omniture

JS Global Lifestyle Keluarkan Keputusan Kewangan 2020, Keuntungan Melonjak Hampir Empat Kali Ganda

JS Global Lifestyle Company Limited
2021-04-08 13:27 237

HONG KONG, 8 April 2021 /PRNewswire/ -- JS Global Lifestyle Company Limited ("JS Global" atau "Syarikat"; Hong Kong: 1691), pengeluar yang terkemuka bagi perkakas rumah kecil mengeluarkan keputusan kewangannya bagi tahun 2020. Biarpun dengan impak buruk akibat wabak COVID-19, Syarikat berkenaan mencapai prestasi yang kukuh pada tahun 2020, didorong oleh keputusan yang positif daripada pengembangan antarabangsanya dan pelancaran produk baharu.

Pada tahun 2020, JS Global melaporkan jumlah hasil mencecah hampir $US4.2 bilion, meningkat 39.1% berbanding tahun sebelumnya dan ia mencatatkan keuntungan kasar kira-kira sebanyak $US1.74 bilion, meningkat 54.7% berbanding tahun sebelumnya. Tahun lalu, Syarikat ini mencatatkan margin keuntungan kasar sebanyak 41.5%, satu peningkatan ketara sebanyak 4.1 mata peratusan daripada 37.4% pada tahun 2019.

Sementara itu, keuntungan bersih Syarikat pada tahun 2020 berkembang sebanyak 372.2% berbanding tahun sebelumnya kepada kira-kira $US402.3 juta manakala keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat induk meningkat kira-kira sebanyak 718.1% berbanding tahun sebelumnya kepada kira-kira $US344.4 juta.

Lonjakan keuntungan didorong terutamanya oleh pertumbuhan hasil yang mantap yang dihasilkan dalam pasaran domestik mahupun luar negara, serta kejayaan pelancaran siri produk baharu Syarikat pada tahun lalu.

Bersama-sama subsidiari-subsidiarinya, JS Global beroperasi melalui dua segmen perniagaan. Segmen SharkNinja memfokuskan jenama-jenama Shark dan Ninja yang menampilkan perkakas persekitaran rumah dan peralatan dapur yang dijual di Amerika Utara, Eropah dan Jepun, antara lain. Segmen Joyoung menawarkan perkakas rumah kecil yang memfokuskan peralatan dapur dan perkakas mencuci terutamanya di China.

Pengembangan antarabangsa yang mantap 

Pada tahun 2020, berhubung dengan pertumbuhan melalui jaringan jualannya, JS Global memberi tumpuan untuk berkembang ke peringkat antarabangsa, meningkatkan selanjutnya pertumbuhan di U.K. dan Jepun. Ia juga berjaya memasuki pasaran Jerman dan Perancis serta mula bekerjasama dengan peruncit-peruncit utama di negara-negara ini untuk membolehkan produk-produk tersebut ditempatkan melalui pasukan jualan tempatan.

Hasil JS Global yang dijana daripada jualan di Amerika Utara berjumlah $US2.21 bilion pada tahun 2020, satu peningkatan kira-kira daripada $US1.46 bilion pada tahun 2019. Pertumbuhan di Amerika Utara didorong terutamanya oleh kejayaan pelancaran siri produk baharu seperti siri peralatan memasak Ninja Foodi™ dan perkakas mencuci Shark. Syarikat ini mengambil peluang trend menukar tabiat membeli belah pengguna semasa pandemik ini dan meningkatkan pelaburannya dalam saluran e-dagang yang menyaksikan pertumbuhan signifikan.

Memandangkan keutamaan pembelian pengguna beralih daripada saluran luar talian kepada dalam talian, proposisi jualan pada platform dalam talian peruncit dan yang dikhususkan hanya untuk saluran dalam talian meningkat. Ini memperkukuh pendekatan omnisaluran JS Global terhadap pengedaran, bagi memastikan bahawa ia dapat menyokong permintaan pengguna yang kekal kukuh ekoran peningkatan penggunaan produk memasak dan mencuci yang didorong oleh 'ekonomi duduk di rumah' yang terhasil daripada pandemik ini.

Di samping itu, tahun lalu perniagaan Eropah Syarikat ini mencatatkan hasil kira-kira sebanyak US$451.3 juta, meningkat daripada $US221.7 juta pada tahun 2019. Pertumbuhan hasil yang mantap di Eropah didorong terutamanya oleh bahagian pasaran vakum tanpa wayar dan berwayar yang terus meningkat di U.K. Syarikat ini berjaya memperoleh penempatan produk tambahan di peruncit-peruncit utama di U.K. dan ia telah melancarkan siri produk Ninja Foodi™ dalam pasaran Eropah yang turut menyumbang kepada pertumbuhan berkenaan.

Perniagaan berkembang maju di China

Hasil yang dijana daripada jualan di China mencecah hampir $US1.44 bilion pada tahun 2020, meningkat daripada $US1.27 bilion pada tahun 2019. Pertumbuhan jualan didorong terutamanya oleh pelancaran siri produk baharu yang popular sebagai tindak balas kepada permintaan oleh pengguna terhadap kesihatan dan memasak di rumah semasa wabak dan penerokaan Syarikat terhadap saluran jualan dan komunikasi baru muncul seperti peruncitan baharu dan strim langsung dalam talian.

Pada tahun 2020, segmen Joyoung yang beroperasi terutamanya di China, mencapai pertumbuhan hasil yang stabil dengan memanfaatkan kekuatan Syarikat dalam pemasaran digital, membeli belah strim langsung serta mengoptimumkan kecekapan operasi.

Menuju ke hadapan 

JS Global komited untuk memacu pertumbuhan jangka panjang yang berterusan dan mengukuhkan kedudukan pasaran sebagai peneraju global dalam perkakas rumah kecil melalui jaringan jualan dan pengembangan produk. Syarikat ini merancang untuk mendorong selanjutnya sinergi antara segmen Joyoung dan segmen SharkNinja baik dari segi bahagian kos mahupun bahagian jualan.

Di samping itu, JS Global merancang untuk berkembang ke dalam kategori produk baharu termasuk kategori penjagaan peribadi dan pembersih udara. Ia juga akan terus membangunkan portfolio dalam kategori-kategori sedia ada termasuk produk peralatan memasak tambahan, produk baharu dalam siri Ninja Foodi™ dan siri baharu vakum tanpa wayar.

Latar Belakang JS Global 

JS Global Lifestyle Company Limited (Hong Kong: 1691) ialah pengeluar yang terkemuka di dunia bagi perkakas rumah kecil. Ia menduduki tempat kelima di seluruh dunia dalam industri perkakas rumah kecil dan ketiga antara syarikat-syarikat berfokuskan perkakas rumah kecil. Ia mengendalikan terutamanya tiga jenama utama: Shark, Ninja dan Joyoung. Kejayaan syarikat ini bertumpu sekitar pemahamannya yang mendalam mengenai keperluan pengguna dan dibina berasaskan inovasi produk dan keupayaan reka bentuk yang mantap dikuasakan oleh platform penyelidikan dan pembangunan global, kekuatan pemasaran yang memacu penglibatan jenama yang tinggi dan liputan pengedaran omnisaluran dengan penembusan yang tinggi.

 

Source: JS Global Lifestyle Company Limited
Related Stocks:
HongKong:1691
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings