omniture

Aidrivers umum pembangunan Penggerak Utama Berautonomi di peneraju pelabuhan global, PSA Singapore

Aidrivers Ltd
2021-03-31 12:07 164
  • Aidrivers berpangkalan di London menyediakan inovasi mobiliti berautonomi didayakan Ai kepada PSA Singapore untuk mengubah suai trak dan kren dengan teknologi pemanduan berautonomi.
  • Aidrivers Ltd mereka bentuk, membangunkan dan menyampaikan perisian pemanduan berautonomi didayakan Ai dan penyelesaian kesedaran kendiri bersepadu untuk pengendali pelabuhan di seluruh dunia.
  • PSA Singapore mengendalikan pusat pemunggahan kontena terbesar dunia di Singapura, mengendalikan 36.6 juta TEU kontena pada tahun 2020.

LONDON, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Aidrivers dianugerahkan projek bukti konsep Penggerak Utama Berautonomi (APM) pada Oktober 2018 oleh PSA Singapore. Matlamatnya adalah untuk mengubah suai penyelesaian berautonomi didayakan Ai untuk pengautomatan mobiliti mendatar di Terminal Pasir Panjang PSA. Dua trak diesel telah ditukarkan kepada kenderaan berautonomi sepenuhnya menggunakan platform pemanduan berautonomi didayakan Ai Aidrivers dan telah menjalani percubaan sejak tahun 2019.

Aidrivers announces its Autonomous Prime Movers development at global port leader, PSA Singapore
Aidrivers announces its Autonomous Prime Movers development at global port leader, PSA Singapore

 

Keupayaan APM meliputi kebolehan bekerja dalam keadaan siang dan malam dengan konfigurasi pemuatan berbeza dan persekitaran trafik bercampur. Teknologi berbilang sensor direka untuk berfungsi dalam keadaan pelabuhan yang sibuk bagi menjamin keselamatan dan kejituan.

Aidrivers membangunkan dan menggunakan kembar Digital 3D sebenar untuk pengautomatan mobiliti berautonomi yang boleh dibandingkan (like-2-like) bagi menjalankan kes ujian yang rumit dalam persekitaran bersimulasi sebelum mengujinya dalam persekitaran sebenar. Pengelogan data dan pemvisual data AV turut diperkenalkan dalam fasa ini.

Sila lihat dokumen di sini.

Latar Belakang Aidrivers Ltd (www.aidrivers.ai) 

Aidrivers ialah sebuah syarikat mobiliti berautonomi didayakan Ai yang berpangkalan di UK yang menyediakan penyelesaian untuk pelabuhan dan logistik di seluruh dunia. Teknologinya mempercepatkan peralihan kepada mobiliti berautonomi untuk pengautomatan bersepadu bagi menangani cabaran industri demi mengoptimumkan operasi perniagaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Latar Belakang PSA Singapore (www.singaporepsa.com) 

PSA Singapore mengendalikan pusat pemunggahan kontena terbesar di dunia di Singapura, mengendalikan 36.6 juta TEU kontena pada tahun 2020. Melalui hubungan dengan 600 pelabuhan di seluruh dunia, pengurus perkapalan mendapat akses kepada pelayaran harian ke setiap pelabuhan utama di dunia, beroperasi 24/7 sepanjang tahun. Selain operasi pelabuhan, PSA juga menawarkan penyelesaian kargo kepada pelanggan yang beroperasi dalam pembuatan termaju, rantaian sejuk, e-dagang serta tenaga & bahan kimia. Perkhidmatan tambah nilai ini didayakan oleh CALISTA®, platform digital yang memudahkan perdagangan dan membantu pengurus perkapalan mengurus pergerakan fizikal barangan, pembiayaan perdagangan dan pematuhan mereka dengan lebih baik.

Untuk pertanyaan media dan korporat sila hubungi: 

Aidrivers Ltd
Sadaf Ghani
Eksekutif Perhubungan Awam
sadaf@aidrivers.ai 
+44 7412663596

Source: Aidrivers Ltd
Keywords: Maritime/Shipbuilding Railroads and Intermodal Transportation Transportation