omniture

Megaport Lancar Pinggir Maya Megaport, Perkhidmatan NFV Atas-Permintaan dengan Sokongan Segera untuk Sambungan Cawangan-ke-Awan dengan Saling Hubung Awan SD-WAN Cisco

Pinggir Maya Megaport (MVE) membolehkan perniagaan memodenkan rangkaian mereka dengan mengehoskan fungsi rangkaian atas-permintaan pada Rangkaian Tentuan Perisian global Megaport
Megaport
2021-04-02 14:49 177

BRISBANE, Australia, 2 April 2021 /PRNewswire/ -- Megaport Limited (ASX: MP1) ("Megaport"), penyedia Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan (NaaS) global yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran Pinggir Maya Megaport (MVE), perkhidmatan Virtualisasi Fungsi Rangkaian (NFV) neutral-vendor atas-permintaan yang membolehkan sambungan cawangan-ke-awan pada Rangkaian Tentuan Perisian (SDN) global Megaport. Dengan MVE, syarikat-syarikat dapat mengehoskan fungsi-fungsi rangkaian seperti penghala maya, pengawal SD-WAN dan teknologi perangkaian masa depan terus pada platform global Megaport bagi melanjutkan fungsi-fungsi rangkaian mereka lebih menghampiri pinggir pada masa sebenar dan tanpa perlu menggunakan perkakasan.

Mentransformasikan Perangkaian di Pinggir 

MVE ialah perkhidmatan pengkomputeran dan rangkaian teragih secara global dalam satu. Aspek pengkomputeran perkhidmatan tersebut membolehkan pelanggan mengehoskan proses NFV di lokasi-lokasi yang memerlukannya, mengikut permintaan dan mengurusnya dengan cara tunjuk-dan-klik. Pada sisi rangkaian, gerbang transit terbina dalam MVE menyediakan titik akses yang amat boleh diskalakan untuk menghubungkan rangkaian melalui internet awam kepada SDN persendirian Megaport. Peranti maya yang dihoskan pada MVE boleh menggunakan gerbang transit untuk menghasilkan sambungan antara SDN Megaport dan rangkaiannya sendiri termasuk lokasi cawangan, pusat data dan awan persendirian.

Semasa dilancarkan, MVE disediakan di 15 metro merentas Amerika Utara, Asia-Pasifik dan Eropah dengan 6 lokasi tambahan disediakan pada akhir April. Ini memberi lebih kefleksibelan kepada pelanggan untuk menggunakan peranti maya berhampiran penumpuan penggunaan bagi menyetempatkan trafik dan mengoptimumkan penamatan data untuk prestasi.

Mempercepatkan Sambungan SD-WAN 

Banyak perniagaan telah menerima SD-WAN dan sambungan internet sebagai cara untuk memudahkan penyambungan IT mereka. Walau bagaimanapun, pergantungan pada sambungan internet hujung-ke-hujung ke perkhidmatan dan sumber utama boleh menjejaskan prestasi, ketersediaan dan keselamatan. Dengan MVE, pelanggan boleh mengehoskan pengawal SD-WAN maya disetempatkan pada platform global Megaport dan mengurangkan data jarak yang melintasi laluan internet dari lokasi cawangan ke perkhidmatan kritikal dalam awan awam atau persendirian malah lokasi-lokasi cawangan yang lain.

Sebaik sahaja terhubung, pelanggan boleh mengakses ekosistem utama Megaport dengan lebih daripada 700 pusat data didayakan di seluruh dunia dan lebih 360 penyedia perkhidmatan termasuk lebih 220 'on-ramp' awan daripada awan yang terkemuka di dunia seperti Alibaba Cloud, AWS, Google Cloud, Microsoft Azure, IBM Cloud, Oracle Cloud dan Salesforce.

SD-WAN berhubung Sorotan Utama MVE:

  • Mengurangkan kos keluar awan ke 'on-ramp' awan apabila dibandingkan dengan kadar internet.
  • Prestasi lebih baik dengan pengurangan ketar dan kependaman.
  • Perkhidmatan neutral vendor yang menyokong teknologi SD-WAN daripada penyedia utama.
  • Benar-benar diagihkan untuk sambungan setempat.
  • Penyediaan rangkaian tunjuk-dan-klik untuk menyokong saling hubung antara lokasi cawangan, pusat data, penyedia awan dan perkhidmatan IT.
  • Penyediaan infrastruktur rangkaian maya dan saling hubung masa sebenar.
  • Tanpa perkakasan untuk menghantar, memasang atau mengurus.
  • Penyediaan dan pengurusan rangkaian hujung-ke-hujung seragam untuk mentransformasikan rangkaian legasi.
  • Sambungan berbilang awan yang selamat ke lebih daripada 360 penyedia perkhidmatan, lebih 700 pusat data didayakan dan lebih 220 titik saling hubung awan.

