omniture

IMA Keluarkan Kajian mengenai Penyelesaian Berasaskan Awan dalam Era COVID-19

Penyesuaian Segera Mempengaruhi Usaha Transformasi Jangka Panjang
Institute of Management Accountants (IMA)
2021-04-07 06:40 122

SINGAPURA, 7 April 2021 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants) mengeluarkan satu laporan baharu hari ini mengenai sejauh mana penyesuaian dalam tempoh jangka pendek yang berpunca daripada pandemik COVID-19 dapat mempercepatkan transformasi kewangan berhubung dengan pelaporan korporat. "Building Financial Reporting Resilience through Collaborative Cloud-Based Solutions" ("Membina Ketahanan Pelaporan Kewangan melalui Penyelesaian Berasaskan Awan Kolaboratif") mendapati bahawa meskipun platform pelaporan kewangan berasaskan awan baharu yang menjimatkan masa ini diberi keutamaan yang agak rendah untuk organisasi-organisasi sebelum pandemik, minat terhadap ketangkasan dan kelangsungan kerja jarak jauh yang berpotensi – termasuk proses kawalan dan pengawasan – membawa pertimbangan yang baharu terhadap sistem-sistem ini.

Kira-kira 200 ahli profesional pelaporan kewangan disoal selidik mengenai keinginan mereka terhadap penyelesaian berasaskan teknologi yang lebih sofistikated bagi mempercepatkan langkah-langkah akhir pelaporan kewangan yang memakan masa.

"Walaupun banyak syarikat menggunakan sistem sofistikated untuk mengesan urus niaga yang banyak dan berulang, selain mengumpul data daripada pelbagai sistem dan lembaran sebaran, usaha menghimpunkan data ini dan menghasilkan laporan sebenar masih lagi terlalu bergantung pada memperkemas, menstrukturkan dan memperkaya data potong dan tampal pada lembaran sebaran," kata Conor O'Kelly, Pengarah Kanan Pelaporan Berkanun di Workiva dan penulis bersama laporan tersebut. "Ini tidak diperlukan apabila penyelesaian yang tepat tersedia bagi memudahkan proses."

Walaupun yakin dengan keupayaan mereka untuk menyelesaikan tugas menerusi teknologi semasa, krisis COVID-19 mendorong segelintir ahli profesional pelaporan kewangan untuk memikirkan kembali keperluan teknologi mereka.

"Pasukan kewangan korporat dan perakaunan terus bersaing dengan jabatan-jabatan lain untuk sistem teknologi baharu," kata Shari Littan, Pengarah Penyelidikan dan Dasar Pelaporan Korporat IMA dan penulis bersama laporan berkenaan. "Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat boleh mendapat manfaat dengan mempertimbangkan teknologi untuk dunia pasca-pandemik. Pelaburan dapat memberi kebebasan kepada ahli-ahli pasukan pelaporan kewangan yang berpengalaman dan berbakat yang dapat memanfaatkan diri mereka untuk tugas-tugas yang lebih bernilai tambah."

Dapatan penting daripada laporan tersebut termasuk:

  • Responden menunjukkan bahawa sebelum pandemik, organisasi-organisasi korporat masing-masing meletakkan keutamaan yang agak rendah terhadap penyelesaian pelaporan kewangan berasaskan teknologi. Dua pertiga menunjukkan bahawa mereka berada di belakang pasukan dalaman lain menerusi persaingan dalam mendapatkan sumber.
  • Sekitar 30% menunjukkan minat terhadap penyelesaian berasaskan teknologi untuk pelbagai aktiviti berkisarkan pendokumentasian proses kajian semula pengurusan dan aspek penilaian.
  • Kira-kira 1 dalam 5 responden mengubah keutamaan atau belanjawan mereka terhadap penyelesaian pelaporan korporat berasaskan teknologi bagi tahun 2021 dan menuju tempoh pasca-pandemik.
  • Responden lebih memilih penyelesaian baharu untuk dua aspek: pemilikan dan penggantian kawalan serta penilaian jangkaan hasil. Responden daripada syarikat-syarikat swasta menunjukkan minat yang lebih tinggi terhadap penyelesaian berkisarkan proses perakaunan yang memerlukan anggaran dan penyusunan data.

"Kami telah dapat melihat langkah yang jelas oleh pasukan kewangan korporat bagi mempercepatkan tadbir urus korporat dan proses pelaporan kewangan ke platform kolaborasi berasaskan awan sejak 12 bulan yang lalu demi memudahkan kerja-kerja yang rumit," tambah O'Kelly.

Untuk membaca laporan penuh, kunjungi di sini.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA® ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program U.S. CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. Dinamakan sebagai Badan Profesional Tahunan sebanyak dua kali oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih daripada 125,000 ahli dalam 150 negara dan 350 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut mengenai IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

 

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research