omniture

SenseTime Terima Tanda CE untuk Perisian Diagnostik SenseCare-Chest DR Pro, Penyelesaian Perubatan AInya

SenseTime
2021-04-12 13:00 59

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 April 2021 /PRNewswire/ -- SenseTime, syarikat kecerdasan buatan (AI) terkemuka di dunia, mengumumkan bahawa baru-baru ini ia telah diberikan kelulusan tanda CE untuk SenseCare-Chest DR Pro, penyelesaian perubatan AInya. Memanfaatkan teknologi canggih AI SenseTime, penyelesaian ini dengan cepat boleh menyaring imbasan normal dan tidak normal dari pemeriksaan sinar X dada dan mengesan pelbagai penyakit dada pada yang tidak normal dengan tepat, dengan berkesan meningkatkan kecekapan pemeriksaan fizikal berskala besar dan diagnosis klinikal biasa.

SenseTime menerima tanda CE untuk SenseCare-Chest DR Pronya
SenseTime menerima tanda CE untuk SenseCare-Chest DR Pronya

 

Seorang doktor membaca imbasan CXR menggunakan perisian diagnostik SenseCare-Chest DR Pro.
Seorang doktor membaca imbasan CXR menggunakan perisian diagnostik SenseCare-Chest DR Pro.

Tanda CE bermakna bahawa perisian ini boleh dikomersialkan di seluruh Kesatuan Eropah di bawah Peraturan Peranti Perubatan Kesatuan Eropah (MDR), serta pasaran-pasaran lain di mana ia diiktiraf. Pensijilan SenseCare-Chest DR Pro menandakan satu lagi pencapaian bagi SenseTime untuk memperkenalkan penyelesaian perubatan AInya untuk tomografi berkomputer (CT) dan radiografi digital (DR) kepada pasaran antarabangsa setelah penyelesaian perubatan SenseCare-Lung Pronya diberikan tanda CE pada tahun lalu. Ini bermakna bahawa penyelesaian perubatan AI SenseTime dapat memberikan sokongan yang menyeluruh dengan piawaian antarabangsa kepada institusi perubatan di seluruh dunia untuk penyakit dada yang berdasarkan kepada modaliti pengimejan CT dan DR. 

Sebagai bahagian rutin pemeriksaan perubatan, sinar X dada (CXR) memainkan peranan penting dalam pengesanan awal penyakit dada disebabkan oleh ketercapaian dan pendedahan radiasi dos rendahnya. Walau bagaimanapun, sejumlah besar imej CXR yang dihasilkan setiap hari menyebabkan beban kerja yang berat kepada pakar radiologi yang perlu menyemak dan menganalisa imej secara manual. Kesalahan diagnosis juga boleh berlaku disebabkan oleh kerumitan yang tinggi bahagian tubuh yang diperiksa di CXR, yang mungkin menimbulkan risiko kepada kesihatan pesakit.

Untuk membantu profesional perubatan melakukan CXR, SenseCare-Chest DR Pro telah dibangunkan berdasarkan kepada teknologi pembelajaran dalaman milik SenseTime. Melalui pembelajaran dan latihan dengan imej sinar X pada skala, perisian dapat dengan cepat mengklasifikasikan imej CXR yang normal dan tidak normal. Pada masa yang sama, ia mengesan dan mencari lesi atau ketaknormalan untuk pelbagai penyakit termasuk radang paru-paru, tuberkulosis, pneumotoraks, efusi pleura, kardiomegali dan keretakan tulang rusuk. Perisian ini juga mengeluarkan analisis kuantitif dan penerangan teks yang tepat secara automatik. Keseluruhan proses diselesaikan dalam beberapa saat, meningkatkan kecekapan diagnosis doktor dengan ketara.

"Kami telah berdedikasi terhadap pembangunan alatan AI untuk meningkatkan ketepatan dan kecekapan diagnosis selama bertahun-tahun. Dengan memperoleh tanda CE untuk penyelesaian CT dan DR, kami berharap dapat menyokong kerja profesional perubatan dengan penyelesaian diagnostik dada dikuasakan AI yang menyeluruhnya di lebih banyak pasaran di seluruh dunia," kata Dr. Zhang Shaoting, Naib Presiden dan Naib Ketua Penyelidikan di SenseTime.

"Tatkala radang dan barah paru-paru kekal berada antara 10 penyebab utama kematian di Malaysia, wujudnya keperluan mendesak untuk perisian diagnostik seperti penyelesaian DR dan CT SenseTime bagi membantu profesional perubatan dalam mengesan penyakit dada seawal yang mungkin. Malaysia berharap untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan perubatannya sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mendigitalkan sector penjagaan kesihatan negara. Di SenseTime, kami komited untuk menggalakkan pembangunan perubatan pintar yang dikuasakan oleh penyelesaian AI SenseCare di Malaysia dan rantau Asia Tenggara," kata En. Martin Huang, Pengarah Urusan di SenseTime International Pte. Ltd.

SenseCare-Chest DR Pro ialah salah satu daripada beberapa aplikasi di platform SenseCare SenseTime, platform yang dikuasakan AI yang menawarkan sebarisan aplikasi penjagaan kesihatan. Kini, platform SenseCare merangkumi sehingga 13 bahagian tubuh dan organ, meliputi dada, kardiovaskular, hati, patologi, ortopedik dan radioterapi. Ia dapat membantu doktor di sepanjang proses klinikal, daripada diagnosis dan perancangan pembedahan 3D kepada pemantauan pemulihan untuk memenuhi permintaan berbagai jabatan termasuk radiologi, patologi, kardiologi, ortopedik, radioterapi, dan lain-lain.

Latar Belakang SenseTime

SenseTime ialah syarikat global yang memberi tumpuan terhadap membangunkan teknologi AI yang memajukan ekonomi, masyarakat dan kemanusiaan dunia untuk hari esok yang lebih baik. Teknologi pembelajaran mendalam dan visi komputer yang dibangunkan mendorong industri-industri yang merangkumi pendidikan, penjagaan kesihatan, bandaraya pintar, automotif, komunikasi dan hiburan. Hari ini, teknologi kami dipercayai oleh lebih daripada 3,500 pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia untuk membantu menangani cabaran dunia yang sebenar. Ke hadapan, kami berusaha untuk memperkasakan lebih banyak industri dengan platform AI kami dan membina ekosistem AI yang lebih kuat bersama dengan industri dan para akademik.

Kami mempunyai kehadiran di pasaran termasuk Hong Kong, Tanah Besar China, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Indonesia, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Taiwan dan Macau. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web serta halaman LinkedInTwitter dan Facebook.

 

Source: SenseTime
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals