omniture

AWE2021: Haier Revolusikan Sektor Perkakas Rumah dengan Penyelesaian untuk Seluruh Rumah, Melangkah Melangkaui Sekadar Barisan Produk Tradisional

Haier Smart Home
2021-03-31 22:26 131

SHANGHAI, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- AWE2021 telahpun diadakan di Shanghai mulai 23 hingga 25 Mac 2021. Dengan pandemik yang masih mengancam sebahagian besar daripada planet ini, CES di A.S. dan IFA di Jerman, dua daripada tiga pameran tahunan yang paling penting di dunia untuk perkakas rumah dan barangan elektronik, telahpun diadakan secara dalam talian tahun ini. AWE2021 merupakan satu-satunya pameran yang diadakan luar talian, berperanan sebagai acara penting tahun ini yang mana pembuat perkakas rumah dan peneraju teknologi mempamerkan teknologi, produk dan jenama terkini mereka.

Jenama-jenama yang terkenal di dunia mempamerkan barisan produk dan penyelesaian terkini mereka, memaparkan pelbagai pilihan bermula daripada perkakas rumah, teknologi perkakas rumah yang canggih serta kategori serba baharu yang hanya disebut sebagai "rumah".

AWE2021: Haier Revolusikan Sektor Perkakas Rumah dengan Penyelesaian untuk Seluruh Rumah, Melangkah Melangkaui Sekadar Barisan Produk Tradisional
AWE2021: Haier Revolusikan Sektor Perkakas Rumah dengan Penyelesaian untuk Seluruh Rumah, Melangkah Melangkaui Sekadar Barisan Produk Tradisional

Haier Smart Home menonjolkan pembezaannya dengan pembuat-pembuat lain dengan membandingkan paparan berasaskan senario dan pameran perkakas tunggal 

Di satu sisi lorong panjang yang mana pembuat perkakas rumah mendirikan reruai mereka, nama-nama jenama isi rumah berabad lamanya mengekalkan legasi dengan pameran peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara dan pencuci pinggan mangkuk yang berkualiti tinggi.

Berhadapan mereka di sebelah sisi lorong yang sama, Haier Smart Home ("Haier", Shanghai: 600690), susulan transformasinya menjadi jenama berasaskan senario dan ekologi, mendahului dengan menjadi satu-satunya pembuat yang menyahut seruan terhadap penyelesaian yang sesuai dengan kategori "rumah" baharu. Haier mempamerkan penyelesaian pintar untuk seluruh kediaman, mencakupi bukan sekada ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik mandi tetapi turut dilanjutkan bagi merangkumkan anjung dan balkoni. Dengan menggabungkan sumber, penyelesaian tersebut mencakupi semua aspek pengalaman dalam-rumah: makanan, pakaian, senario perumahan dan hiburan, bagi memberi pengalaman "kehidupan baharu" kepada penghuni rumah sejajar dengan harapan mereka.

Bagi mengambil satu contoh, dalam senario dapur pintar, peti sejuk bukan lagi sekadar sebuah peti sejuk, sebaliknya merupakan satu platform Internet Pelbagai Benda (IoT) gourmet ekologi, yang menghubungkan ketuhar untuk menyajikan Itik Panggang Peking dan mengisi semula bekalan secara automatik apabila berkurangan.

Terdahulu, kumpulan pempamer ini dirujuk secara kolektif sebagai 'syarikat-syarikat perkakas rumah', namun kini klasifikasi tersebut tidak lagi begitu sesuai.

Haier Smart Home berevolusi daripada pembuat perkakas rumah kepada penyedia penyelesaian senario dan perkhidmatan kehidupan.

Dalam kediaman pintar dilengkapi produk Haier, perkakas rumah berteknologi tinggi masih wujud, namun ia telah digabungkan dengan lancar ke dalam pelbagai senario kediaman untuk menjadi bahagian penting dalam rumah.

Penyaman udara bukan lagi sekadar peranti untuk menyelaraskan suhu, sebaliknya merupakan satu mekanisme diperbaharui yang berfungsi seiring dengan beberapa komponen perkakasan dan perisian bagi menyampaikan penyelesaian udara. Perkakas rumah tradisional tidak dapat memenuhi harapan penghuni rumah hari ini – hanya penyelesaian senario yang dapat menyahut cabaran tersebut.

Haier Smart Home ditransformasikan menjadi jenama berasaskan senario dan ekologi.

Haier Smart Home menghimpunkan dan memperkasa puluhan ribu rakan kongsi dalam pelbagai jenis industri yang mencakupi perkakas rumah dan kelengkapan rumah, bangunan dan bahan binaan, hartanah, makanan dan IoT dengan menyediakan perisian, teknologi serta perkhidmatan bagi mewujudkan ekologi senario kediaman pintar yang lengkap.

Melalui pemerkasaan ekologi, Haier Smart Home menyediakan penghuni dengan sebuah rumah yang berpeluang untuk memasuki era 'kehidupan baharu'. Syarikat ini menawarkan penyelesaian yang meliputi semua keperluan dalam pelbagai senario kehidupan, sama ada pembeli belah hanya ingin memperkemas dapur, bilik tidur dan bilik mandi atau untuk pengubahsuaian lengkap.

AWE2021 bukan sahaja merupakan pameran utama yang pertama sejak awal tahun ini, tetapi juga satu acara titik perubahan yang menandakan peringkat pertumbuhan yang seterusnya untuk industri ini, seperti yang ditunjukkan oleh pameran yang berbeza pada kedua-dua sisi lorong. Di satu sisi, syarikat-syarikat perkakas rumah tradisional mempamerkan perkakas rumah baharu manakala di sisi yang lain mempunyai penyelesaian yang diperbaharui untuk senario kediaman pintar berdasarkan perkakas rumah berkenaan. Haier Smart Home berada di barisan hadapan bagi revolusi konsep apa yang diertikan untuk melengkapkan dan menyelenggara sesebuah kediaman.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.haier.net/en/

Source: Haier Smart Home
Related Stocks:
Frankfurt:690D Frankfurt:690D.F HongKong:6690 Shanghai:600690
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news