omniture

SKYWORTH lancar SKYWORTH W82, TV OLED boleh ditransformasi keluaran besar-besaran pertama di dunia dan SKYWORTH W92, TV OLED 120Hz 8K pertama dalam industri dengan SKYWORTH AUDIO GLASS SOUND

SKYWORTH TV
2021-04-02 00:10 1015

BEIJING, 1 April 2021 /PRNewswire/ -- SKYWORTH, jenama televisyen global yang terkemuka, hari ini memperkenalkan TV OLED boleh ditransformasi keluaran besar-besaran yang pertama di dunia, SKYWORTH W82 dan TV 120Hz OLED 8K yang pertama dalam industri dengan SKYWORTH AUDIO GLASS SOUND™, SKYWORTH W92 di upacara Pelancaran Produk Musim Bunga SKYWORTH TV 2021 bertema "MENCAPAI TAHAP BAHARU" ("REACH NEW HEIGHTS").

Tony Wang, Pengerusi SKYWORTH TV
Tony Wang, Pengerusi SKYWORTH TV

"Sebagai perintis bagi penyelesaian TV OLED 8K, SKYWORTH komited untuk mencabar status quo dan membawa pengalaman rumah yang berkualiti tinggi kepada lebih ramai pengguna," kata Tony Wang, Pengerusi SKYWORTH TV. "Menampilkan teknologi paling canggih yang dibangunkan oleh SKYWORTH, kami yakin bahawa barisan TV OLED perintis kami yang terkini akan membawa pengalaman audiovisual ke tahap serba baharu."

SKYWORTH W82 -- TV OLED Boleh Ditransformasi Keluaran Besar-besaran Pertama Dunia untuk Pengalaman Permainan 2-dalam-1 dan Tontonan TV yang Hebat

Merevolusikan industri TV, SKYWORTH W82 ialah TV OLED boleh ditransformasi keluaran besar-besaran yang pertama di dunia. Dilengkapi dengan teknologi SKYWORTH OBM (Modul Asas OLED) Transform™, SKYWORTH W82 didatangkan dengan skrin fleksibel yang dibangunkan sendiri, membolehkan pengguna melaraskan kelengkungan skrin sehingga 1000R mengikut jarak tontonan audiens. Amat sesuai untuk hiburan rumah, SKYWORTH W82 menyediakan kelengkungan tontonan terbaik 2000R dalam mod tontonan filem dan 1500R dalam mod permainan agar pengguna dapat menyesuaikannya dengan mudah dengan satu klik pada alat kawalan jauh apabila menonton blokbuster terkini bersama keluarga atau asyik dalam pertarungan dalam talian bersama rakan-rakan.

Menampilkan skrin OLED 4K 120 Hz, Dolby Vision, HDR10, SKYWORTH AI PICTURE QUALITY ENGINE™ Versi 4K dan SKYWORTH AUDIO DRUM™, SKYWORTH W82 membawa pengalaman audiovisual yang hebat dan imersif sepanjang masa.

SKYWORTH W82 turut dilengkapi dengan dua port HDMI 2.1, VRR (Kadar Segar Semula Berubah-ubah), OLED GErak Kristal 240Hz dan ciri-ciri Wi-Fi 6, bagi mencipta pengalaman permainan yang lebih pantas dan lebih lancar buat pemain.

SKYWORTH W82 didatangkan dengan ukuran 65 inci dan akan disediakan di Tanah Besar China pada harga RMB 29,999 (kira-kira USD 4,575) bermula dari Mei 2021.

