet berbilang gigabait," kata Rohit Mehra, Naib Presiden IDC, Infrastruktur Rangkaian. "Platform Campus 3.0 Huawei merangkumkan kesemua ciri ini, menjadikannya platform yang mantap untuk memperkasa masa depan kampus perusahaan dan perniagaan digital yang lebih luas."
Dengan kedatangan era awan, Penyelesaian CloudCampus 3.0 Huawei dan siri produk lengkap akan membantu perusahaan menjadikan rangkaian kampus mereka kalis masa depan dengan perangkaian tanpa wayar sepenuhnya, satu rangkaian global, pengurusan awan dan O&M pintar. Setakat ini, Penyelesaian CloudCampus Huawei digunakan secara meluas oleh pelanggan industri di lebih daripada 100 negara dan wilayah bagi membantu mereka mencapai kejayaan perniagaan.
Mulai 24 hingga 26 Mac, Huawei menganjurkan Persidangan Transformasi Digital Industri 2021. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi https://e.huawei.com/en/events/industry-digital-transformation/2021
Catatan: NetEngine AR8000 dan NetEngine AR1000V serba baharu daripada Huawei akan tersedia di seluruh dunia pada Mei 2021.