omniture

CIMB Bank PH perkukuh kerjasama dengan perkhidmatan e-dompet tempatan terkemuka untuk perluas kemudahan kredit digital kepada rakyat Filipina

CIMB Bank Philippines
2021-04-02 15:28 13

MANILA, Filipina, 2 April 2021 /PRNewswire/ -- Sejajar dengan matlamatnya untuk memajukan penglibatan kewangan dan promosi transaksi tanpa tunai di Filipina, CIMB Bank mengukuhkan kerjasama jangka panjang strategiknya dengan GCash, perkhidmatan e-dompet tempatan yang terkemuka dalam memperkasa kemudahan pembayaran pinjaman mikro mereka, GCredit, kepada lebih ramai rakyat Filipina yang tidak mendapat perkhidmatan.

CIMB Bank PH perkukuh kerjasama dengan perkhidmatan e-dompet tempatan terkemuka untuk perluas kemudahan kredit digital kepada rakyat Filipina
CIMB Bank PH perkukuh kerjasama dengan perkhidmatan e-dompet tempatan terkemuka untuk perluas kemudahan kredit digital kepada rakyat Filipina

CIMB Bank, bank digital yang paling banyak menerima anugerah di Filipina bersedia untuk menggunakan kepakaran penaja jaminan dan analitiknya, beserta dengan keupayaan pembiayaannya untuk pelanggan GCash pada kadar faedah yang sangat menarik dan dengan had kredit yang lebih tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Filipina, Vijay Manoharan, kerjasama dengan GCredit akan membolehkan lebih ramai rakyat Filipina memperoleh kadar faedah pinjaman bulanan serendah 1%, dengan mudah di aplikasi GCash dalam tempoh kurang daripada 5 minit.

Selama ini, CIMB Bank dan GCash berhasrat untuk menawarkan pelanggan dengan penambahan had kredit sehingga P100,000 daripada jumlah awal. Begitu juga, pelanggan GCredit dengan status kredit yang baik juga akan berpeluang untuk mengakses kepada had kredit yang lebih tinggi melalui penawaran pinjaman peribadi CIMB, yang akan membolehkan mereka memohon secara digital untuk pinjaman peribadi sehingga P1,000,000 dengan CIMB Bank.

"GCash sentiasa berada di barisan hadapan penglibatan kewangan di Filipina selama bertahun-tahun," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif GCash, Martha Sazon.

Beliau menambah, "GCredit sebagai satu perkhidmatan telah membantu memperluas lebih daripada PHP 8 bilion kepada hampir satu juta rakyat Filipina di seluruh negara dalam tahun 2020. Dengan kerjasama yang lebih kukuh bersama CIMB Bank, kami positif bahawa berjuta-juta lagi akan dapat menikmati dan memaksimumkan apa yang disediakan oleh GCredit."

Manoharan menerangkan strategi perbankan platform unik CIMB Bank sebagai pendaya utama untuk perluasan bank digital mudah alih yang pertama di Filipina dan menjadikannya peneraju dalam perbankan digital di Filipina.

Beliau berkata, "Bermula daripada kerjasama awal kami dalam menyediakan penawaran simpanan eksklusif rakyat Filipina, kami dengan rendah hati memperluaskan kerjasama jangka panjang kami dengan GCash. Kerjasama ini adalah yang pertama seumpamanya antara bank digital dan teknologi kewangan di rantau ini."

"Kami berinspirasi untuk terus mengukuhkan kedudukan GCredit sebagai produk kredit dan pembayaran nombor satu di negara ini. Dengan kerjasama ini, kami berharap dapat menukar industri pada bagaimana kredit dinilai dan disediakan kepada orang ramai yang jika sebaliknya, tidak mempunyai akses kepada kemudahan kredit formal tatkala kami membantu agenda penglibatan kewangan negara ini," kongsi beliau.

Manoharan menekankan bahawa melalui perkongsian ini, rakyat Filipina yang pada mulanya tidak mempunyai akses kepada sebarang kemudahan kredit dengan bank kini akan berpeluang untuk menerima had kredit pusingan yang akan membolehkan mereka mempunyai akses mudah kepada kredit untuk keperluan harian mereka; dan pada masa yang sama boleh berurus niaga dengan selamat, terutama ketika pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuh paling diperlukan.

Ditempatkan di dalam aplikasi GCash, GCredit ialah perkhidmatan pinjaman mikro digital yang pertama di Filipina, di mana pelanggan yang berkelayakan boleh membeli barangan, perkhidmatan, dan membayar bil mereka di kedai atau dalam talian dengan lebih daripada 17,500 rakan kongsi dagangan di seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang GCredit yang dikuasakan oleh CIMB Bank Filipina, kunjungi https://www.gcash.com/services/gcredit/ 

Latar Belakang CIMB

CIMB Bank Filipina ialah bank digital yang memenangi pelbagai anugerah yang ditubuhkan dengan visi untuk mengubah lanskap perbankan Filipina. Menyediakan pengalaman perbankan digital yang mudah dan lancar, CIMB Bank Filipina telah mengubah perbankan untuk lebih daripada 3.5 juta, memperkasa rakyat Filipina untuk membuka akaun dalam tempoh 10 minit dengan faedah simpanan tertinggi, yuran percuma, permohonan pinjaman digital sepenuhnya dan perbankan digital yang selamat 24/7. CIMB Filipina ialah sebahagian daripada CIMB Group, salah sebuah bank terkemuka di ASEAN.

 

Source: CIMB Bank Philippines
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services