SKYWORTH W82 dan SKYWORTH W92
SKYWORTH W82 dan SKYWORTH W92

SKYWORTH W92 -- TV OLED 120Hz 8K SKYWORTH AUDIO GLASS SOUND™ yang Terkemuka dalam Industri Persembahkan Gambar dan Bunyi yang Belum Pernah Tersedia Sebelum Ini

SKYWORTH W92 ialah TV OLED 8K kedua yang dikeluarkan secara besar-besaran kepada pengguna di seluruh dunia. Dengan resolusi 8K 7680x4320 piksel, SKYWORTH W92 mempunyai 130 juta piksel pancar sendiri, membawa kontras yang tidak terhingga, warna yang jelas dan perincian tepat kepada penonton. Dilengkapi dengan SKYWORTH AI PICTURE QUALITY ENGINE™ Versi 8K dan dua cip MEMC, SKYWORTH W92 dapat mengoptimumkan kandungan 2K/4K kepada 8K 120FPS bagi membawa pengalaman tontonan yang hebat.

Menerajui laluan dalam teknologi inovatif, SKYWORTH W92 mengguna pakai SKYWORTH AUDIO GLASS SOUND™, teknologi akustik baharu dan proprietari yang digunakan pada produk berkualiti tinggi oleh SKYWORTH. Sebagai yang pertama dalam industri, seluruh kepingan kaca digunakan secara diafragma dengan empat pemacu elektromagnet 30-teras diletakkan sama rata merentasnya. Ini membolehkan gelombang bunyi dihasilkan oleh seluruh permukaan kaca dan bukannya pada titik individu. Selain itu, SKYWORTH memasang Pengubah Gerak Udara dalam SKYWORTH W92 yang merupakan teknologi audio canggih yang biasanya digunakan dalam produk pembesar suara premium.

SKYWORTH W92 didatangkan dengan saiz 88 inci dan akan disediakan di Tanah Besar China pada harga RMB 199,999 (kira-kira USD 30,499) bermula dari 8 April 2021.

Inovasi SKYWORTH Perbaharui Pengalaman Menonton TV dengan Festival Televisyen Global SKYWORTH 2021

Menuju ke hadapan, SKYWORTH akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, menerobos sempadan apa yang mungkin dilakukan bagi membawa produk yang lebih inovatif dan pengalaman kediaman pintar yang akan disukai dan dinikmati oleh pengguna.

Bagi menghargai sokongan berterusan oleh pengguna, Festival Televisyen Global SKYWORTH 2021 akan turut kembali. Bertema "Perbaharui Pengalaman TV Anda" ("Refresh Your TV Experience"), pengguna akan diberikan dengan tawaran eksklusif dan tawaran istimewa. Nantikan selanjutnya untuk melihat bagaimana anda boleh menyertai keseronokan tersebut.

Latar Belakang SKYWORTH 

SKYWORTH GROUP LIMITED (HKG: 00751) ialah pembekal yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi yang canggih lagi unik dan mampu milik. Syarikat ini bernilai lebih US$ 19 bilion dan menggaji lebih 40,000 orang di seluruh dunia (sehingga 1 Mac 2019). Beribu pejabat di Shenzhen, "Lembah Silikon" China, SKYWORTH menawarkan barangan elektronik pengguna, peranti paparan, kotak set atas digital, monitor keselamatan, komunikasi rangkaian, semikonduktor, peti sejuk, mesin basuh, telefon bimbit dan lampu LED. Ditubuhkan pada tahun 1988, hari ini SKYWORTH merupakan jenama TV warna yang terkemuka di peringkat antarabangsa, jenama terkenal dalam industri paparan CIna dan salah satu daripada tiga penyedia global yang terkemuka bagi platform TV Android. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.skyworth.net/global   

 

Hubungan Media

SKYWORTH

Wendy Dong

Telefon: +86 130 8071 8427

Emel: dongwen@skyworth.com

Lydia Xie

Telefon: +86 185 2036 0310

Emel: xielidi@skyworth.com 

 

BCW for SKYWORTH

Joyce Chow

Telefon: +852 2963 6735

Emel: joyce.chow@bcw-global.com

 

Daniel Ma

Telefon: +852 2963 6783

Emel: daniel.ma@bcw-global.com

 

Source: SKYWORTH TV
Related Stocks:
HongKong:0751 OTC:SWDHY
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics New products/services