omniture

HUAWEI CLOUD Umum Rancangan Pelancaran Produknya pada 2021, Sediakan Awan Merata dan Kecerdasan buat Semua

HUAWEI CLOUD
2021-04-09 20:59 616

SHENZHEN, China, 9 April 2021 /PRNewswire/ -- Pada 8 April 2021, Sidang Kemuncak Teknologi Global HUAWEI CLOUD TechWave kali kedua, dengan tema, "Inovasi Inklusif", telahpun diadakan di Shenzhen. Peserta-peserta membincangkan mengenai teknologi canggih, termasuk teknologi natif-awan, awan teragih dan audio-video, berkongsi idea mengenai inovasi industri. Bruno Zhang, Ketua Pegawai Teknologi HUAWEI CLOUD, memperkenalkan penaiktarafan teknologi natif-awan tindanan penuh, rancangan pelancaran produk HUAWEI CLOUD 2021 dan portfolio produk awan teragih, bagi menyediakan awan merata dan kecerdasan buat semua.

"Pada penghujung tahun lalu, HUAWEI CLOUD melancarkan konsep dan penyelesaian Cloud Native 2.0 yang diiktiraf secara meluas oleh pelanggan dan rakan kongsi. Pada tahun 2021, HUAWEI CLOUD akan terus berinovasi dan menaik taraf keupayaan teknikal natif-awan tindanan penuh. Dengan menggabungkan teknologi natif-awan dan awan teragih, kami akan membantu perusahaan membawa keupayaan natif-awan tindanan penuh di mana sahaja ia diperlukan oleh perkhidmatan, menyediakan awan merata dan kecerdasan tindanan penuh," kata Bruno Zhang, Ketua Pegawai Teknologi HUAWEI CLOUD.

Bruno Zhang, Ketua Pegawai Teknologi HUAWEI CLOUD
Bruno Zhang, Ketua Pegawai Teknologi HUAWEI CLOUD

Jacqueline Shi, Presiden Jabatan Pemasaran dan Perkhidmatan Penjualan Global, Awan & AI, mengumumkan pelancaran Karnival Berorientasi Internet HUAWEI CLOUD antarabangsa. Karnival ini bermula di Shenzhen dengan sokongan teknikal dan kupon bernilai ¥100 juta sedia diberikan kepada perusahaan Internet dan natif-awan tempatan.

Karnival Berorientasi Internet HUAWEI CLOUD akan diadakan di seluruh dunia. Ia akan diadakan di 10 bandar di tanah besar Cina termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen serta bandar-bandar di Sichuan, Jiangsu, Fujian, Zhejiang, Hunan dan Hubei. Ia juga akan diadakan di Hong Kong, Singapura, Amerika Latin dan Afrika Selatan.

Mengumumkan Rancangan Pelancaran Produk Baharu pada 2021 bagi Menyediakan Perkhidmatan Awan Merata dan Kecerdasan

Di sidang kemuncak ini, HUAWEI CLOUD mengumumkan rancangan pelancaran produk baharu pada tahun 2021. HUAWEI CLOUD melancarkan portfolio produk awan teragih (termasuk Intelligent EdgeSite [IES]), 'compute instance' generasi seterusnya, Operator Service Center (OSC), SoftWare Repository for Container (SWR), Container Insight Engine (CIE), siaran langsung kependaman ultra rendah, tontonan percuma dan juga webinar awan. Berpuluh-puluh perkhidmatan dalam infrastruktur awan, pendayaan AI, pendayaan aplikasi, pendayaan data dan bidang audio-video akan turut dilancarkan.

HUAWEI CLOUD ialah yang pertama dalam industri ini yang menyediakan penyelesaian Cloud Native 2.0 dan terus menaik taraf keupayaan natif awan tindanan penuhnya. HUAWEI CLOUD dan China Academy of Information and Communications Technology (CAICT) bersama-sama mengeluarkan Kertas Putih Cloud Native 2.0, memudahkan kesejahteraan industri natif-awan. HUAWEI CLOUD dan rakan-rakan kongsi bersama-sama mengeluarkan OSC untuk melaksanakan tadbir urus seragam perkhidmatan natif-awan dalam seluruh kitaran hayat. CIE boleh menyemak kesihatan aplikasi secara menyeluruh. SWR dinaik taraf untuk menggunakan imej dengan pantas dan meluaskan perkhidmatan secara anjal.

"Dengan produk awan teragih, HUAWEI CLOUD menyampaikan keupayaan natif-awan tindanan penuh agar berada dekat dengan perkhidmatan dan menyokong semua senario, menyediakan awan merata dan kecerdasan tindanan penuh untuk perusahaan natif-awan baharu," kata Bruno Zhang, Ketua Pegawai Teknologi HUAWEI CLOUD.

HUAWEI CLOUD Gabungkan Awan Teragih dengan Teknologi natif-Awan Cipta Paradigma Baharu untuk Infrastruktur Awan

"Dengan menggabungkan teknologi awan teragih dengan natif-awan, HUAWEI CLOUD mencipta paradigma baharu untuk infrastruktur awan bagi membantu industri-industri menyempurnakan peralihan ke awan (cloudification) penuh dengan pantas dan memperoleh keupayaan kecerdasan tindanan penuh. Berdasarkan seni bina QingTian, kami menyediakan infrastruktur natif-awan yang cekap, tangkas dan terbuka. Bagi awan teragih, perkhidmatan dapat disampaikan di mana sahaja ia diperlukan. AI digunakan dalam seluruh proses perkhidmatan," kata Gao Jianghai, Presiden Perkhidmatan Infrastruktur HUAWEI CLOUD.

