omniture

CIFF Guangzhou Hubungkan 357,809 Pengunjung dengan 4,000 Jenama Berkualiti

China International Furniture Fair (Guangzhou)
2021-04-08 15:35 240

GUANGZHOU, China, 8 April 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) ("CIFF Guangzhou") melabuhkan tirai edisi ke-47nya yang amat berjaya pada 31 Mac. Diadakan selama lapan hari, merentas ruang pameran berkeluasan 750,000 meter persegi, edisi ke-47 CIFF Guangzhou menerima 4,000 pempamer dan lebih 357,809 pengunjung, satu peningkatan sebanyak 20.17% berbanding dengan edisi sebelum pandemik pada tahun 2019. Dalam masa yang sama, platform pameran dalam talian CIFF memperoleh lebih 7.6 juta tontonan.

CIFF Guangzhou Connects 357,809 Visitors with 4,000 Quality Brands
CIFF Guangzhou Connects 357,809 Visitors with 4,000 Quality Brands

CIFF Guangzhou menghimpunkan jenama-jenama dan para hadirin daripada huluan dan hiliran industri dengan berpuluh-puluh pameran serta forum bertema terkini, bermula daripada reka bentuk berkualiti tinggi dan gaya terkini sehinggalah trend bahan dan teknologi pintar. Memfokuskan rantaian bekalan penuh bermula daripada reka bentuk hingga pembuatan dan pengguna, pameran ini meliputi pelbagai segmen: perabot rumah, hiasan rumah dan tekstil rumah, santai luar rumah, perabot pejabat, jentera perabot dan bahan mentah.

"Keperluan dan kehendak industri perabot telah berkembang dalam konteks pandemik. Atas sebab inilah pada tahun ini, CIFF Guangzhou mempromosikan nilai reka bentuk asli dan dalam masa yang sama mencipta model perniagaan yang dinaik taraf yang sesuai dengan keadaan terkini. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kualiti sekali gus mengekalkan kestabilan, memupuk inovasi reka bentuk, menghubungkan pasaran domestik yang luar biasa dengan peluang eksport, mengukuhkan rantaian industri serta meningkatkan perkhidmatan digital," kata Xu Bing, Timbalan Pengarah China Foreign Trade Center.

Awal tahun ini, CIFF Guangzhou melancarkan strategi penyusunan semula yang berasaskan "trend reka bentuk, perdagangan global, rantaian bekalan penuh" yang menonjolkan peranan reka bentuk asli dalam industri perabot. Ia mengundang penggiat reka bentuk yang terkenal dari seluruh negara untuk mengambil bahagian dalam pameran ini dan menganjurkan beberapa pameran dan acara dengan tema berkaitan reka bentuk seperti CIFF Design Spring, CMF Trend LAB dan D2M Lab. Memanfaatkan sepenuhnya kelebihan platform pamerannya, CIFF Guangzhou mengukuhkan hubungan antara pempamer dan pereka terkemuka menerusi pelbagai aktiviti dalam bentuk yang berbeza.

Dalam usaha untuk memperkasa dan mengukuhkan kerjasama rentas sempadan, CIFF Guangzhou menganjurkan pelbagai forum dan acara bagi meninjau peluang perdagangan. Di samping itu, CIFF turut mengadakan mesyuarat dalam talian untuk pembeli luar negara pada tahun ini, mewujudkan penghubung berasaskan awan untuk pempamer berhubung dengan peniaga luar negara yang tidak dapat menghadiri sendiri dan berkongsi peluang pembangunan domestik serta antarabangsa. Dengan mengintegrasikan rantaian bekalan penuh dan memanfaatkan sumber omnisalurannya, CIFF Guangzhou menyokong industri perabot dunia bagi menerima inovasi dan pembangunan dalam era pasca-pandemik.

CIFF Guangzhou Connects 357,809 Visitors with 4,000 Quality Brands
CIFF Guangzhou Connects 357,809 Visitors with 4,000 Quality Brands

 

Source: China International Furniture Fair (Guangzhou)
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news