omniture

Penyedia Perabot Ruang Kerja Moden, Sunon, Lancar Laman Sesawang Berwajah Baharu

Sunon Furniture
2021-04-06 07:51 912

HANGZHOU, China, 6 April 2021 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian ruang kerja yang terkemuka, Sunon Furniture, baru-baru ini melancarkan laman sesawang baharu mereka selepas berbulan-bulan melakukan kerja-kerja perancangan semula. Antara muka minimalis-moden yang dikemas kini mencerminkan dengan lebih baik visi jenama bertumpu reka bentuk syarikat ini, bagi menjadikan maklumat mengenai produk, penyelesaian dan trend lebih mudah diakses oleh pelanggan semasa dan akan datang.

Sunon New Website
Sunon New Website

Mempunyai navigasi yang diperkemas dan reka bentuk responsif baik untuk pengguna komputer meja mahupun mudah alih, susun atur laman sesawang tersebut telah diperbaharui sepenuhnya. Sebilangan besar daripada ciri-ciri baharu termasuk bar carian pintar dan tiga bahagian laman sesawang baharu: Penyelesaian, Sumber dan Inspirasi telah ditambah agar pengguna boleh mencari dengan tepat apa sebenarnya yang diperlukan oleh mereka.

"Kami teruja kerana berupaya menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan bernilai kami. Melalui integrasi pelengkap pengalaman dalam talian dan luar talian kami yang lebih besar, kami berharap agar pelanggan menyedari bahawa kami sentiasa berada di sini dan prihatin akan keperluan mereka," kata Pengarah Urusan Pusat Perniagaan Antarabangsa Sunon, Cindy Shi.

"Tatkala Sunon berkembang secara global, kami faham bahawa orang ramai di wilayah berbeza mempunyai persamaan dan juga perbezaan. Bagi kami, 'berkembang secara global' bererti belajar untuk 'berkembang secara setempat'. Pemahaman ini dapat dilihat melalui tumpuan kami dalam menyediakan khidmat pelanggan yang luar biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini," tambah beliau. Pada masa depan, Sunon akan menumpukan perhatian pada pasaran tertentu dengan reka bentuk yang bersifat manusiawi dan produk berkualiti tinggi dengan perkhidmatan setempat bagi memperoleh lebih kehadiran dalam arena global.

Sebagai pembekal penyelesaian pejabat yang terkemuka, Sunon menggalas tanggungjawab untuk peranannya sebagai warga global yang positif dan mencapai pertumbuhan melalui amalan berterusan -- setiap satu daripada perabotnya direka bentuk dengan mengutamakan elemen alam sekitar. Dengan mengambil kira impak daripada pelbagai bahan dan sumber, Sunon membuat pilihan yang mesra alam apabila mereka bentuk produk baharu serta meninjau peluang untuk meningkatkan produk sedia ada.

Melalui usaha yang berterusan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), bahan-bahan mesra alam yang berkualiti tinggi seperti cat bawaan air, kain felt PET dikitar semula dan gam PUR telah digunakan dalam pembuatan perabot. Selain itu, semua produk dipakejkan dalam bahan-bahan kitar semula. Ketika ini, Sunon mendukung dua piawaian yang paling ketat di dunia untuk impak terhadap alam sekitar, Green guard dan FSC.

Proses pembuatan juga berciri mesra alam. Barisan pengeluaran Sunon berupaya untuk menghapuskan bahan buangan, mengurus penggunaan air dan tenaga dengan berkesan dan mengutamakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti kuasa solar dan angin. Sistem rawatan gas lepas tersuai digunakan untuk mencegah gas yang dikeluarkan daripada merosakkan alam sekitar. Bagi haba sisa, ia dipulihkan oleh pemampat udara yang kemudiannya digunakan dalam proses pengeringan produk dan pusat mandi. Pendekatan yang peka terhadap alam sekitar ini memainkan peranan dalam misi Sunon untuk 'Berkembang Secara Global, Bertindak Secara Tempatan'; memastikan agar dari awal hingga akhir, syarikat sedar akan kedudukannya di dunia dan berusaha untuk memberi impak positif.

Latar Belakang Sunon

Ditubuhkan pada tahun 1991, Sunon telah meningkat naik ke kedudukan peneraju global dalam segmen perabot ruang kerja. Susulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) intensif dan penyelesaian reka bentuk termaju, Sunon menjadi pengeluar yang menonjol dalam sektor reka bentuk ruang kerja. Sehingga kini, Sunon telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih 160 pelanggan fortune 500 global, termasuk Google, Coca Cola, WeWork, Alibaba, Siemens, Huawei, antara lain.

Ketahui lebih lanjut: https://www.sunonglobal.com/

Source: Sunon Furniture
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Environmental Products & Services Furniture & Furnishings Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Real Estate