omniture

TMRW lancar TMRW Creators Camp bantu milenial yang berminat dengan penciptaan kandungan jadikan masa depan milik mereka

United Overseas Bank
2021-04-09 17:46 304

BANGKOK, 9 April 2021 /PRNewswire/ -- TMRW by UOB, bank khusus mudah alih yang pertama untuk generasi digital ASEAN, telah melancarkan 'TMRW Creators Camp' bagi melengkapkan golongan milenial dengan kemahiran dan pengetahuan dalam usaha memajukan kerjaya impian mereka sebagai pencipta kandungan.

En. Natee Srirussamee, Ketua Digital Runcit, UOB Thailand
En. Natee Srirussamee, Ketua Digital Runcit, UOB Thailand

TMRW, dengan kerjasama RAiNMaker, iaitu komuniti pencipta kandungan terkemuka di Thailand, dan a day magazine, penerbit kandungan terkini di Thailand, akan menganjurkan beberapa bengkel latihan mengenai penciptaan kandungan digital mulai Mei hingga Jun 2021. TMRW Creators Camp terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburi kerjaya sebagai pencipta kandungan profesional. Pemohon mesti mempunyai saluran YouTube atau Facebook mereka sendiri dengan sekurang-kurangnya 1,000 pengikut.

Encik Natee Srirussamee, Ketua Digital Runcit, UOB Thailand, berkata, "Sebagai bank mudah alih semata-mata yang direka khusus untuk generasi digital ASEAN, matlamat kami dari awal lagi adalah untuk sentiasa menyokong aspirasi pelanggan kami. Bermula daripada penyelesaian kewangan pintar sehinggalah inisiatif seperti TMRW Creators Camp, kami ingin memberi dorongan kepada pelanggan kami ke arah pencapaian cita-cita mereka.  

"Memandangkan pengguna Thai meluangkan hampir tiga jam secara purata di saluran media sosial seperti YouTube, Instagram dan TikTok[1], dan bahawa semakin banyak syarikat dan perniagaan kini mengalihkan perbelanjaan pengiklanan ke saluran digital[2], kerjaya sebagai pencipta kandungan digital mampu menjadi kerjaya yang dinamik dan mampan. Melalui TMRW Creators Camp, kami berharap para peserta dapat membangunkan atau meningkatkan kemahiran digital selain belajar cara yang lebih baik untuk melibatkan penonton supaya berjaya dalam laluan kerjaya pilihan mereka."

Permohonan untuk menyertai TMRW Creators Camp dibuka mulai 1 April hingga 20 April 2021. Pemohon perlu menghantar video pendek memperkenalkan diri mereka dan sebab mereka ingin menyertai TMRW Creators Camp ke laman web TMRW.

Sehingga 100 pemohon yang berjaya akan dijemput menghadiri empat bengkel maya yang merangkumi beberapa elemen utama dalam penciptaan kandungan digital seperti penceritaan, kreativiti dalam kandungan, penciptaan kandungan video dan pelaksanaan strim langsung. Peserta perlu menghadiri semua bengkel dan menyiapkan semua tugasan mengenai topik yang diberikan. Bengkel tersebut akan dihoskan oleh pencipta kandungan terkenal di Thailand seperti Aou Spin9, Ayashi Channel, Boom Tharis, Cee Chatpawee, Codie, Eddy, Ken Nakarin dan Softpomz.

Pada akhir keempat-empat bengkel tersebut, sepuluh finalis yang mendapat gred tertinggi dalam tugasan mereka berdasarkan kreativiti, keterlibatan dan kualiti pengeluaran, akan dijemput menyertai kelas pakar (masterclass). Dalam kelas pakar ini, mereka berpeluang untuk belajar daripada pencipta kandungan termasyhur seperti Nong Wongtanong, pengasas bersama a day magazine dan The Standard, Rawit Hanutsaha, usahawan berjaya di sebalik blog terkenal "Mission to the Moon", dan juga Suthichai Yoon, salah seorang wartawan terulung dan berpengaruh di Thailand.

Pemenang akan menerima wang tunai dan peralatan pengeluaran kandungan seperti kamera digital, komputer riba dan mikrofon tanpa wayar yang bernilai kira-kira 1 juta baht bagi membantu kerjaya penciptaan kandungan profesional mereka sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai TMRW Creators Camp dan kriteria permohonan, sila kunjungi www.tmrwbyuob.com/tmrwcreatorscamp dan halaman Facebook TMRW Thailand di https://www.facebook.com/tmrwthailand.

[1] Sumber: 'Digital 2020: Thailand', We Are Social and Hootsuite, 2020

[2] Perbelanjaan bagi pengiklanan digital di Thailand telah meningkat sebanyak dua digit sepanjang lima tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2020, Facebook mempunyai bahagian tertinggi dalam perbelanjaan pengiklanan (32 peratus), diikuti dengan YouTube (21 peratus). Sumber: Digital Advertising Association (Thailand), 2020

 

 

Source: United Overseas Bank
Related Stocks:
OTC:UOVEY Singapore:U11
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications New products/services Financial Technology