omniture

SANY Berada Di Landasan - Sorotan utama daripada Laporan Tahunan 2020 SANY

SANY Group
2021-04-07 19:23 21

BEIJING, 7 April 2021 /PRNewswire/ -- SANY Heavy Industry mengeluarkan laporan tahunan 2020nya. Tahun lalu, jumlah hasil jualan SANY mencecah 15.14 bilion USD dengan pertumbuhan sebanyak 31.29% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah aset meningkat kepada 19.25 bilion USD manakala aset bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham daripada syarikat awam mencecah 8.62 bilion USD.

Pertumbuhan berterusan dalam kecekapan teras 

Laporan tersebut mendedahkan bahawa mesin pengorek SANY mencapai hasil jualan sebanyak 5.721 bilion USD, satu peningkatan sebanyak 35.85% berbanding tahun sebelumnya, menduduki kedudukan teratas dalam pasaran Cina selama 10 tahun berturut-turut. Pengeluaran mesin pengorek pada tahun 2020 melebihi 90,000 unit, iaitu jumlah terbanyak antara semua pengeluar di seluruh dunia. Sementara itu, jentera konkrit SANY mengekalkan kedudukannya sebagai jenama yang terkemuka di dunia dengan hasil jualan mencecah 4.124 bilion USD, satu peningkatan sebanyak 16.6% berbanding tahun sebelumnya manakala jentera pengangkat SANY, jenama unggul di China, mencecah hasil jualan sebanyak 2.959 bilion USD, satu peningkatan sebanyak 38.84% berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, jentera penghentak SANY berkembang hasil jualannya sebanyak 41.9% berbanding tahun sebelumnya kepada 1.04 bilion USD, lalu mengekalkan kedudukannya sebagai jenama unggul di China. Bagi jentera jalan raya, hasil jualan meningkat sebanyak 30.59% kepada 430 juta USD, dengan bahagian pasaran domestik penurap SANY mengekalkan kedudukan nombor satu manakala perata dan penggelek menikmati peningkatan yang jelas.

Peningkatan kapasiti operasi

Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham mencecah 2.35 bilion USD, mencapai pertumbuhan 36.25% berbanding tahun sebelumnya. Kos tempoh, termasuk penjualan, pentadbiran, penyelidikan dan pembangunan serta urusan kewangan, menurun sebanyak 1.84%. Syarikat ini mengambil langkah-langkah yang kukuh untuk meningkatkan keupayaan pengurusan risikonya memandangkan nisbah pinjaman tertunggak terus menurun dan aliran tunai meningkat sebanyak 12.45% kepada 2.04 bilion USD. Meskipun pusing ganti inventori adalah 4.17 kali/tahun pada 2020, 0.23 lebih banyak daripada tahun 2019, pusing ganti belum terima menurun kepada 80 hari daripada 120 hari pada tahun 2019.

Kemajuan dalam transformasi digital 

Antara kilang-kilang utama SANY, teknologi seperti pengecaman penglihatan, simulasi proses dan robot tugas berat diaplikasikan secara meluas bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos tenaga kerja. Tahap penyeragaman, pendigitan, pengautomatan dan kecerdasan meningkat dengan ketara dalam proses perniagaan utama. Perisian opeasi bersepadu diperkenalkan bagi menghubungkan semua pautan dalam perniagaan termasuk pembuatan, rantaian bekalan, perolehan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran dan penjualan. Sepuluh produk berkuasa elektrik baharu telah dikeluarkan daripada barisan pengeluaran termasuk mesin pengorek, kren, trak pengadun, trak pembuang dan jentera jalan raya. Teknologi pandu kendiri, kawalan jarak jauh, operasi pintar, analisis data raya dan 5G menjadi elemen baharu dalam reka bentuk produk.

Langkah-langkah pengantarabangsaan

Tahun 2020, tahun yang dilanda pandemik, menyaksikan pengurangan sebanyak 27% dalam pasaran global untuk jentera pembinaan. Namun begitu, perniagaan global SANY mengekalkan pertumbuhan yang stabil dalam konteks pandemik ini, mencapai peningkatan jualan 3% berbanding tahun sebelumnya melebihi 2.4 bilion USD. Pertumbuhan utama sebanyak lebih 30% dilihat dalam bahagian pasaran luar negara bagi mesin pengorek SANY terutamanya di Amerika Utara, Eropah, India dan Asia Tenggara. Kemajuan dibuat dalam pembangunan saluran pasaran luar negara, keupayaan perkhidmatan luar negara, jaringan wakil penjual global serta sistem perkhidmatan dan bekalan alat ganti luar negara.

SANY Berada Di Landasan - Sorotan utama daripada Laporan Tahunan 2020 SANY
SANY Berada Di Landasan - Sorotan utama daripada Laporan Tahunan 2020 SANY

Keputusan luar biasa dalam R&D serta inovasi 

Dasar insentif diperkenalkan bagi memudahkan inovasi teknikal terhadap semua barisan produk. Pada tahun 2020, pelaburan R&D meningkat sebanyak 33.2% kepada 954 juta USD, menyumbang sebanyak 6.3% daripada jumlah hasil tahunan syarikat. Bilangan kakitangan R&D mencecah 5,346, meningkat 69% berbanding tahun 2019. Menjelang penghujung tahun 2020, SANY telah memohon untuk 10,278 paten dan diberi kebenaran untuk 7,613, lebih banyak daripada mana-mana syarikat tunggal lain di China pada tahun 2020. Beberapa produk baharu yang mewakili termasuk:

  • Mesin pengorek amat besar SY870, SY980 dan SY1250
  • Barisan produk mesin pengorek pintar generasi baharu
  • Kren perangkak 4,000 t SCC40000A

Menuju ke hadapan, SANY kekal komited terhadap motonya, "Kualiti mengubah dunia". SANY akan berusaha sehabis daya untuk meningkatkan nilai buat pelanggan melalui jenama, produk, pemasaran dan perkhidmatannya serta akan terus mempertahankan kedudukannya dalam pasaran antarabangsa yang sangat berdaya saing. Semua eksekutif dan kakitangan SANY akan terus berusaha sedaya upaya bagi menjadikan SANY sebagai peneraju yang bertaraf dunia dalam industri pembuatan.

Source: SANY Group
Keywords: Banking/Financial Service Transportation Earnings Sales reports