omniture

ZTE Terima Skor Tinggi Lightwave Innovation Reviews

ZTE Corporation
2021-04-01 02:25 191

SHENZHEN, China, 1 April 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa penyelesaian pra-tersambungnya, penyelesaian PON+ dan penyelesaian OXC pintar telah menerima skor tinggi Lightwave Innovation Reviews, bagi mengiktiraf kedudukan utama ZTE dalam bidang komunikasi optik.

ZTE Terima Skor Tinggi Lightwave Innovation Reviews
ZTE Terima Skor Tinggi Lightwave Innovation Reviews

Penyelesaian ODN pra-tersambung: merealisasikan penggunaan rangkaian optik yang cekap 

Penyelesaian ODN pra-tersambung ZTE termasuk siri kotak pra-tersambung untuk nod optik dalaman dan luaran serta kabel optik pra-pasang siap. Bagi menggantikan penyambungan lakuran gentian rumit tradisional, sambungan kabel optik pra-pasang siap yang inovatif menjadikan penyambungan gentian lebih mudah dan meningkatkan kecekapan pembinaan. Penyelesaian ini juga mempunyai penyambung pra-tersambung yang pertama dalam industri yang menyokong "sisipan buta" dan "kunci kendiri". Hasil daripada reka bentuk modularnya, penyelesaian tersebut menawarkan penggunaan dalam semua cuaca dan menjamin operasi yang lebih mudah serta perangkaian yang lebih fleksibel.

Penyelesaian PON+: Inovasi teknikal F5G dan amalan komersial

Dengan pengoptimuman sistematik dan inovasi teknologi akses optik, penyelesaian PON+ ZTE meningkatkan liputan senario penuh hujung-ke-hujung, kependaman rendah deterministik, visualisasi, keupayaan pengkomputeran rangkaian akses dan keandalan. Ia juga meningkatkan kualiti dan pengalaman pengguna perkhidmatan jalur lebar rumah dan dalam masa yang sama mempromosikan teknologi PON untuk memperluaskan senario bermula daripada kediaman kepada kerajaan hinggalah perusahaan. Selain daripada kelebihan berkenaan, penyelesaian tersebut menyokong perdagangan tradisional dan industri untuk beralih kepada gentian, digitalisasi dan intelektualisasi. Ia membuka jalan untuk F5G dan merangsang pertumbuhan baharu dalam industri-industri, menyediakan asas kukuh untuk susun atur jangka panjang serta pembangunan pelbagai industri.

Penyelesaian OXC pintar berasaskan jalur C++: membina rangkaian optik yang cekap, andal dan mesra alam

Sistem OXC pintar daripada ZTE menyokong maksimum arah optik 32 darjah. Ia dapat diaplikasikan pada jalur C++ bagi mencapai sehingga 1,500T+ kapasiti nod untuk melaksanakan penjadualan perkhidmatan dalam pelbagai arah dengan fleksibel pada nod pusat data teras.

Sistem OXC ZTE menggunakan tiga teknologi inovatif. Pertama, ia berasaskan satah belakang optik. Berbilang gentian optik riben dihalakan dan dimuatkan secara automatik ke dalam papan yang fleksibel sebagai matriks pensuisan optik. Ini membawa kepada pengurangan yang besar dari segi kehilangan sambungan, yang menyumbang selanjutnya terhadap penambahbaikan signifikan keandalan sistem. Selain itu, penyambung optik kejituan tinggi juga digunakan bagi memastikan penjajaran antara muka optik berketepatan tinggi. Penguncian dan pembukaan kunci penyambung yang automatik dapat menahan gangguan getaran daripada persekitaran luar.

Di samping itu, ia mempunyai reka bentuk kalis debu penyambung optik inovatif, yang dapat melindungi satah belakang optik dengan berkesan daripada pencemaran habuk semasa beroperasi. Selain itu, label optik pintarnya dapat melaksanakan pemantauan dan penjejakan panjang gelombang yang pintar, seraya dapat meningkatkan penggunaan rangkaian dan kecekapan O&M dengan ketara.

Lightwave Innovation Reviews disampaikan oleh Lightwave, rakan media yang terkenal dalam industri rangkaian optik global. Lightwave pernah mengadakan upacara penyampaian anugerah inovasi tahunan selama bertahun-tahun yang bertujuan untuk mengiktiraf produk dan penyelesaian terbaik dalam bidang komunikasi optik. Panel hakim terdiri daripada pakar-pakar rangkaian optik ternama daripada kalangan operator rangkaian, pembekal serta eksekutif kanan, penganalisis dan jurutera daripada syarikat-syarikat penyelidikan dan perunding industri.

Hubungan Media:
Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment