omniture

Karnival HUAWEI CLOUD - Hentian Pertama: Shenzhen, dengan Lebih Banyak Bandar di Seluruh Dunia Akan Menyusul

HUAWEI CLOUD
2021-04-10 02:13 823

SHENZHEN, China, 10 April 2021 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Teknologi HUAWEI CLOUD 2021, Cik Jacqueline Shi, Presiden Jabatan Pemasaran dan Perkhidmatan Penjualan Global, Awan & AI, hari ini mengumumkan pelancaran Karnival HUAWEI CLOUD 2021, program yang dikhususkan untuk memajukan transformasi awan & pintar syarikat-syarikat Internet di bandar-bandar seluruh dunia, dengan Shenzhen sebagai hentian pertama.

Jacqueline Shi, Presiden Jabatan Pemasaran dan Perkhidmatan Penjualan Global, Awan & AI
Jacqueline Shi, Presiden Jabatan Pemasaran dan Perkhidmatan Penjualan Global, Awan & AI

Sidang Kemuncak Teknologi HUAWEI CLOUD 2021, tahun kedua bagi acara ini, melibatkan sidang kemuncak teknologi global luar talian dan beberapa "hari istimewa" dalam talian dengan misi untuk mendorong penaiktarafan industri dengan berkongsi dan menyebarkan inovasi yang terkini.

Karnival HUAWEI CLOUD di Shenzhen akan memberi dana sokongan awan sebanyak CNY100 juta bagi mempercepatkan perjalanan awan syarikat-syarikat Internet di Shenzhen.

Karnival HUAWEI CLOUD akan dilancarkan di serata dunia termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen serta bandar-bandar di Sichuan, Jiangsu, Fujian, Zhejiang, Hunan dan Hubei di Tanah Besar China, berserta Hong Kong, Singapura, Amerika Latin dan Afrika Selatan.

Semasa berlangsungnya Karnival HUAWEI CLOUD, HUAWEI CLOUD akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk membangunkan penyelesaian tersuai bagi memperkasa syarikat-syarikat Internet dengan memanfaatkan teknologi dan amalan utama yang dipaparkan semasa sidang kemuncak TechWave. HUAWEI CLOUD akan turut menyediakan syarikat-syarikat Internet dengan pelbagai sokongan khusus termasuk perkhidmatan, sumber dan platform bagi membantu mereka meraih manfaat daripada teknologi dan memajukan penaiktarafan pintar.

Dari segi inovasi berteknologi, HUAWEI CLOUD melancarkan program-program inovasi bersama khusus yang membolehkan mereka berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi serta syarikat-syarikat pemula untuk membangunkan aplikasi dan penyelesaian baharu. Dari segi promosi produk, HUAWEI CLOUD menyediakan saluran khusus di Featured Products Mall dan Huawei AppGallery bagi membantu rakan-rakan kongsi mendekati pasaran lebih besar dengan pantas. Dari segi sokongan perkhidmatan pula, HUAWEI CLOUD menyediakan perkhidmatan khusus termasuk cadangan pelan tindakan awan dan latihan teknikal bagi melancarkan perjalanan awan untuk syarikat-syarikat Internet.

Karnival HUAWEI CLOUD @Shenzhen akan menawarkan yang berikut kepada perniagaan-perniagaan di Shenzhen:

Pertama, diskaun kukuh untuk tiga kategori utama sumber, program pendayaan khusus dan dana sokongan awan sebanyak CNY100 juta.

Kedua, pakej khusus untuk pembangunan AI, audio dan video serta pembangunan permainan.

Ketiga, diskaun untuk lima pakej produk awan yang paling kerap digunakan.

Akhir sekali, program-program khusus yang menyokong inovasi dan penaiktarafan teknologi yang melaluinya anda dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan HUAWEI CLOUD serta pakar-pakar dalam industri bagi membangunkan penyelesaian bersama.

Karnival HUAWEI CLOUD bermula pada Julai 2019 dan setakat ini, ia telah dilancarkan di 10 bandar di China dengan industri Internet tempatan yang mantap. Disertai oleh lebih 200 organisasi industri, program ini telah memperkasa lebih 2,500 syarikat Internet bersaiz sederhana dan besar dan juga lebih 230,000 PKS berserta lebih 1 juta pembangun.

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news