JAKARTA, Indonesia, 1 April 2021 /PRNewswire/ -- JD.ID, anak syarikat JD.com, gergasi e-dagang China di Indonesia dan salah sebuah daripada peruncit dalam talian terkemuka di negara ini, telah bergabung dengan MoEngage untuk meningkatkan pengekalan pelanggan dengan membawakan kandungan yang amat diperibadikan, kontekstual, dan menawan kepada lebih daripada 20 juta orang.
Industri e-dagang di Indonesia semakin berkembang apabila pengguna beralih dengan pantas kepada perkhidmatan digital untuk bekerja, bersosial, dan membeli belah disebabkan oleh pandemik. Ketika pengguna menjadi semakin bijak digital, perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) juga digalakkan untuk membawa perniagaan mereka ke dalam talian untuk menjangkau lebih ramai pelanggan di seluruh negara. Sejak penubuhannya, JD.ID telah komited untuk membantu pemilik perniagaan kecil dan perusahaan untuk mempamerkan produk mereka dalam talian dengan mudah, yang akhirnya menyediakan lebih banyak pilihan untuk produk berkualiti tinggi kepada pembeli.
"JD.ID telah lama komited untuk menyokong pembeli dan penjual, membantu penguna mencari produk terbaik sambil menyediakan peruncit dengan peluang untuk mempamerkan inventori mereka dengan berkesan," kata Leo Haryono, Ketua Pegawai Pemasaran di JD.ID. "Penting bagi kami untuk mengikuti pendigitalan yang pantas dan memastikan kami memenuhi keperluan pelanggan kami dengan menyampaikan maklumat paling berguna kepada mereka pada saat mereka memerlukan. MoEngage ialah rakan kongsi yang sesuai untuk membantu kami mencipta dan mengedarkan kandungan yang diperibadikan kepada pengguna tepat pada masanya, membantu kami mengekalkan pelanggan semasa, mendapat pelanggan baharu dan memberi penjual PKS kami akses kepada lebih banyak perniagaan."
JD.ID juga mempunyai matlamat untuk mengembangkan kehadirannya di seluruh Indonesia, mensasarkan bandaraya peringkat kedua dan ketiga serta kawasan metropolitan utama. Salah satu cabaran tentang perkara ini adalah untuk dapat memenuhi keperluan unik pengguna mereka dari wilayah yang berbeza. Dengan MoEngage, JD.ID akan dapat memperibadikan komunikasi mereka kepada pengguna dari wilayah yang berbeza secara besar-besaran dan menyediakan maklumat tentang produk dan penawaran yang berkaitan tepat pada masanya.
"E-dagang di Indonesia sedang berkembang pada kadar yang belum pernah terjadi sebelum ini dan platform seperti JD.ID meneraju jalan dalam menjadikan perkhidmatan digital lebih mudah diakses," kata Saurabh Madan, Pengurus Besar, Asia Tenggara & A/NZ di MoEngage. "MoEngage berdedikasi untuk membantu jenama mencapai dan melangkaui matlamat penglibatan pelanggan mereka, dan kami gembira dapat bekerjasama dengan JD.ID untuk membantu mereka berkembang di seluruh kepulauan Indonesia yang luas, menjangkau lebih ramai orang pada masa yang tepat dengan produk yang betul."
JD.ID menyertai senarai syarikat e-dagang yang sedang berkembang di Indonesia dan di seluruh dunia yang mempercayai MoEngage dalam menyampaikan pengalaman yang konsisten merentas pelbagai peranti dan titik sentuh. Pelanggan platform penglibatan pelanggan yang didayakan AI termasuk Flipkart, Landmark Group, Mashrek Neo, Blibli, CIMB, dan Kredivo, antara lainnya.
Sumber: https://www.moengage.com/in-the-news/jd-id-partners-with-moengage-to-amplify-customer-retention/
Latar Belakang MoEngage
MoEngage ialah platform penglibatan pelanggan berpandukan pemahaman yang dibina untuk pemasar yang peka terhadap pelanggan dan pemilik produk, mendayakan pemperibadian hiper pada skala merentas pelbagai saluran. Dengan automasi dan pengoptimuman yang dikuasakan AI, jenama dapat menganalisa tingkah laku audiens dan menglibatkan pengguna pada setiap titik perjalanan pembelian mereka. Lebih daripada 1,000 jenama merentas 35 negara menggunakan MoEngage untuk menghantar 50 bilion mesej kepada 500 juta pengguna setiap bulan. MoEngage diiktiraf sebagai peneraju dalam ruangnya oleh Gartner, Forrester dan G2. Dengan pejabat-pejabat di sembilan negara, MoEngage disokong oleh pelabur-pelabur yang termasuk Eight Roads, F-Prime Capital, Matrix Partners, Helion Ventures, Exfinity Ventures dan Venture East. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.moengage.com.
Hubungan Media:
Lakshmi Harikumar
Pengarah Pemasaran
Asia Tenggara
+919739016836
lakshmi.Harikumar@moengage.com