omniture

Shanghai Electric Keluarkan Keputusan Tahunan 2020 dan Buka Laluan untuk Masa Depan Neutral-Karbon

Shanghai Electric
2021-04-08 23:58 150

SHENZHEN, China, 8 April 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Syarikat") (SEHK: 02727, SSE: 601727), pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi peralatan penjanaan kuasa elektrik, peralatan industri dan perkhidmatan integrasi, mengeluarkan keputusan diaudit bagi tahun fiskal berakhir pada 31 Disember 2020.

Pada tahun 2020, Syarikat mencapai jumlah hasil sebanyak RMB 137.285 bilion, satu peningkatan sebanyak 7.67% berbanding tahun sebelumnya dan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemilik Syarikat meningkat 7.34% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB 3.758 bilion. Pesanan baharu meningkat kepada RMB 185.55 bilion manakala pesanan yang tersedia meningkat kepada RMB 276.09 bilion, masing-masing meningkat 8.7% dan 14.7% berbanding tahun sebelumnya. Syarikat bercadang untuk membayar dividen akhir sebanyak RMB 0.7178 bagi setiap sepuluh saham.

Biarpun dengan cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19, Shanghai Electric mencapai keputusan cemerlang dengan mengurangkan impak merentasi pelbagai segmen perniagaan. Segmen Perniagaan Peralatan Tenaga mengekalkan prestasi yang stabil dan mencapai hasil sebanyak RMB 55.96 bilion — meningkat 21.8% berbanding tahun sebelumnya yang sebahagian besarnya disebabkan oleh pertumbuhan pesat perniagaan turbin angin dan komponen. Syarikat turut meningkatkan hasil daripada Segmen Perniagaan Perkhidmatan Bersepadunya yang merangkumi Kejuruteraan Tenaga dan Perkhidmatan, Kejuruteraan  dan Perkhidmatan Alam Sekitar, Kejuruteraan dan Perkhidmatan Automasi, perkhidmatan Internet Industri, Perkhidmatan Kewangan, Perkhidmatan Perdagangan Antarabangsa dan banyak lagi. Segmen ini meningkat 17.9% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB 52.232 bilion, dengan kenaikan dipacu oleh pertumbuhan yang dipercepatkan dalam Kejuruteraan dan Perkhidmatan Tenaga.

Dalam masa yang sama, Shanghai Electric mengambil langkah-langkah yang penting dalam pembaharuan mekanisme institusi, pembangunan teknologi bersepadu, pelaburan dalam penyelesaian saintifik dan inovasi, pembangunan penyelesaian pintar dan pembinaan Platform SEunicloud Internet Industrinya — lantas melakar kemajuan yang stabil dalam perjalanan untuk menjadi sebuah perusahaan bertaraf dunia.

Pada tahun 2020, Syarikat berjaya mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Penyenaraian Bursa Saham Shanghai untuk menyenaraikan subsidiarinya, Shanghai Electric Wind Power Group Co., Ltd. ("SEWP") dalam Papan Inovasi Sains dan Teknologi serta menyelesaikan pembangunan pemilikan bercampur Shanghai Renmin Electrical Apparatus Works (SREAW) dan Shanghai Centrifuge Institute Co., Ltd. Di samping itu, bagi tujuan memacu penggunaan tenaga baharu dan mencapai pembangunan mesra alam serta lestari, Shanghai Electric secara proaktif mempromosikan transformasi tenaga dan perkhidmatan tenaga komprehensifnya yang merangkumi "angin, solar, hidro, terma dan integrasi penyimpanan" serta "sumber, grid, beban dan integrasi penyimpanan tenaga". Syarikat turut meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan berjaya melancarkan projek turbin angin permulaan gelap (black start) pertama di dunia dengan kapasiti melebihi 5MW — mewujudkan keupayaan teknologi yang lengkap untuk penyelesaian tenaga pintar.

Komited untuk mengusahakan penyimpanan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, Shanghai Electric secara rasmi melancarkan pelbagai penyelesaian pintar sepanjang tahun 2020. Tahun lalu, Syarikat memulakan operasi tapak industri bateri litium Shanghai Electric Guoxuan Nantong serta projek Tenaga Pintar solar-angin bersepadunya di Zon Perindustrian Minhang Shanghai serta stesen janakuasa penyimpanan tenaga Shanghai Electric Golmud Meiman Minhang di Bandar Golmud, Wilayah Qinghai.

Shanghai Electric menambah hampir 30,000 peranti baharu pada platform internet industri "SEunicloud" miliknya pada tahun fiskal 2020 dengan nilai aset berjumlah RMB 24.7 bilion. Syarikat turut membangunkan dan mengintegrasikan 15 aplikasi industri bermula daripada perangkaian peralatan dan diagnosis kesalahan sehinggalah perancangan tenaga. Dalam masa yang sama, Shanghai Electric membangunkan lapan penyelesaian industri awal termasuk operasi dan penyelenggaraan pintar kuasa angin, operasi dan penyelenggaraan jarak jauh kuasa terma, operasi dan penyelenggaraan alat mesin, bateri penyimpanan tenaga dan tenaga teragih.

Memandang ke hadapan, Shanghai Electric akan terus melaksanakan falsafah pembangunan "tiga langkah ke hadapan" dengan orientasi ke arah strategi, penyelesaian masalah dan keputusan. Syarikat akan terus membangunkan perkhidmatan tenaga pintar komprehensifnya dalam usaha untuk menggiatkan industri menuju masa depan digital, terhubung dan pintar. 

 

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Utilities Earnings