Portfolio produk awan teragih mengandungi infrastruktur awan teragih dan perkhidmatan awan. Kedua-dua bahagian ini berkolaborasi sepenuhnya untuk menawarkan perkhidmatan kepada banyak perusahaan Internet dan kerajaan serta perusahaan bersaiz besar dan sederhana. Infrastruktur awan teragih termasuk kawasan tengah, wilayah khusus, Intelligent EdgeCloud (IEC), digunakan di titik panas; Intelligent EdgeSite (IES), digunakan dalam bilik peralatan perusahaan; dan Intelligent EdgeFabric (IEF) yang menyokong pelbagai jenis peranti pinggir. Perkhidmatan awan teragih kolaboratif termasuk perkhidmatan awan, audio-video, data, AIoT dan perkhidmatan kolaborasi pejabat serta kerangka tadbir urus IT perusahaan seragam.

Kesemua ini membolehkan perusahaan untuk menggunakan awan teragih tunggal untuk semua senario perniagaan. Pengguna boleh mengakses rangkaian teragih dengan mudah dan selamat serta boleh menikmati pengalaman yang stabil dengan masa jalanan yang tekal. Pada awan merata, perusahaan boleh melaksanakan pengurusan yang ditambah baik dengan sistem pengurusan tunggal.

Perkhidmatan Video natif-Awan Tingkatkan Pengalaman Pengguna dan Percepat Inovasi

Banyak industri menaikkan keperluan yang tinggi untuk perkhidmatan awan video. Perkhidmatan video natif-awan dibangunkan bagi memenuhi keperluan sedemikian. Berdasarkan teknologi natif-awan dan menggabungkan pengalaman selama bertahun-tahun dengan perkhidmatan audio-video, HUAWEI CLOUD telah membina jenis rangkaian media audio-video baharu untuk perkhidmatan baharu yang inovatif, umpamanya, perkhidmatan audio-video masa sebenar, perkhidmatan siaran langsung kependaman-ultra-rendah dan webinar. Rangkaian baharu ini mempercepatkan inovasi perkhidmatan perusahaan dan penaiktarafan pintar.

"Perkhidmatan video natif-awan dicipta dan dibangunkan di awan dan mendapat manfaat daripada awan. Ciri-ciri perkhidmatan video natif-awan termasuk peralihan ke awan proses penuh, kecekapan sumber tinggi, SLA cemerlang dan integrasi AI. Mereka membawa pengalaman unggul dan mendorong inovasi dalam industri video," kata Xue Hao, Pengarah Jabatan Produk Ketersambungan dan Kolaborasi.

Inovasi Inklusif Percepat Penaiktarafan Pintar

Di sidang kemuncak tersebut, pelanggan Huawei termasuk Mengxiang Group, Chinafocus.net, Vanke dan Aixuexi berkongsi pengalaman mereka dengan inovasi dan penaiktarafan pintar berdasarkan HUAWEI CLOUD.

Mengxiang Group: Dengan menggunakan lebih daripada 50 perkhidmatan natif-awan seperti bekas, pangkalan data, AI dan data raya HUAWEI CLOUD, syarikat ini dapat mengurangkan kos O&M dengan banyaknya, meningkatkan kecekapan pembangunan dan membangunkan perkhidmatan yang lebih inovatif. HUAWEI CLOUD menyediakan pemantauan dan penggera masa sebenar serta keupayaan pemulihan perkhidmatan yang cekap bagi memastikan kelangsungan dan kestabilan perkhidmatan.

Chinafocus.net: Syarikat ini menyediakan pengalaman membaca imersif berasaskan HUAWEI CLOUD IES, yang digunakan secara setempat untuk meminimumkan kependaman. Keupayaan VR termaju pada awan boleh dibekalkan kepada peranti dalam beberapa minit. Peranti boleh mendapatkan kandungan VR terkini daripada awan pada masa sebenar, bagi meningkatkan pengalaman membaca.

Vanke: Perkhidmatan semakan semula lukisan terbantu AI Vanke adalah berasaskan HUAWEI CLOUD. Bagi mengendalikan trafik waktu puncak, perkhidmatan tersebut dapat ditingkatkan dengan pantas, melancarkan 1,000 bekas baharu dalam 30 saat. Penjadualan tugas pintar berasaskan bekas HUAWEI CLOUD dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan semakan semula imej AI. Perkhidmatan bekas yang berbeza mempunyai waktu puncak dan waktu luar puncak yang berbeza, maka ia digunakan bersama-sama untuk memaksimumkan penggunaan sumber.

Aixuexi: Berdasarkan perkhidmatan audio-video masa sebenar HUAWEI CLOUD CloudRTC, Aixuexi membina platform video semua-senario, interaktif sepenuhnya dan masa sebenar. Pengguna boleh mengambil bahagian dalam kursus dalam talian interaktif dengan kependaman ultra rendah. Bilik darjah dalam talian mampu mempunyai puluhan ribu tetamu dan menyokong interaksi antara beribu-ribu pelajar. Kandungan video adalah jelas dan lancar tanpa mengira keadaan rangkaian.

Selain daripada ucapan dasar, sidang kemuncak berkenaan merangkumkan lima sub-forum mengenai topik-topik termasuk awan teragih, natif-awan, perkhidmatan data, awan hibrid dan perkhidmatan audio-video. Pelanggan daripada pelbagai industri seperti China Merchants Bank, Bank of Beijing, Shenzhen Metro dan Henan Electric Power, menghadiri sidang kemuncak tersebut untuk membincangkan trend terkini dalam teknologi canggih dan cara baharu untuk mendayakan penaiktarafan pintar untuk industri masing-masing. Sidang Kemuncak Teknologi Global HUAWEI CLOUD TechWave akan diadakan di lebih banyak bandar termasuk Shanghai dan Beijing bagi mempromosikan inovasi inklusif.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services