SUZHOU, China, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pada 26 Mac 2021, Hengtong Optic-Electric Co., Ltd. mengadakan pelancaran produk baharu. Subsidiarinya, Hengtong Rockley Technology Co., Ltd. melangkah ke hadapan untuk memperkayakan modul pemancar penerima berkelajuan tinggi untuk komunikasi data. Pengeluaran besar-besaran versi pemancar penerima 400G QSFP-DD DR4 yang berasaskan litar fotonik silikon dan pemancar penerima 400G QSFP-DD FR4 yang berasaskan penyelesaian ruang bebas tradisional dilancarkan, menjadikan Hengtong berupaya untuk menyediakan pelanggan dengan modul pemancar penerima optik mod tunggal 400G dengan jarak penghantaran yang berbeza.
Pengeluaran besar-besaran versi pemancar penerima fotonik silikon 400G QSFP-DD DR4 yang dilancarkan oleh Hengtong Rockley adalah berdasarkan cip bersepadu fotonik silikon bersaiz kecil dan cip bersepadu elektronik yang dibuat oleh Rockley Photonics Limited yang turut menggunakan cip 7nm DSP paling canggih, yang mana penggunaan kuasanya adalah kurang daripada 9W. Di samping itu, kos pembuatannya adalah 10-30% kurang daripada pemancar penerima 400G tradisional berdasarkan optik ruang bebas, bagi memenuhi permintaan penggunaan kuasa rendah dan keperluan aplikasi pusat data mesra alam. Pemancar penerima 400G Hengtong menggunakan penyelesaian pemasangan cip-pada-papan (COB) dan penjajaran pasif digunakan untuk penggandingan optik antara cip fotonik gentian dan silikon lantaran proses fabrikasi yang unik, yang bermanfaat untuk pengeluaran besar-besaran dan pengurangan kos. Hengtong Rockley akan mempercepatkan pengeluaran besar-besaran pemancar penerima fotonik silikon 400G QSFP-DD DR4.
Litar bersepadu fotonik silikon merupakan salah satu penyelesaian terbaik untuk merealisasikan integrasi monolitik cip fotonik dan cip elektronik, cip fotonik silikon 400G merupakan teknologi yang canggih bagi memusnahkan hambatan pertukaran data berskala mega, lantas menunjukkan kelebihan besar dari segi penggunaan kuasa yang rendah, jejak kecil, kos yang agak rendah, kemudahan untuk integrasi jumlah besar dan sebagainya. Dengan pembangunan pesat teknologi maklumat dan komunikasi generasi seterusnya, ia membawa pertumbuhan komunikasi data yang pesat. Pemancar penerima fotonik silikon 400G dijangka menggantikan pemancar penerima tradisional yang tidak berkeupayaan pada suatu tahap tertentu. Dalam era Optik Terpakej Bersama (CPO) khususnya, penyelesaian fotonik silikon akan menjadi pilihan terbaik. Sementara itu, Hengtong turut melancarkan prototaip pertama suis CPO 3.2T berasaskan teknologi fotonik silikon di China yang merupakan satu pencapaian penting dalam industri fotonik silikon.
Selain itu, pemancar penerima 400G QSFP-DD FR4 Hengtong Rockley turut menggunakan cip 7nm DSP, EML digunakan dalam bahagian pemancar dan pengesan InP digunakan dalam bahagian penerima, dengan bantuan peranti fotonik WDM yang berkos rendah dan matang, menjadikan seluruh reka bentuk dan susun atur modul amat kompak. Penggunaan kuasa adalah kurang daripada 9W.
Hengtong Rockley Technology Co., Ltd. ialah sebuah usaha sama yang ditubuhkan oleh Hengtong Optic-Electric Co., Ltd., China dan Rockley Photonics Limited, UK. Hengtong Rockley mereka bentuk dan mengeluarkan modul optik berkualiti tinggi. Ia juga komited terhadap reka bentuk cip fotonik silikon serta integrasi, pempakejan dan pengujiannya demi daya saing yang lebih baik bagi reka bentuk dan pembuatan modul optik.