omniture

KEHUA Tersenarai di Kedudukan ke-5 dalam Pasaran UPS Modular Global

Kehua Data Co. , Ltd
2021-04-06 07:00 167

XIAMEN, China, 6 April 2021 /PRNewswire/ -- KEHUA TECH (002335.SZ) telah disenaraikan di tempat ke-5 dalam bahagian pasaran untuk UPS modular, menurut Omdia, peneraju penyelidikan global yang menawarkan perkhidmatan untuk industri teknologi. KEHUA ialah sebuah syarikat teknologi global yang menyediakan penyelesaian bersepadu untuk perlindungan kuasa dan penjimatan tenaga.

Menurut Modular UPS Hardware Market Tracker-2020 Analysis (Laporan) yang dikeluarkan oleh Omdia, KEHUA disenaraikan di tempat ke-5 dalam pasaran global, tempat ke-3 dalam pasaran Amerika Latin dan Asia serta tempat ke-4 di wilayah Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA).

Menerusi kelebihan seperti keandalan, kefleksibelan dan penjimatan tenaga, UPS modular beransur-ansur menjadi tumpuan pasaran. Seperti yang disebutkan dalam Laporan berkenaan, teknologi UPS Modular menyumbang sebanyak 12.2% daripada pasaran perkakasan UPS. Menjelang tahun 2024, proposisi ini dijangka mencecah 13.3%. Antara 9 entiti yang utama, KEHUA merupakan salah satu daripada tiga syarikat yang telah memperluaskan kehadiran pasaran.

Perubahan Berbanding Tahun Sebelumnya (YoY) Bahagian Pasaran Pembekal UPS Modular Dunia
Perubahan Berbanding Tahun Sebelumnya (YoY) Bahagian Pasaran Pembekal UPS Modular Dunia

Prestasi KEHUA boleh diringkaskan kepada pelaburan berterusan olehnya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Syarikat ini telah melakar beberapa pencapaian teknologi yang penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Januari 2021, KEHUA melancarkan UPS modular 125kW yang pertama di dunia, menonjolkan tahap R&D yang baharu untuk UPS. Sebagai jenama UPS yang terkemuka di dunia, syarikat ini menunjukkan pengaruh yang kuat dalam lebih daripada 100 negara dan wilayah.

Di samping itu, KEHUA telah membina tujuh pusat data dibina sendiri di bandar-bandar seperti Beijing, Shanghai dan Guangzhou yang meliputi kawasan melebihi 23,000m2 dengan lebih daripada 28,000 kabinet.

Agar dapat beradaptasi dengan lebih baik terhadap trend pasaran UPS modular, KEHUA akan terus membangunkan teknologi canggih dan meningkatkan daya saing teknologi terasnya. Mendukung piawaian keselamatan dan keandalan yang ketat, KEHUA akan menawarkan penyelesaian yang lebih andal, cekap dan berkualiti tinggi untuk pembinaan IDC dalam era digital.

 

Latar Belakang KEHUA

Ditubuhkan pada tahun 1988 dan didagangkan secara terbuka pada tahun 2010, KEHUA ialah pakar penukaran kuasa yang utama dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian termaju dalam Kuasa Kritikal, Tenaga Boleh Diperbaharui dan Infrastruktur Awan. Perniagaannya melibatkan UPS, penyongsang solar, penyimpanan tenaga, pembinaan IDC serta O&M.

Untuk maklumat lanjut:
Web: www.kehua.com 
Emel: marketing@kehua.com
Nama: Jon Zhang
Tel: +86 (0592) 516 5883

 

 
Source: Kehua Data Co. , Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:002335
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Oil/Energy Utilities