Saling Hubung Awan SD-WAN Cisco

Megaport dan Cisco telah bekerjasama untuk mengintegrasikan Saling Hubung Awan SD-WAN Cisco dengan MVE untuk perusahaan yang ingin pengawal SD-WAN mereka dapat menyediakan saling hubung awan atas-permintaan menggunakan SDN Megaport. Membina penghubung daripada SD-WAN ke Megaport membolehkan fabrik saling hubung awan tentuan perisian dengan prestasi rangkaian yang andal, sambungan yang dioptimumkan kosnya dan masa penyediaan yang dikurangkan. Ini menyediakan IT perusahaan kawalan penuh SD-WAN (fabrik lapis atas) dan saling hubung awan (fabrik pelapik bawah) daripada pengawal SD-WAN Cisco yang sama dengan pelancaran vManage 20.5.

Syarikat-syarikat Fortune 500 dengan kehadiran global yang menggunakan SD-WAN Cisco untuk menggunakan aplikasi berbilang awan dapat memanfaatkan Saling Hubung Awan SD-WAN Cisco dengan MVE bagi mendayakan penyediaan atas-permintaan saling hubung awan dengan capaian global. Keupayaan sambungan saling hubung pelapik ini, selain daripada lapis atas SD-WAN, menawarkan kawalan dan keterlihatan yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk IT perusahaan.

"Kolaborasi Cisco bersama Megaport membolehkan pelanggan melanjutkan fabrik SD-WAN Cisco mereka dari tapak ke berbilang awan melalui platform saling hubung terus, berprestasi tinggi dan neutral, memberikan prestasi dan keselamatan yang dipertingkatkan," kata JL Valente, Naib Presiden, Pengurusan Produk, untuk Penghalaan Perusahaan, SD-WAN dan Perangkaian Awan Cisco. "Integrasi Saling Hubung Awan SD-WAN baharu Cisco dengan Pinggir Maya Megaport menghimpunkan keupayaan perangkaian SD-WAN Cisco yang selamat dan saling hubung awan atas permintaan yang boleh diatur cara yang ditawarkan oleh Megaport untuk mengautomasikan penyediaan sambungan tapak-ke-awan dan tapak-ke-tapak berprestasi tinggi."

"Ketika perusahaan dan penyedia perkhidmatan mengguna pakai teknologi SD-WAN dengan pantas bagi meningkatkan sambungan rangkaian pinggir, keupayaan untuk pelanggan Megaport 'mempercepatkan' perkakas maya SD-WAN dengan mudah, dalam beberapa minit di seluruh dunia pada platform kami merupakan satu pendorong besar untuk organisasi-organisasi global," kata Vincent English, Ketua Pegawai Eksekutif Megaport. "Dengan adanya perkakas maya ini disepadukan sepenuhnya ke dalam Rangkaian Tentuan Perisian global Megaport membolehkan pelanggan mengoptimumkan sambungan SD-WAN mereka melalui aliran kerja tunggal bagi meningkatkan prestasi rangkaian dan aplikasi keseluruhan hanya sebahagian kecil daripada kos kaedah legasi."

Sokongan Masa Depan 

Sebagai perkhidmatan neutral, platform SD-WAN utama tambahan kini disepadukan dengan MVE.

Untuk maklumat lanjut mengenai Megaport Virtual Edge, sila kunjungi megaport.com/mve.

Latar Belakang Megaport 

Megaport ialah penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan (NaaS). Rangkaian Tentuan Perisian (SDN) global syarikat membantu perniagaan menghubungkan dengan pesat rangkaian mereka kepada perkhidmatan melalui portal yang mudah digunakan atau API terbuka kami. Megaport menawarkan keupayaan perangkaian tangkas yang mengurangkan kos kendalian dan meningkatkan kepantasan ke pasaran berbanding dengan penyelesaian perangkaian biasa. Megaport bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan yang utama di dunia termasuk AWS, Microsoft Azure dan Google Cloud serta operator pusat data, penyepadu sistem dan penyedia perkhidmatan terurus yang terbesar di dunia. Megaport ialah sebuah syarikat diperakui ISO/IEC 27001 dan dimasukkan dalam indeks S&P/ASX 200.

Source: Megaport
Related Stocks:
Australia:MP1
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services