omniture

CAVAC Terajui Pemvaksinan Anti-rabies Seluruh Dunia

BSR Korea
2021-04-12 09:00 161

SEOUL, Korea Selatan, 12 April 2021 /PRNewswire/ -- Kementerian PKS dan Syarikat Baharu (MSS) serta BSR Korea menggalakkan dan menyokong PKS domestik yang bagus dan disegani untuk menembusi pasaran perolehan-sebagai-satu-perkhidmatan global menerusi projek Sokongan Pemasaran untuk Syarikat-syarikat Mengkhusus dalam Bahan Bio-fungsian dalam Pasaran Global. 13 entiti perniagaan yang berikut mengusahakan projek ini: FILTERTECH, Happy Day, CAVAC, Duduelim, Samjin, Time System, Ace Biome, SD Foods, En-O-En, BioAlpha Cosmos, Ercohs dan Eugene Biotec, dengan kerjasama BSR Korea, agensi pengelolaan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan yang mengkhusus dalam sektor perolehan awam. BSR Korea mempunyai pengalaman yang luas dalam menyediakan kerangka jangka pendek dan jangka sederhana seperti perancangan untuk bekalan kecemasan dan pembelian simpanan stok jangka sederhana dan jangka panjang untuk kerajaan persekutuan AS, kerajaan negeri dan vendor utama terkemuka. Ia telah mewujudkan strategi yang paling dioptimumkan untuk menyokong PKS dalam pasaran luar negara.

CAVAC
CAVAC

CAVAC, singkatan kepada Choong Ang Vaccine Laboratories ialah sebuah syarikat berpengkhususan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terletak di Daejeon, bandar penyelidikan dan pembangunan. Mereka telah membangunkan vaksin haiwan sejak tahun 1968 dan dalam masa yang sama berkembang dalam pasaran baharu iaitu pasaran B2G terpelbagai dan bukannya perniagaan B2B am.

Memperoleh sijil KVGMP untuk kemajuan yang cekap di negara-negara lain, CAVAC membangunkan, mengeluarkan dan menjual produk yang selamat dan berkualiti tinggi. Kemudahan pengeluaran CAVAC diperakui KVGMP sebahagian besarnya merangkumi barisan pempakejan automatik, barisan bebuli, pengering sejuk beku, bioreaktor, sistem pelabelan dan autoklaf.

CAVAC menggalakkan budaya korporat bertumpu kakitangan dengan menyediakan pelbagai peluang untuk memupuk sumber manusia yang melaluinya mereka menawarkan perkhidmatan profesional yang bertanggungjawab dan berdedikasi dengan tahap kualiti tertinggi yang memfokuskan kepuasan pelanggan. Memenangi Anugerah Eksport $10J daripada Korea International Trade Association (KITA), CAVAC memperoleh reputasi yang tinggi daripada pelbagai negara dan rakan kongsi atas strategi dan barisan eksportnya yang terpelbagai. Pada masa kini, produk CAVAC didaftarkan di lebih daripada 20 negara.

Kerajaan Korea mewujudkan kerangka sokongan aktif di peringkat nasional untuk syarikat-syarikat R&D vaksin veterinar seperti CAVAC untuk menembusi pasaran perolehan awam luar negara. Dijangkakan bahawa PKS domestik akan berkembang dengan jayanya ke luar negara dalam industri vaksin haiwan.

Kebanyakan kakitangan CAVAC ialah doktor haiwan yang bekerja keras dalam R&D vaksin dengan memanfaatkan pelbagai infrastruktur R&D serta mewujudkan jaringan kerjasama bersama institut-institut domestik dan luar negara untuk projek-projek penyelidikan bersama.

CAVAC mengeksport produk mereka ke pelbagai negara termasuk Nigeria, Rusia, Bahrain, UAE, Mesir, India, Thailand, Filipina, Kemboja, Mexico, Indonesia, Jordan, Myanmar dan Pakistan yang mana industrinya meletakkan harapan tinggi terhadap CAVAC sebagai sebuah syarikat yang berpotensi mencapai pertumbuhan selanjutnya.

Choong Ang Vaccine Laboratories Co.,LTD.
http://cavac.co.kr/eng/
Kate Lee
+82-42-863-9322
kate.lee@cavac.co.kr

 

Source: BSR Korea
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals