omniture

Pengangkutan Crown Semakin Berkembang Beri Kelebihan kepada Hartalega

Crown Equipment Pty Ltd
2021-03-31 10:05 101

SINGAPURA, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Crown Equipment bekerjasama erat bersama pengeluar sarung tangan pelindung revolusioner untuk kegunaan rawatan kesihatan, perindustrian dan saintifik.

Pengangkutan Crown yang Berkembang beri kelebihan kepada Hartalega dalam strategi pengedaran globalnya.
Pengangkutan Crown yang Berkembang beri kelebihan kepada Hartalega dalam strategi pengedaran globalnya.

 

Hartalega, pengeluar sarung tangan nitril yang pertama dan terbesar di dunia, meletakkan Crown sebagai tumpuan dalam operasi pergudangannya menerusi penggunaan trak capai Siri RD 5700 di kilang pembuatannya di Sepang, Malaysia, hasil daripada kebolehan Crown dalam menyediakan penyelesaian pengendalian bahan yang tepat.

Trak capai Crown yang menyediakan kecekapan gudang tambahan dengan keterlihatan, masa hidup dan kelajuan mengangkat yang pantas, memainkan peranan penting dalam aspek logistik bagi pembuatan 16 bilion sarung tangan setahun. Pemerolehan berterusan Hartalega terhadap RD Crown tambahan akan membantu rancangan syarikat untuk berkembang secara progresif bagi mencecah output 42 bilion sarung tangan setahun pada tahun 2020.

Hartalega mula bekerjasama dengan Crown Equipment pada tahun 2007 yang merupakan tahun yang sama ia memperkenalkan beberapa pencapaian pertamanya: sistem pembungkusan sarung tangan dalam talian pertama dalam industri, sarung tangan pemeriksaan nitril 3.7 gram ringan yang pertama dalam industri dan 'loji tenaga boleh diperbaharui serat tandan kosong kelapa sawit' yang pertama di Malaysia yang didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pengurus gudang dan penghantaran Encik Akhbar Muhamad berkata bahawa hubungan tersebut berkembang lantaran kebolehan Crown untuk memenuhi keperluan pengendalian bahannya dengan peralatan yang andal, berfungsi dan selesa serta sokongan selepas jualan yang responsif.

"Kami mula bekerjasama dengan Crown 10 tahun yang lalu dan kini kami menggunakan trak capai dua kali dalam mereka di kesemua gudang kami," kata En. Muhamad.

"Selain daripada kualiti unggulnya, satu kelebihan yang sangat saya suka ialah perkhidmatan selepas jualan."

"Apabila kami mengalami masalah, ia sentiasa dapat ditangani dengan baik dan sentiasa diurus dengan baik.

"Sekiranya kami memberi sebarang cadangan bagi tujuan penambahbaikan, mereka mengambil perhatian dan membantu membuat penyelarasan yang bersesuaian. Sebagai contoh, untuk aplikasi kami, kami memerlukan jenis roda depan yang berbeza untuk trak capai dan Crown menyesuaikan trak tersebut bagi memenuhi keperluan operasi kami," kata beliau.

Maklum balas operator yang positif merupakan satu lagi faktor dalam hubungan yang kukuh antara syarikat-syarikat ini.

"Pemandu kami gembira dengan trak capai tersebut, tiada sebarang masalah, kami pernah mencuba beberapa jenama lain dan mereka lebih memilih Crown," kata beliau.

Pendekatan keseluruhan Crown Equipment membantu jenama tersebut menjadi sebahagian daripada rancangan pengembangan Hartalega.

"Kami mempunyai rancangan untuk berkembang dan bagi fasa kedua kami telah dapat mengesahkan bahawa kami akan mengambil 12 unit Crown lagi kerana kami gembira dengan apa yang kami ada ketika ini," kata beliau. "Bagi fasa ketiga kami akan membuat pesanan berulang sekali lagi.

"Saya telah berurusan dengan Crown sejak 10 tahun yang lalu dan saya sedia maklum dengan profesionalisme mereka.

"Apa yang diberikan kepada kami bukan sekadar peralatan pengendalian bahan, kami turut diberi penyelesaian untuk keperluan kami.

"Saya memberitahu kesemua pembekal lain mengenai kelebihan Crown terutamanya perkhidmatan selepas jualan."

Hartalega ditubuhkan pada tahun 1988 dan kini menggaji lebih 5,500 kakitangan di tujuh kemudahan pembuatan khusus.

Syarikat ini telah memenangi banyak anugerah berprestij termasuk pengiktirafan daripada Forbes Asia, KPMG dan Asia Money.

Latar Belakang Crown Equipment Corporation

Crown ialah salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia dengan reputasi untuk reka bentuk produk yang memenangi anugerah, kejuruteraan dan teknologi termaju serta perkhidmatan selepas jualan yang unggul. Falsafah perniagaan Crown memanfaatkan proses yang bersepadu secara vertikal untuk mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan penyelesaian berpandangan jauh yang inovatif yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengendalian pelanggan. Crown mengeluarkan pelbagai jenis forklift serta teknologi pengautomatan dan pengurusan pengangkutan.

Ibu pejabat global syarikat ini terletak di New Bremen, Ohio, AS, dengan ibu pejabat serantaunya terletak di Australia, China, Jerman dan Singapura. Bilangan kakitangannya melebihi 16,100 orang di seluruh dunia. Crown mengendalikan jaringan perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 500 lokasi jualan di lebih 80 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai idea-idea Crown bagi membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, kunjungi crown.com

Source: Crown Equipment Pty Ltd
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation