omniture

OKI Lancar Pencetak Berwarna A4 Berprestasi Tinggi Terkecil di Dunia

C650 baharu merangkumkan kepantasan, kualiti, keandalan dan ROI dalam satu pakej kompak hasil daripada Teknologi Penjimatan Ruang.
OKI Southeast Asia
2021-03-31 10:30 83

SINGAPURA, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- OKI telah melancarkan C650, pencetak berwarna A4 terkecil di dunia dalam kategorinya. Boleh didapati di Asia Tenggara mulai bulan ini, C650 baharu memberi prestasi, pengendalian medium dan kecekapan kos yang utama dalam kelas yang biasanya terdapat dalam pencetak perniagaan kumpulan kerja yang lebih besar. Direka bentuk untuk sebarang pejabat dengan ruang yang terhad, C650 akan menempati dengan selesa dalam ruang terkecil tanpa mengorbankan prestasi. Justeru itu, prestasi dan saiznya menjadikannya ideal untuk digunakan dalam banyak sektor termasuk peruncitan, hotel, restoran, rawatan kesihatan, pendidikan dan pembinaan.

OKI C650 is a small yet powerful high-performance A4 colour printer.
OKI C650 is a small yet powerful high-performance A4 colour printer.

 

Dikuasakan oleh teknologi LED digital perintis OKI, C650 memberi pencetakan berkelajuan tinggi dengan warna LED yang beraneka, seraya menjadikannya amat sesuai untuk mengendalikan semuanya bermula daripada dokumen harian kepada semua jenis cagaran pemasaran dan papan tanda. Ia dapat mencetak 35 halaman seminit dan mengendalikan kertas atau medium senipis 60gsm sehingga 256gsm, dalam saiz B8 hingga A4 termasuk sepanduk sehingga 1.32m panjang.

Dicipta dengan Teknologi Penjimatan Ruang yang inovatif, pengguna hanya memerlukan akses depan kepada C650 bagi mengendalikannya dan melaksanakan tugas penyelenggaraan seperti mengganti barang guna habis seperti toner, dram dan sebagainya. Ciri ini dapat mengurangkan dengan ketara ruang yang diperlukan oleh pejabat, berbanding pencetak lain dengan jejak yang serupa. Oleh itu, tidak seperti reka bentuk pesaing yang memerlukan lebih banyak ruang akses di bahagian sisi untuk penyelenggaraan, C650 mudah menempati ruang sempit dengan hanya 2cm ruang diperlukan di sekeliling tepinya.

Keandalan merupakan aspek tumpuan utama pembangunan C650. Penggunaan komponen bernilai tinggi yang ekstensif sebagai ganti plastik menjadikan pencetak ini sebagai salah satu pencetak yang paling mantap dalam kategorinya, seraya menjamin hayat yang panjang dan tanpa masalah. Toner berasingan dan dram tahan lama mendayakan kitar tugasan tinggi berserta penggunaan barang guna habis yang maksimum. Justeru itu, C650 ideal untuk organisasi yang memerlukan pencetakan dalam jumlah yang tinggi dan liputan warna yang tinggi.

"Ruang merupakan perkara penting untuk perniagaan masa kini," kata Masahiko Tsuda, Pengarah Urusan OKI Data (Singapore) Pte. Ltd. dan Presiden OKI Systems (Thailand) Ltd. "Membeli pencetak kecil dan kompak bererti perlunya berkompromi dari segi prestasi, produktiviti, kualiti atau kecekapan kos. C650 unik kerana, walaupun saiznya kecil, ia dapat memberi kualiti cetakan luar biasa, kepantasan unggul dan keandalan sekali gus memberi ROI yang sebenar."

Untuk maklumat lanjut, kunjungi:

Singapura:  www.oki.com/sg/printing 
Malaysia:  www.oki.com/my/printing
Thailand:  www.oki.com/th/printing

Source: OKI Southeast Asia
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services